Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.
Pening, sakit kepala saya akibat terhidu sedikit gas pemedih mata yang di tembak. Itulah risikonya kalau suka cari pasal sendiri. Namun saya dikira ‘kurang bernasib baik’ kerana tidak merasa sesak nafas dan pedih hati akibat terhidu gas yang berlebihan seperti sahabat saya di sebelah sana, malah mereka siap ‘dimandikan’ (Alhamdulillah). Manja. Huh. Sungguh baik para pekerja Negara kita. Saya tabik spring!
Saya sampai agak lewat di kawasan kejadian kerana saya mengikut seorang sahabat wartawan sebuah akhbar alternatif pilihan Negara (izinkan saya klasifikasikan begini). Bergerak sebelum zohor kami (saya dan seorang sahabat) menemani kak wartawan memantau 3 kawasan lain untuk acara mesra-bersama-Si-PERISAI-MERAH kali ini. Antaranya Pasat Seni, SOGO, dan KL Sentral. Dan destinasi terakhir kami itu tempat kemuncak dan sesampainya kami encik-encik BERPERISAI-MERAH segak berdiri. Gagah! Saya tabik spring lagi!

Saya di belakang mereka. Tapi saya bukan sebahagian dari mereka
Para sahabat saya sebelah sana semakin mara, tenang, berjalan sahaja, mereka tak jerit apa pun. Saya di sebelah sini, bersama encik BERPERISAI-MERAH di atas ‘tiket’ wartawan kerana saya bersama kawan menemani kak wartawan. Di atas tiket istimewa itu, para BERPERISAI-MERAH menjaga kebajikan kami. Saya kagum! Tetapi saya sebak melihat para ibu bapa, anak-anak, adik-adik, malah ada sahabat-sahabat saya di sebelah sana. Saya mahu juga ke sana.

Acara baru bermula. Apapun, kena tembak ‘bunga api’ dahulu sebagai perasmian dan merai ketibaan tetamu!

Ada loceng atas tu, efektif!

Siri tembakan ‘bunga-api’ untuk ramah mesra fasa pertama. Wartawan kebanyakannya baru sampai dan terus serbu.
Nampak ja tembak!
Arahan bergema dari gerabak merah di hadapan, saya di sisinya, buat muka biasa. Bagus! Saya tabik spring! Dan saya serta merta mendapat idea dan suka kerana kita sudah ada para jihadi yang boleh di hantar ke Palestin kelak. Loceng di bunyikan, bermakna para wartawan dan pak polisi di minta berundur, kerana program mesra-bersama-Si-PERISAI-MERAH akan dirasmikan dengan tembakan ‘bunga-api’. Saya tancapkan potret mereka memasak kekuda gagah dan menembak. Perkasa! Saya tabik spring berkali-kali!

Siri tembakan ‘bunga-api’ untuk ramah mesra fasa ke-2. Mantap kekuda. Gagah! Nah, waktu ini lah saya terhidu gas oleh kerana suka-suka mendekati mereka.

Berbaju putih itu sahabat saya, yang berbaju biasa dan punya reben merah ini saya tidak kenal sama sekali! Mereka bukan juga wartawan. Tetapi mereka berlari bersama saya kearah si perisai merah saat loceng berbunyi. Hmm, agaknya siapa ya?!
Dan saya terhidu sedikit gas. Mata kepedihan, sedikit berair. Wah, ahli berkereta merah membuatkan saya terharu sehingga mata berair. Terima kasih wahai wira merah!
Pak Samad pun merah matanya. Bersama baju hujan kuning beliau diiringi beberapa aktivis muda. Aduh, kasihan saya lihat sasterawan negera, malah warga emas juga. Si-PERISAI-MERAH memukul rata semua manusia di depannya. Kisahnya, siapa sahaja di hadapan, harus di ‘raikan’. Bagus!

Credit to az_abrar for this picture

Ini dari saya. Sangat hampir dan sangat kasihan melihat pak samad menahan mata yang kepedihan. Saya kagum!

Siri tembakan ‘bunga-api’ untuk ramah mesra fasa ke-3. Sesi memerhati sambil makan kacang oleh yang berpeluk tubuh tanpa sedikit reaksi wajah. Bahasa pasarnya, Slumber
Saya tidak mem’libat’kan diri semata-mata mahu bermesra dengan si kereta merah hanya kerana saya takut kehilangan bahasa Hang Tuah. Saya ada alasan saya sendiri, begitu juga yang lainnya, termasuk para sarjana sahabat seperjuangan saya di u sekarang. Saya tahu ini bukan sekadar isu bahasa, bukan sekadar hal budaya!
Saya sudah lama membuat entri mengenai isu ini, namun tergantung di kekotak draft. Kenapa? Kerana saya masih mengkaji. Dan sehingga kini saya tidak jumpa intipati yang membuatkan saya akur PPSMI amatlah boleh di terima. Walau secubit rasa. Jika sesiapa yang ada hujah untuk saya boleh berfikir salah melibatkan diri dengan sengaja ke tempat kejadian, sila kemukakan. Saya mahu intelektualisme pemikiran anda menghujam keyakinan saya selama ini bahawa PPSMI harus di musnahkan.

Bersurai. Mereka ke 3 tempat lain untuk sesi ramah mesra seterusnya. Saat ini memorandum telah diserahkanoleh pak samad. Tetapi para tetamu bergerak ke destinasi seterusnya.

‘Pak cik ni dah tua, kami nak bantu orang muda. Masa depan diorang. Kenapa buat macam ni, kami senyap je berjalan. Banyak orang tua-tua tau tak dekat sana tu?’ Basuh pakcik tersebut pada 2 pegawai. Mereka diam dan terkadang mengangguk sahaja. Sambil tepuk-tepuk bahu pakcik tu.
Selepas bersurai, para pejuang berperisai merah dan kenderaan-merahnya beredar ke destinasi seterusnya untuk acara mesra-bersama-Si-PERISAI-MERAH. Sempat saya melihat mereka merokok sambil makan-makan di dalam trak. Penat barangkali. Kasihan! Moga mereka di berkati. Dan tentunya para encik berkereta merah mendapat habuan overtime nya. Terima kasih teman seperjuangan yang memberi kerja lebih masa buat mereka.
Sekejap saja mata berair, tetapi saya merasa kepeningan yang amat, sehingga sekarang! Lepas ni jangan lupa bawa air garam ya. Ini tarbiyyah paling berharga. Terima kasih encik berkenderaan merah. Ibtasimi, ALLAH Al-Musta’an
p/s [nahwannur]: Saya mahu ke sebelah sana bersama mereka, tetapi terhalang (*sedih). 124 orang sahabat seperjuangan di tangkap di masjid negara. SubhanALLAH, gagahnya mereka.















salam. pesta apakah itu ?? semoga Allah merahmati mereka hendaknya. Manusia terlalu lalai dengan dunia, hidup ini cuma sementara. Ingatlah Allah bersama-sama kebenaran dan tahukah kita kebenaran itu sememangnya menyakitkan, perjuangan itu pasti permulaannya menyiksakan. Tetapi kesakitan dan kesisaksaan itu satu kemanisan
Shukran ukht kerana bersama mencoba-coba merasai kesakitan ini.
I got what you signify, thanks for putting up. Woh I am cheerful to bump this website through google. Thanks For Share Gempur-ramah-dan-mesra | Muslimah Hari Esok.
Gempur-ramah-dan-mesra | Muslimah Hari Esok I was suggested this web site by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You’re incredible! Thanks! your article about Gempur-ramah-dan-mesra | Muslimah Hari EsokBest Regards Shane