header image
 

enam-satu-enam

16 MEI

Datang lagi.
Bermakna ia berlanjutan setahun lagi. Dan lagi… entah mana noktahnya.
Dan di negara saya tercinta, pelbagai kemelut juga semakin berlanjutan, merebak. Libang libu hati entah ke mana mahu di lontar segalanya.
‘Jiran’ di kiri kanan sibuk menghirup rakaman rakus kekejaman makhluk bumi. Melihat sahaja, dan ada berita yang mengatakan mereka turut membantu. Wallahua’lam.
Lalu kita di sini, masih melaung anti-zion sambil-sambil ada lagi populasi malaysian yang ’sayang’ melepaskan diri dengan nadi-nadi zion dan buah fikir terbesar zion- hedonisme. Mereka terus memancing dengan umpan yang begitu halus. Dan kita? Sedarkah kita siapakah kita sebenarnya? Siapa mahu kita harapkan pembawa angin perubahan jika bukan diri dan muslim itu sendiri.
Saya tidak sekali-kali mengharapkan / percayakan Obama!

nakba-copy


Ya Mu’allim/ Mu’allimah

Melihat lirik lagi Sami Yusuf, memang infiniti kebenarannya. Sangat sangat benar. Benar sangat. Kita sebenarnya punya guru segala guru. Pendidik segala pendidik, contoh tauladan sepanjang zaman. Ya, guru itu role model (bukan artis! Tetapi mungkin artis itu public figure, ya). Dan kita punya qudwatun hasanah yang di anugerah ALLAH swt buat umat zaman terakhir kehidupan dunia, iaitu lah Nabi Muhammad saw. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu’allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
O Mu’allim…

Nah, kitalah penduduk dunia terakhir, dan ya, kita semakin hampir dengan hari yang di janjikan.

Melayang pandangan saya dengan tarikh sinonim rakyat Malaysia ini (16 Mei), saya teringatkan hari kedua terbesar buat ibu saya, Hari Guru. Selalunya emaklah orang pertama yang saya ucapkan hari istimewa ini, tak mengapa saya mahu raikan dengan ucapan seperti hari ibu, kerana sesekali mahu juga saya hargai dengan puji-pujian buat ibu kerana mustahil setiap hari saya akan ucapkan ’selamat hari ibu, terima kasih emak’ atau ’selamat hari guru’ kepada emak.

Keluargalah institusi pertama saya (dan kalian) jejaki dan ibulah pendidik pertama dalam kelas pertama pengajian kehidupan saya. Saya tidak mahu lupakan ayah sebagai ‘pengetua’ institusi mawaddah sakinah saya yang banyak menggembeling tenaga, minda, semangat dan jiwa dalam membentuk generasi soleh solehah.

Selamat Hari Pendidik juga buat semua pendidik di Malaysia, buat cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya secara formal atau tidak, yang mana tempat saya meneguk ilmu, mencuri-curi merasa walau setitik nilai dari lautan ilmu ALLAH swt di dunia ini melalui kalian. Mana kan mungkin saya balasi setiap hela nafas kalian dalam memperjuangkan kebenaran kalam ALLAH menerusi permata ILMU ini. Dan moga saya sentiasa mendoakan kalian di dalam redha, barakah dan lindungan ALLAH swt dari segala macam perkara batil yang bisa mengundang ilmu ALLAH, dari perkara aib yang mencalar nama kalian dari pandangan manusia dan segala mehnah yang bisa mencalar iman kalian padaNya, dan tidak lupa dari kesakitan jiwa yang dikatakan sinonim dengan kerjaya guru. Amiin, ALLAHumma Amiin, ALLAHumma amiin.

Dan terima kasih buat chenta saya yang masih sudi mengingati saya sebagai salah seorang pemberi chenta itu. Terima kasih buat ucapan kalian, walau kata sahabat saya apalah ada pada ucapan, namun saya sedar dan faham, saat kalian menghantar ucapan, di dalam hati kalian terdapat ribuan penghargaanyang sebelum ini tidak terlafaz. Dan sungguh saya amat-amat hargai dan syukuri atas nikmat rasa selepas memberi.

Ini saya tujukan buat semua guru-guru saya; Sesungguhnya memang tiada kata indah bahasa yang mampu menggambarkan jasa kalian, namun mungkin sekadar ini mampu saya lafazkan.


Teacher
You always be in my heart
You are my parents in the school
You always treat me beautifully
Never give up in teaching me
I’ll reply your kindness with my result (InsyaALLAH)
I hope you will put me inside your du’a

~1 Qurtubi

Dan Pepatah arab berkata:

Laulal Murabbi Ma’araftu Rabbi

“Kalau tidak kerana guruku, tidak akan kukenal siapa Tuhanku”

Terima kasih cikgu :)


ISHAAN

Sungguh siapa mengenali saya pasti tahu ‘masalah’ saya di awal usia. Saya seorang yang sangat ‘passive‘. Tidak akan langsung mengambil bahagian dalam pembelajaran, saya di dalam dunia saya. Saya bukan murid yang ‘nakal’, melawan guru, bermain di dalam kelas, atau mengacau pelajar lain. Masalahnya saya terlalu pendiam, tiada keyakinan diri, lemah dalam pembelajaran, tidak mahu belajar atau membuat kerja, dan hanyut di dalam dunia sendiri. Saya susah memahami sesuatu perkara kecuali ilmu hisab. Jika di dalam kelas bahasa, saya leka mengira barang-barang di dalam kotak pensil, mengira apa sahaja di sekitar saya, berfikir masalah yang akhirnya saya selesaikan dengan kira-kira. Jika di dalam kelas matematik, saya akan tidur, atau termenung di dalam dunia saya. Jika di rumah saya tidak langsung menyentuh buku, tengok tv dan tidur, makan itu wajib. Saat ayah suruh membaca, saya akan mengambil buku dan buat-buat membaca sambil berbaring, dan di sebalik buku adanya wajah manusia yang terkatup matanya~tidur.

Pernah sekali cikgu terlalu marah dan menghentak kepala saya di whiteboard. Buku dibaling ke muka, dan ahli keluarga di panggil. Saya tidak menangis atau menjawab. Saya selalu diam. Tanpa apa-apa reaksi. Ramai cikgu yang sakit jiwa dengan perangai saya. Sungguh jika di tanya kepada saya sewaktu usia itu, saya tidaklah mengetahui asbab atau alasan ke atas perangai saya. Dan sekali lagi ayah dan emak dan ahli keluarga saya sabar melayan kerenah saya dan sentiasa dengan sokongan. Saya begini sehingga tingkatan 3.

Pernah sewaktu di tingkatan, saya dimarah ustazah;

‘Nahwan, kalau malu sangat lainkali datang sekolah bawa guni beras, selubung diri awak!’

Sungguh saya bukanlah malu sangat-sangat, tetapi entahlah. Saya pun belum pasti ‘penyakit’ saya.

Tidak seperti Ishaan, dia menghidapi penyakit yang dinamakan sebagai dyslexia. Cerita ini amat bagus untuk di tonton oleh semua guru dan bakal guru. Terfikir-fikir saya, bilakah mahu industri filem di Malaysia mahu menghasilkan filem kemasyarakatan sebegini. Malahan, cerita sebegini tidak di tayangkan di televisyen lain berbanding cerita cinta hindi yang lain. Selamat menonton dan ambillah ibrah yang ada ;)

taare

~ by nahwanNur on May 18, 2009.

3 Responses to “enam-satu-enam”

  1. salam alayk…

    akak…degil ya masa sekolah dulu…rotan kang…

    Ishaan, macam menarik…pernah juga dgr dyslexia ni…kene tonton nnti ni!

    btw…cantiknya blog akak…buatkan satu!…ehehe…kreatif betul!..

  2. Salam adik.

    Wah cepat betul kamu! Akak masih meng-edit. Bukan degil dik, ter-baik sangat. Haha.

    Kene tonton dik. Sebab ramai guru dan ibu bapa kurang kesedaran tentang penyakit ni.

    Blog? syukran syukran. All Praise are due to ALLAH : )
    Nak ke? InsyaALLAH biidznillah ;)

  3. Assalamualaikum,

    Membaca entri ini seakan serupa tetapi tak sama dengan entri terbaru saya. Tak mahu mengulas panjang sebab saya sudah mengulas tentangnya. Sesiapa saja boleh jemput baca. :)

    Kembara Sufi Mencari Aspirasi

Leave a Reply




Powered by WP Hashcash