header image
 

Bayang-Sembunyi-Sama

1. BAYANGAN

utk-blog2

Hidup ini
bukan bayangan
hakikatnya
ia perancangan insan
natijahnya
ia tetap dalam aturan Tuhan

ALLAH, ALLAH, ALLAH… moga kami diberi bimbingan
Kerana hidup bukan apa yang semua kami mahukan
Adanya Engkau sebagai pengatur kehidupan insan


2. TERSEMBUNYI

utk-blog

Tersembunyi
Mungkin itu insan tidak kesali
Atau mungkin tiada yang mengetahui
Ia bukan apa-apa di sisi insani
Namun tidak sekali di sisi ILAHI
Nyata dan tersembunyi
Hakikat atau rahsia
Semuanya tidak lalai dari pandanganNya

Tiada suatu pun yang disembunyi manusia, di dalam rahasia manusia yang tidak diketahui oleh ALLAH swt, dan tidak sesekali Dia abaikan setiapnya

p/s [nahwanNur]: Ustaz Annamir kata lewat komentar di flickr saya; ‘dalam sekali carita foto ini’! Nah, kan ada pujangga mengatakan ‘Picture worth a thousand words‘. Lalu terpulang pada individu menafsirnya. Selamat menafsir :)


3. KEBERSAMAAN

naimanamin-copy

Kebersamaan
Mencapai maksud tertinggi itu
rupanya bukan mudah
Melakar arca indah kehidupan
Itu juga bukan bisa payah

Hargai
Masa kebersamaan
Kerna
Ia salah satu nikmat iman
Hati yang bersatu
Di dalam naugan Tuhan

* Pertubuhan ke arah perpaduan ummah. Ia adalah suatu bulatan yang di ikat melalui rantaian yang bersinar dari timur ke barat dan dari utara ke selatan. Titik perpaduan (Kebersamaan, kan ini maksudnya?) dalam masyarakat ini dan yang mengikatnya ialah Keesaan ILAHI. Sumpah dan janjinya pula ialah keimanan kepada Tuhan

~ Badiuzzaman Said Nursi

~ by nahwanNur on May 20, 2009.

6 Responses to “Bayang-Sembunyi-Sama”

  1. Terimas atas perkongsiannya ya ukhti. :)
    Semoga terus diberi ilham olehNYA dalam berkarya.

    Payah-payah mencari bilah,
    Bilah ada di dalam buluh,
    Payah-payah mencari Allah,
    Allah sangat dekat dengan tubuh.

    Salam sayang!

  2. Assalamualaikum w.b.t

    Dalam banyak2 gambar, saya paling suka dengan gambar ‘we are siblings’. Kebersamaan dan kesepaduan pada kata ‘we are siblings’ ialah ‘air dicincang tidak akan putus…’

    Dulu smpi sekarang dan mungkin selama-lamanya, saya tidak berhenti bertelingkah dgn adik beradik saya. Saya ingatkan kami ini tiada kebersamaan, rupanya adik beradik dari keluarga lain pun begitu. Mereka selalu sahaja bertelingkah, bergaduh, bersalah faham walhal untuk perkara yang remeh. Tetapi tanpa disedari mereka berbaik semula meskipun tiada maaf dari sesiapapun. Itulah kebersamaan adik, abang dan kakak. Di sebalik perbezaan mereka, akan ada jumpa satu titik bersama yang diberatkan atas status pertalian darah.

    yaya (anak jagaan family) saya, selalu bergaduh dgn kakaknya. Puncanya kecil, berebut anak patung dan kereta mainan. Yaya merajuk. Kakaknya memujuk. Katanya “i’m sori”. Ada masanya, yaya pula berkata “i’m sori”. Sampai saat ini perkataan “i’m sori meniti dibibir yaya dan kakaknya sebab tiap2 hari mereka bergaduh. Tapi sekejap kemudian, mereka berbaik semula seolah tiada apa yg berlaku. Itulah kebersamaan ‘We are siblings’.

    Saya juga selalu menuturkan kata “i’m sori’ pada adik saya. Atas kelemahan saya yang gagal menghargai setiap apa yg dilakukan, tidak menaruh perhatian, terlalu kasar dan tidak beradab, tidak pandai berkomunikasi luhur dan macam-macam lagi kelemahan dan kesilapan saya. Satu yang saya harapkan dari semua ini iaitu menatang prinsip yang sama “We are siblings”.

    Bahagianya dunia ini dgn “kita adalah adik-beradik” & “kita adalah saudara”

    Wassalam..

  3. Askum.

    Cantiknya ukht punya captures. Berbakat ya. Nampaknya kita punya minat yang sama. Dalam banyak hal.:)

    Gambar ketiga-tiga di atas, memberi makna berbeza. Semuanya ana suka.

    Guna kamera apa ya? Ana tak mampu nak beli kamera mahal lagi. Tunggu suami hadiahkan dulu.*Jokes.

    Ust Azhar Idrus memang berbakat dengan kamera. Laman kamera nya yang penuh.

    digitalmukmin dot com.

  4. >> alQasam

    Waalaikumsalam ukht.

    Alhamdulillah. Segala puji itu selayaknya kepada ALLAH swt yang meminjamkan sedikit kemahiran kepada ana.

    ALhamdulillah jika benar kita punya minat yang sama dalam banyak hal, harapnya ana mampu menjadi sebaik nti kelak.

    Ketiga-tiga gambar di atas ana menggunakan kamera DSLR Olympus milik abang sulung yang sudi meminjamkan kepada ana. Selebihnya ana gunakan pelbagai kamera yang juga dipinjam dan kamera talifon sendiri. Ana juga belum mampu memiliki sebarang kamera apatah lagi yang mahal. Namun, alhamdulillah masih mampu menancap potret indah ciptaanNya.

    Ustaz Azhar idrus antara photographer yang ana minat dan digitalmukmin juga antara yang ana selalu lawati dan pelajari. Dan ceramahnya juga antara yang baik untuk diikuti bukan ? :)

    p/s: InsyaALLAH nnti suami nti dapat merasa bisikan hati nti tu yang mahukan kamera DSLR :)

  5. ^^

    Amin. Lebih dari suara hati. Mula-mula bagi hint. Biasalah baru berkenalan kan. Then, terus terang sahaja bagitahu suami yang suka sangat dengan photographing ni. Tapi sekarang ni ada awlawiyyah lain. I know deep down in his heart my husband willing to give anything, tapi ana tak biasa menerima barang mahal-mahal dari orang lain. Dia bagi handphone rasa macam mahal sahaja, padahal murah je.:) InshAllah, ada rezeki beli dengan duit sendiri.

    Aiwah kekandaku Kak Fadilah,

    Us Azhar Idrus ceramah memang menarik. Lagi pula, dia di Terengganu. Kami pun pernah ke kuliah beliau. Mula-mula dok pahang mana.Hehe. Lama-lama dengar berulang kali di cd, Alhamdulillah. Boleh kecek ganu le ni.

  6. [...] Melihat kenderaan ayah, walaupun honda cup lampu bulat itu pernah di ejek motor lama dan tiada ‘class’, sentiasa bersih, ayah mencuci sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Motor itu selalu berkilat dan lawa kelihatan sehingga ada menawarkan cecah ribu untuk membeli. Dan akhirnya telah di jual dengan harga selayaknya yang tidak sampai RM300. Ayah pembersih. Tapi tidak pernah bising untuk membersihkan. Dia menyuruh kami sama-sama membersihkan. Itulah ayah, yang bibirnya jarang mengeluarkan arahan, tetapi menggalak kebersamaan. [...]

Leave a Reply




Powered by WP Hashcash