header image
 

Tiup

1_895676262l.jpg

Terkadang badai menghempas,
Terkadang ombak mengganas,
Saat itu Sang Pencipta Menyapa,
Meniup angin mencakna perubahan iman manusia,
Dari satu tangga menuju suatu cahaya,
Mungkin dulu kabur,
Moga ia semakin bergemerlapan,
Walau saat gigi pantai hebat terpukul

Khabarkan pada diri,
Angin itu tak pernah sunyi,
Cuma terkadang ia berlalu sepi,
Namun bukan petanda gerak itu terhenti,
Mungkin ia perlu ruang memperbaiki diri,
Atau mungkin juga diri memang perlukan sapaan lembut insan lain disisi.

Tiup…Tiupkan sesuatu untuk diri ini juga

p/s [nahwanNur]: ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma atmim bikhair

~ by nahwanNur on April 13, 2009.

8 Responses to “Tiup”

  1. “Apabila Allah
    hendak memindahkan hamba-Nya

    dari
    kehinaan-kekafiran

    menuju
    kemuliaan-ketaatan,

    Dia menjadikannya

    intim
    dengan kesendirian,

    kaya
    dengan kesederhanaan,

    dan mampu
    melihat kekurangan dirinya.

    Barangsiapa yang
    dianugerahi semua ini,

    bererti ia telah mendapatkan
    yang terbaik di dunia dan akhirat.”

    Allah-lah Sahaja,
    Pengurnia Taufiq.

  2. SubhanALLAH. Jazakallahu khair ya akh.

    Indah segar dan damai tiupan kali ini.

    ALLAHu ALLAH… sungguh benar DIA yang Maha Pemurah mengurnia taufiq dan hidayah buat sekalian hambaNya

  3. Assalamualaikum…

    Salam merendah minda para pemikir, merentas benua maya, menerjah kalam penulis, mengingat yang terlupa, menasihat yang alpa, memeriahkan methode dakwah.

    Datang bertandang membawa khabaran berita, supaya tahu siapa yang tersembunyi siapa yang terserlah. Biar alam senyum keranaku ingin akrabinya.

    Silakanlah ziarah menziarahi, kerana itu amalan mulia.

  4. oh, semua komentar berpuitis, tapi diriku bukan seorang puitis..

    “Ingin aku meniupkan angin-angin yang kencang biar bergoyang pokok kemahuanmu.. tapi mulutku kecil dan mungil, tidak dapat kutiup angin sekencang itu”.

    “Ingin aku meniupkan angin-angin sapaan lembut, namun diriku tidak terbiasa dengannya. Sentuhan pastinya lebih akrab bagiku”.

    Ah, apa yang aku boleh tiupkan?

    “Aku tiupkan kalam-kalam doa untukmu setiap hari. Agar kamu diberikan ketenteraman fikiran dan kelapangan hati.”

    “Khabarkan pada diri..
    Angin itu tidak pernah sunyi, malah angin itu tidak sekali-kali berlalu sepi. Angin itu udara, dan udara senantiasa berada di sekitar kamu tanpa disedari.”

    “Angin itulah mendamaikan kamu di pagi hari saat kamu merangkak ke sekolah, angin itulah yang menampar pipi kamu saat kamu mengantuk belajar, malah lebih hebat lagi angin itu mengejutkan kamu dari tidur agar kamu bersedia menemui Tuhan di saat Qiamullail.”

    “Dan carilah yang mana satu angin ketenangan…di situ kamu temui kebahagiaan.”

    Wah, best jugak berpuitis ni ek, amacam akk? Maaflah, macam lari dari entri je…

  5. “Ingin aku meniupkan angin-angin yang kencang biar bergoyang pokok kemahuanmu.. tapi mulutku kecil dan mungil, tidak dapat kutiup angin sekencang itu”.

    “Ingin aku meniupkan angin-angin sapaan lembut, namun diriku tidak terbiasa dengannya. Sentuhan pastinya lebih akrab bagiku”.

    Ah, apa yang aku boleh tiupkan?

    “Aku tiupkan kalam-kalam doa untukmu setiap hari. Agar kamu diberikan ketenteraman fikiran dan kelapangan hati.”

    “Khabarkan pada diri..
    Angin itu tidak pernah sunyi, malah angin itu tidak sekali-kali berlalu sepi. Angin itu udara, dan udara senantiasa berada di sekitar kamu tanpa disedari.”

    “Angin itulah mendamaikan kamu di pagi hari saat kamu merangkak ke sekolah, angin itulah yang menampar pipi kamu saat kamu mengantuk belajar, malah lebih hebat lagi angin itu mengejutkan kamu dari tidur agar kamu bersedia menemui Tuhan di saat Qiamullail.”

    “Dan carilah yang mana satu angin ketenangan…di situ kamu temui kebahagiaan.”

    Wah, best jugak berpuitis ni ek, amacam akk? Maaflah, macam lari dari entri je…

  6. >> Farid Rashidi:

    Terima kasih dan insyaALLAH akan di ziarahi

    >> Kak Hidayah:

    Syukran atas kata-katanya

  7. semua puitis2 ni…meh nak kaco daun sket…

    fuh…fuh…fuh!…saye meniup…hehehe

    wah kak, tiupan akak ni mgkin sampai ke sisi yang dinanti…ah…siapa saja ya…:D

  8. Salam dik Nahwan…
    Semua meniup nih… kak su pun kena meniup jugak ke?

    15 minit menatap pc, mencari idea untuk meniup, tapi gagal. Maaf… tak mampu mencari kata…. hanya udara yg berhembus di dada, mengirimkan tiupan doa buat dik Nahwan di sana, agar segalanya dipermudahkan.

Leave a Reply




Powered by WP Hashcash