Setelah berminggu tidak bertemu dengan keluarga nisa’ gombak, alhamdulillah malam semalam kami bertemu untuk beberapa perkara. Rencana awalnya bermula dengan solat isya’ dan solat hajat buat palestin. Di ikuti dengan mesyuarat aktiviti terdekat, dan seterusnya usrah. Namun, ternyata segalanya tetap dalam perancangan ALLAH swt , dan ia adalah yang terbaik. Tentatif diatur semula bersesuaian dengan kekangan masa malam semalam. Bermula dengan mesyuarat aktiviti semasa sambil makan-makan (hehe), di teruskan dengan solat isya’. Usai solat, kami terpaksa bergegas ke usrah qiadi yang di sampaikan oleh seorang naqib. Usrah gabungan yang di rencanakan baru di beritahu kepada kami lewat petang itu.
‘Apapun, setiap ahli wajib buat solat hajat ya untuk palestin.. bagi yang boleh solat’ pesan akhir kak afifah.
Entah kenapa malam itu saya di cuit dengan memori bersama ‘keluarga dahulu’. Saat di semenanjung tanah air, pahit maung berjuang di dalam saf kepimpinan mahasiswa islam universiti. Aktiviti yang di sekat, yang di kecam sehingga terbit di dalam berbentuk risalah yang di edar kesetiap kamar mahasiswa/siswi yang mengutuk aktiviti kami. SubhanALLAH, ujian itu mana mungkin di lupakan. Di tentang oleh atasan memang benar mencabar rasa untuk terus berjuang.
Sejarah di sana mengukir beberapa pimpinan tertinggi kami di senarai hitamkan tanpa sebab yang munasabah dan jauh sekali dari kebenaran. Malah, nahwan sendiri telah dipanggil oleh pensyarah mengenai persatuan yang di sertai dan alhamdulillah, tiada tindakan di ambil dek kerana keputusan nahwan ketika itu yang agak memberangsangkan (dikhabarkan begitu). SubhanALLAH, sekali lagi atas bantuan ALLAH. Malah nahwan percaya sebenarnya bukan sebab keputusan dan prestasi pembelajaran nahwan, kerana jika di lihat, sahabat dan sahabiah yang di senarai hitam amat bagus prestasinya berbanding nahwan. Ini mungkin kerana nahwan bukanlah saf tertinggi. Sekadar menunjuk muka saat muktamar tsanawi, liqa’ dan aktiviti sampingan lain.
Dan sekarang, nahwan begitu tidak menyangka boleh jadi sebegitu rapat dengan matan presiden hewi kami yang sangat nahwan kagumi kelembutan bicaranya, namun tegas tingkah dan prinsipnya.
Keluarga kedua nahwan selepas di semenanjung adalah merupakan keluarga pertama nahwan di kota metropolitan. Sedikit berbeza kerana keluarga ini sudah agak selesa di dunia dakwah tanah air, dan banyak menumpukan perihal kemasyarakatan nasional dan antarabangsa. Usrah malam semalam banyak mengenangkan bentuk usrah bersama keluarga kedua. Bermula dengan solat dan makan, dan diikuti dengan usrah.
Usai usrah malam itu, kak hidayah mengejutkan nahwan dengan hadiahnya. Hadiah hari lahir. Hehe, malu sendiri.
Pemberian kak hidayah sekali lagi menyelak kanvas memori saya. Baju sejuk (Sweater) dua muka itu mengingatkan saya kepada keluarga dahulu yang mana pernah menggelar saya sebagai ‘Mokcik sweater‘.
‘Siapa?’ pernah seseorang menyoal kepada sahabat saya akan siapa saya.
‘Alah, yang selalu pakai sweater tu’ beritahu kawan saya ringkas.
‘Oooo…itu ke’. Ketawa nahwan mendengar cerita sahabat itu.
Dan sesampainya di bilik malam tadi, nahwan ketawa sendiri sambil mencuba sweater dua muka (boleh dipakai di kedua-dua belah, warna hijau dan hitam) dari kak hidayah. Sambil melihat sisi lain, juga sehelai sweater dua muka (coklat pastel dan coklat terang) baru pemberian ayah ketika kami menziarah medan sebulan lalu.
Terima kasih ayah, terima kasih kak hidayah.

Ah, menyelak setiap helaian memori ukhwah ini memang sentiasa segar dan indah. Harum dan mekarnya sentiasa bersama tautan kasih dan sayang yang melingkar kejap di setiap hati kami walau berjuta batu jarak memisahkan.
Sungguh ukhwah itu hadiah indah dan bernilai dari HATI dari ALLAH swt kepada setiap kami!















salam ziarah.. em.. slmt ulangtahun..
moge dgn pertmbhn usiamu.. bakal mematapkan lg gerak langkahmu utk ISLAM.. teruskan perjuangn.. sulamkan kesabaran, keteguhan, kecekalan yg tidak berbelah bagi walupun kadangkala jiwa terkorban dek titisan keringat yg mengalir jatuh ke bumi..
barakillahu..
takbir !!!
Entah kenapa malam itu saya di cuit dengan memori bersama ‘keluarga dahulu’. Saat di semenanjung tanah air, pahit maung berjuang di dalam saf kepimpinan mahasiswa islam universiti. Aktiviti yang di sekat, yang di kecam sehingga terbit di dalam berbentuk risalah yang di edar kesetiap kamar mahasiswa/siswi yang mengutuk aktiviti kami. SubhanALLAH, ujian itu mana mungkin di lupakan. Di tentang oleh atasan memang benar mencabar rasa untuk terus berjuang.
Sejarah di sana mengukir beberapa pimpinan tertinggi kami di senarai hitamkan tanpa sebab yang munasabah dan jauh sekali dari kebenaran. Malah, nahwan sendiri telah dipanggil oleh pensyarah mengenai persatuan yang di sertai dan alhamdulillah, tiada tindakan di ambil dek kerana keputusan nahwan ketika itu yang agak memberangsangkan (dikhabarkan begitu). SubhanALLAH, sekali lagi atas bantuan ALLAH. Malah nahwan percaya sebenarnya bukan sebab keputusan dan prestasi pembelajaran nahwan, kerana jika di lihat, sahabat dan sahabiah yang di senarai hitam amat bagus prestasinya berbanding nahwan. Ini mungkin kerana nahwan bukanlah saf tertinggi. Sekadar menunjuk muka saat muktamar tsanawi, liqa’ dan aktiviti sampingan lain.
moga thabat ukht…
This is really interesting, You’re a very skilled blogger. I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your wonderful post. Also, I have shared your website in my social networks!
I agree with your Hadiah Dari HATI | Muslimah Hari Esok, fantastic post.