header image
 

. Lakaran ALAM minda Muslimah; Permulaan sebuah dimensi kehidupan .

mula1.jpg

Melangkah itu mudah,

Namun mencari arah itu yang terkadang payah,

Mencari jalan itu mudah,

Namun memahami destinasi itu yang bisa susah,

Menelusuri susur itu mudah,

Namun menuju noktah itu pasti lelah

Dalam semua itu,

menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah

 

Namun DIA amat faham, bagi hambaNYA, tidak DIA meminta manusia menjadi yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA, lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.

Moga perjalanan kita di dalam lindungan dan penjagaan ALLAH swt,

Dengan Bismillah saya memulakan langkah,

Moga semua dalam barakah

Di sana itu sudah berakhir, dan di sini permulaannya, dimensi baru sebuah kehidupan. InsyaALLAH :)

 

NahwanNUR

Gombak, 12.38 am

~ by nahwanNur on November 15, 2008. Tagged:

13 Responses to “. Lakaran ALAM minda Muslimah; Permulaan sebuah dimensi kehidupan .”

  1. salam,

    Hidup memang sebuah perjalanan, perjuangan, pelayaran atau apa sahaja yang manusia tafsirkan. Dan ia suatu yang membebankan bagi mereka yang ‘manja’, tetapi suatu cabaran bagi mereka yang benar-benar faham.

    Moga engkau tabah

  2. InsyaALLAH. Dan moga kita kuat dan istiqamah dalam bimbinganNYA. Jazakallahu khair

  3. Salam Fadhilah.

    Oh, dah pindah ke hadithuna rupanya…

    Selamat berkarya! KakChik akan cuba datang menjenguk selalu, Insya-Allah.

    Salam kak. Haah pindah sini je. Syukran ya.

  4. Salam. Berpindah rumah ke? Hehe ada apa-apa ke ni? Apa pun semoga istiqamah di tempat yang baru :)

    Salam en.tawel. Ada rezeki pindah ke rumah yang lebih selesa. Takde apapun. InsyaALLAH moga istiqamah. Mohon doanya ya

  5. Salam..istiqomahlah dalam apa jua bidang sekalipun. Ramai yang mampu berkata-kata namun tidak mampu melaksana…

    Salam. InsyaALLAH doakan moga mampu istiqamah dan mampu melaksanakan apa yang diperkatakan dan dinukilkan. Ameen ya Rabb

  6. Salam

    Ukhti habibaty…

    Satu kapal lah kita sekarang. Moga makin istiqimah dan ikhlas dalam menulis.

    Macam kenal je ayat-ayat di atas. Seakan serupa dengan ayat ana semasa nak berpindah ke Hadithuna. Sehati sejiwa lah kita ya.

    Fi Amanillah!

    Salam kembali. Ha’ah, sekapal dan semoga sama istiqamah dan ikhlas. Yalah,agak sama ayat tu, hehe. Dua hati satu jiwa, subhanALLAH, hati yang bertaut milik ALLAH swt.
    Syukran ya ukht :)

  7. Semoga lepas komen ana sebentar tadi.

    lepas ukht…tapi entah kenapa jadi begitu, tidak di beritahu statusnya. Asif, ana belum habis explore

  8. What a beautiful poem, yeah, Allah asks us to do the best, and let the rest be in His way..tawakal, the highest yet the most difficult concept.

    Jazakallahu khair. Segala puji bagi ALLAH yang maha indah dan menganugerahkan keindahan kepada kita. Ya, ia suatu yang agak payah, namun setiap manusia pasti mampu selagi berusaha dan mahu. Semoga ketabahan dan kekuatan itu milik kita semua.

  9. Salam dik sayang
    Pindah rumah rupanya…. mesti banyak yg nak kena angkut. Sewa lori 5 tan gamaknya. Maaflah, kak su tak leh nak tolong angkat barang. Angkat pinggan boleh. Bila nak buat hse warming? Hehe… (macam le pindah rumah betul… haha)

    Salam akak sayang :-) sila-sila masuk :p akak tak tolong angkat, melawat pun dah kira lumayan. Terima kasih

  10. salam

    satu permulaan baru dan gempak.ayuh kita bergerak

    Salam. Biasa saja. Sama-sama bergerak. InsyaALLAH.

  11. salam.
    suka ngan kata2 tu gak.
    jangan pernah merasa susah dengan hidayah Allah ye kak..
    istiqamah tu merupakan hidayah..
    insya Allah smoga Allah mempermudahkan jalan kita semua..
    may Allah be with u forever.
    anyway, tahniah berpindah ke teratak yg tenang nie..
    wassalam.

    Salam dik. Betul istiqamah itu hidayah ALLAH. Sama-sama kita berusaha memperkuatkan diri supaya mampu istiqamah di jalan ALLAH. Amiin, amiin, amiin.
    terima kasih ya doa dan nasihatnya

  12. salam..
    kak fadhilah, salam istiqamah ya!
    teruskan~

    salam, adik. Amiin, amiin, amiin. InsyaALLAH biidznillah.
    Terima kasih ya :)

  13. salam
    ya salam, ukhwah juga dari saya

    Salam. Terima kasih.

Leave a Reply




Powered by WP Hashcash