Que Sera Sera; Bila aku mahu jatuh cinta
When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here’s what she said to me.Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future’s not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.
Dahulu kecil-kecil tiada siapa pernah nyanyikan lagu ini buat saya. Tetapi saya dengar lagu ini di corong radio dan mulut rakan-rakan yang suaranya pelbagai.
Yang peliknya, saya tidak pernah menyoal siapakah atau apakah bakal terjadi di masa hadapan saya. Banyak kali saya beritahu ya
Maaflah. Namun entri santai ini sebenarnya hanyalah singgahan sebentar.
ONE . SATU . HANYA SATU
Saya baru selesai berseminar sihat dan sejahtera di sebuah kepulauan salah satu tertakluk di bawah naungan negara yang sekarang ini bertemakan satu. Konsep bawaan baru sang pemerintah yang juga baru ini bukanlah ‘baru’ sebenarnya. Sejak dahulu lagi, pegangan manusia ini juga hanya satu, pegangannya hanya satu, kepercayaannya juga satu, Pencipta kita hanya Satu. Cuma yang pelbagai adalah interprestasi atas kefahaman pada yang Satu itu, sehingga wujud perbalahan yang berleluasa dan terkesamping kejatuhan satu persatu nilai kesyumulan yang di bawa oleh risalahNya yang satu, dan manual contoh dari pesuruhNya. Kesyumulan Islam perlu diperhati secara jelas di dalam setiap aspek dan dari pelbagai prospek.
Jika peraturan pemerintah yang tidak digabungkan dengan prinsip-prinsip hikmat, dan obligasi yang tidak memaksa dikombinasikan dengan undang-undang kebenaran, mereka tidak akan berhasil di kalangan rakyat
~ Bediuzzaman Said Nursi
Maka, jika mahu satu di dalam sesebuah negara, maka rujuklah kembali kepada konsep yang di anjurkan Islam. Kejayaan di dalam sistem sosial manusia adalah hasil kejayaan sesuatu sistem itu di uruskan berdasarkan kefahaman sebenar ke atas kesyumulan Islam yang tertegak berbekal kepada dua perkara, iaitulah Al-Quran dan sunnah. Keberjayaan ini jelas kelihatan pada saat kegemilangan tamadun islam di mana suatu masa ummah bersatu di atas syahadah dengan pegangan yang kuat ke atas dua manual yang telah di anugerahkan. Malangnya kejatuhan Islam terus menerus dan kelihatan semakin terkambus dek kerana muslim itu sendiri membelakangkan keagungan yang Satu lalu mengagungkan ketamadunan barat dan seterusnya meraikan ideologi kuffar yang menggadaikan diri buat dunia.
Memetik kata-kata As Syahid Imam Hassan Al Banna;
Muslim saat ini tidak akan pernah menjadi lebih baik, kecuali dengan cara yang sama seperti umat sebelumnya yang ditingkatkan
BERANI MEMBANGUN
Semingguan lalu, sempat transit di kota wibawa dengan pelbagai aroma yang memikat dan tak kurang yang menyengat rasa. Kumpulan tanah yang terbentuk di tengah air yang melimpah, banyak memperlihatkan keagungan ALLAH swt., sungguh bagi mereka yang berani berfikir. Ya, siapa yang berani berfikir dengan corak alquran dan sunnah. Beberapa hari lalu saya menonton saluran national geographic yang memaparkan pembangunan gah era Dubai. Jika saya seorang arkitek yang bangun di atas nama pembangunan material, maka ya, saya akan memandang Dubai sebagai ladang saya menyemai hasil rekaan bangunan pasca dunia mega dengan konsep futuristik yang megah dengan pelbagai cabaran dan perlumbaan kemewahan. Saya pasti akan menerima tawaran ke sana suatu masa dahulu jika saya mahu mencabar kebolehan saya sebagai santri landskap arsitektur. Dubai di lihat sebagai tapak menyemai jiwa yang sukakan cabaran dan persaingan, sukakan suatu yang lain dari yang lain, dan suatu yang di luar kotak imaginasi.
Namun, mereka itu sebenarnya bukan berani, berani yang dimaksudkan sejauh mana kita sebagai manusia melihat dunia sebagai ladang akhirat. Mengambil contoh kota mewah Dubai, jika di teliti kekayaan hasil buminya, saya mahu melihat sebuah kerajaan Islam yang berkemampuan dan berani berani bangkit menyumbang dana, membekalkan senjata hebat dan tentera tergagah dalam menentang tentera kuffar yang meratah tubuh saudara semuslim di negera Islam yang tertindas. Sejauh mana kekayaan itu berani di pertaruhkan di dalam jalan juang mempertegakkan daulah Islam dan tanah suci muslim, malah membela nasib saudara sesyahadah kita. Di manakah keberanian sebuah kepulauan yang kaya untuk mempertingkatkan ilmu kaum muslim dengan dana-dana yang cukup banyak demi memudahkan saudara semuslim menuntut ilmu demi menegakkan keilmuan Islam yang ber acukan quran dan sunnah.
Kebisuan alam itu sebenarnya jauh lebih banyak mengajar kita tentang erti Satu. Keghairahan berada di dalam bidang memanipulasi alam sebenarnya bakal hapus nilainya jika konsep kewujudan dan anugerah itu di salah ertikan dengan kod etika yang di pacu minda manusia.
CERITA SEMINAR DI LANGKAWI DENGAN PARA DOKTOR DAN NILAI ILMU
Di beri rezeki menginap di dalam kediaman untuk pemusafir dengan kadar yang melonjak jauh dari yang sepatutnya, keuntungan yang melampau tidak seimbang dengan yang khidmat yang diberikan, milik anak sebangsa, namun bauan kencing syaitan itu juga melata di sana, setiap hening malam di hidang buaian lunak suara seorang darah hawa yang entah di mana-mana labuh kain yang membalutinya. Santapan nya tampak sedap, namun melihat meja panjang berserta pancuran air seperti paip yang sefaham hamba itu pancuran air kencing si makhluk bertanduk berwarna merah itu amat memualkan. Ragu-ragu membalut namun terbalut sedikit yakin apabila melihat staf yang sopan berpakaian, hanya mampu membaca basmalah dengan harapan sebarang yang di luar pengetahuan dapatlah di hindarkan dengan keizinanNya.
Kebohongan kepada nilai etika ini jelas memperlihatkan tanda-tanda kejatuhan tamadun manusia yang ego dengan nilai metarial. Wajah dunia yang zahirnya terlihat sungguh jelita berjaya menutup lohong kecacatan malah menyembunyi proses kelumpuhan sistem manusia dan tamadun yang penuh bergaya dengan jenama ego yang tinggi namun hina di mata Ilahi.
Sebenarnya berseminar dengan golongan profesional ini sangat-sangat menarik dan mencarik jiwa untuk berlari seiring, berjalan selari dan merangkak bersama mereka.
‘Kak, semua ini doktor belaka?’
Soal saya kepada seorang yang hadir setaraf dengan saya. Jika tidak salah dalam ratusan yang hadir itu, kami berdualah ‘darjah kebesarannya’ yang sama. Dia mengangguk. Para Doktor, Professor, Datok dan Dato’, dan tak ketinggalan Dekan fakulti dari UKM amat memerangkap rasa malu dalam diri. Takut-takut tidak dipandang layak bersama. Realitinya jauh berbeza. Sikap profesional mereka berjaya mereda gemuruh kami.
‘Assalamu’alaikum dato’.
Sapa kami pada Tuan Dekan UKM yang bersahaja dengan kemeja petak warna merah dan seluar slack kelabu dan selipar biasa. Kami bertembung secara tidak sengaja selepas pulang dari pekan untuk membeli barang dengan sewa kereta yang berpatutan, selepas program. Dia tersenyum ramah.
‘Lunch dah?’
Soalnya kembali. Kami berhenti berbual seketika.
‘Dah. Dato dah?’
‘Baru nak pergi ni’
Beritahunya sambil tersenyum, berjalan bersamanya sekumpulan orang-orang besar lain, dan para pembentang dari beberapa negara jiran, kepulauan arab dan barat. Berkebetulan hari itu makan tengahari merangkap petang tidak di sediakan kerana ada program luar bagi peserta dengan kumpulan masing-masing.
Sebenarnya agak tidak sangka kemurahan senyuman dan sapaan beliau pada kami yang tidak berpangkat apa pun ini lagi pula yang tiada rupa ini. Alhamdulillah. Ternyata selepas seminar ini, persepsi saya kepada dunia profesional tidaklah buruk malah sebenarnya amat membantu dalam menggubal pemikiran keilmuan yang tinggi dan jika mampu diterapkan Islam sebagai asas terpenting kepada cabang ilmu ini, maka keilmuan ini dapat membentuk intelektual yang tinggi nilai nya lalu mampu membentuk ketamadunan dengan sebenar-benar ertinya.
Pulang dari seminar, sehingga sekarang, seperti tersemai kepada suatu kecintaan untuk menjadi seorang yang profesional di dalam bidang ini; environment-behavior studies atau environmental psychology. Termimpi-mimpi, terangau-angau, berangan bukan main, tetapi siapalah saya untuk membenarkan keberjayaan saya di masa hadapan. Namun saya tahu suatu perkara, kalaupun saya tidak lawa di masa hadapan, walau tidaklah sekaya mana, keindahan itu tetap mampu saya miliki dari sudut lain dan kekayaan jiwa itulah yang patut saya dambakan. Marilah berusaha menuju kejayaan dengan sehabis daya kita, semampunya. Setiap yang berusaha itu pasti ada ganjarannya. Namun saat mahu jatuh cinta itulah yang paling perlu kita berhati-hati. Berhati-hati dengan godaan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan.
Seorang sufi di dalam syairnya:
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi
aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi Izinkan
bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan
untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah
seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan
wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Abdul Ghani
Berbicara tentang perancangan, menyingkap kembali entri saya yang lalu tentang doa dan harapan. Dan dua insan yang mahu berkongsi bilik dengan saya, yang ini agak kelakar bagi saya dan cukuplah saya cerita pendek. Sepanjang minggu saya di sana, saya meninggalkan kunci bilik kepada penasihat. Dahulu semasa mula memasuki bilik itu, pintu ini ada dua kunci, dan penasihat ada memberitahu saya untuk tidak mengunci kunci pertama, kunci menggunakan kunci ke dua, ini kerana tombol kunci pertama sudah rosak. Alkisahnya, semalam saya datang dengan harapan dua insan itu tiada, dan cuba saya membuka pintu. Dan amat mengejutkan bahawa pintu tidak boleh di buka, dek kerana kunci pertama dan kedua digunakan. Terkunci. Kunci kedua boleh di buka, manakala kunci pertama, memang tidak boleh di buka. Dan sehingga hari ini saya tidak boleh lagi memasuki bilik itu. Dua insan itulah yang menguncinya. Dan lihatlah, sudah tidak boleh digunakan buat sementara waktu, sementara menanti tukang pindu mengeluarkan kunci pertama. Rasakan, biar semua tidak boleh guna bilik itu. Entahlah bagaimana. Lawak bagi saya, tapi entahlah. Ada hikmahnya.
Apapun, kita hanya merancang, dan ALLAH juga merancang, dan sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang. Lalu iringi setiap usaha itu dengan doa, moga kejayaan yang dimiliki tetap di dalam redha Allah dengan kebaikan yang penuh barakah.
Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala deenik.

















Assalammu’alaikum ukhti yang sangat dirindui.
Masya-ALLAH, sungguh sudah lama adik tidak meluangkan masa emas adik membaca entri-entri terkini dari ukhti. Subhan-ALLAH! Memang tidak rugi bagi diri adik untuk membaca segala isi kandungan blog ukhti ini. Penuh dengan kata-kata hikmah. Semoga membawa nikmah yang banyak dari ALLAH jua. Allahumma Ameen. Adik tertarik dengan perenggan BERANI MEMBANGUN. Benar sungguh apa yang telah ditulis oleh ukhti tentang pembangunan-pembangunan akhir zaman. Nauzhubillah… Dunia telah mereka tanamkan di jiwa, tetapi Akhyrat mereka letakkan di telapak tangan sahaja. )= Teruskan berkarya ukhti jameelah! Insya-ALLAH, adik diantara pembaca-pembaca yang tidak akan pernah jemu bersinggah di rumah mu yang penuh dengan nasihat-nasihat islami yang pasti akan membawa hikmah dan nikmah pada jiwa kami! Harapan adik, ukhti dalam keadaan sihat wal’afiat dan senantiasa dibaluti selimut kasih Rahmat ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Allahumma Ameen. (=
Musleemah said this on July 29, 2009 at 7:09 pm