Kapsul Ramadhan: Mengubati hati yang sakit
Mak dan ayah sudah faham benar keberadaan diri saya yang sungguh mudah diserang penyakit ‘kecil-kecil’ seperti selsema dan demam. Cuaca bertukar sedikit, sekejap panas terik, sekejap sejuk pasti akan membuatkan badan saya demam kura.
Itu sebenarnya penyakit yang terzahir yang kurang saya takuti, namun apa yang paling saya takuti adalah penyakit hati yang memakan diri sedikit demi sedikit, yang terjadi tanpa kita sedari, yang meratah jiwa dalam dunia penuh selesa kita. Betulkah benar hati kita sihat walafiat sepenuhnya?
Salah satu ibrah ALLAH swt mensyariatkan puasa buat hambaNya adalah untuk kita merasai ‘lapar’ seperti orang lain yang selalu kelaparan akibat kesusahan yang menimpa. Lihat sahaja kes di negera-negara mundur yang di ancam pelbagai masalah kesihatan dek kerana kekurangan bekalan dan zat makanan. Malah, puasa bukan sahaja mengajar kita merasai ‘kelaparan’, tetapi mengajar kita untuk bersifat belas kepada mereka yang jauh dari suasana berkemampuan, di laut kesusahan manusia, dan hasilnya kita pasti akan berasa sangat bersyukur walau kita punya hanya syiling 5 sen di dalam tangan.
“Baru tadi isi minyak kereta pakai Ron 95 yang naik 5 sen dari yang biasa pakai dulu, nampaknya o.k, tak ada masalah, 5 sen ni kat rumah selalu bersepah2.
”
- Seseorang di FB.
Saya sebenarnya kurang faham apakah status itu status memerli kenaikan harga minyak baru-baru ini, atau pun sememangnya dia memaksudkan begitu. Syak wasangka bukan sesuatu yang elok, justeru haruslah mengkaji terlebih dahulu. Lalu setelah mengkaji, maka saya dapati dia memaksudkan begitu. Dan atas rasa ‘mahu’, saya menyatakan pendapat saya;
“Ibrah puasa tuan salah satunya untuk merasa seperti mana laparnya orang yang tak berkemampuan. Cuba kita fikir macamana orang tak mampu menghadapi kenaikan harga walau 5 sen. Wallahu’alam”
Salah satu penyakit ‘raya’ di Malaysia ini adalah harga barang dan tiket bas melambung naik dengan alasan permintaan meningkat dan barangan terhad. Benarkah begitu? Atau ketamakan yang menjadi asbab kerana mahu melipatgandakan pendapatan memandangkan nisbah permintaan melonjak 3 hingga empat kali ganda berbanding bulan-bulan biasa sepanjang tahun.
Inilah penyakit hati sendiri yang saya paling takutkan. Kita, semahu-mahunya memenuhi serakah sendiri tanpa memikirkan kemampuan golongan miskin dan kurang berkemampuan. Dahulu, mengimbau kembali beberapa tahun lepas sebelum kematian onyang saudara saya, setiap kali raya pertama saya dan keluarga selalu pulang ke kampung dan menziarahi onyang saudara yang sedang sakit. Onyang adalah antara golongan miskin lagi fakir. Saya tidak mampu lupakan apabila melihat onyang hanya berbaring di bawah sebuah katil kayu reput dengan beralaskan tikar mengkuang yang sudah lusuh dan berlubang di sana-sini. Saat kami sekeluarga melawat, kami dihambat kesayuan apabila saat onyang meminta menantu perempuannya membuat air kopi, namun menantunya senyap sunyi dengan merah mata dek kerana bekalan rumah yang habis dan tidak punya wang untuk membeli semula. Mujurlah ayah serta adik beradiknya, terutama arwah uda Ali sentiasa menghantar bekalan keperluan rumah setiap bulan.
Hati yang sakit pasti rasa kenaikan harga barang walau hanya 1 sen tidak membebankan, menaikkan harga tiket bas sehingga 2 kali ganda tidak kejam, dan mencatu barang makanan dan keperluan asas bukan sesuatu yang menyukarkan rakyat jelata. Malah lebih teruk bagi mereka yang memandang kesusahan orang lain itu suatu kehinaan dan menyusahkan orang sekeliling.
KAPSUL RAMADHAN Nisa’ Gombak bersama Ustaz Hariri Daud
‘kapsul ramadhan’ menanti pengesahan dari pengarah… berfikir* ada tak ‘doktor rohaniah’ yang sudi menginfakkan masa untuk memberi input sebagai salah satu sesi rawatan dan sebagai imune ‘pesakit’.
Beberapa minggu sebelum tarikh awal program Kapsul Ramadhan, saya meletakkan status ini di FB, dan twitter. Sebenarnya niat awal bukan meraih publisiti orang, cuma saat menaip hati saya sarat dengan doa dan harapan. Saat saya melihat kertas budget awal program ini, minda saya memberat memikirkan perihal sponsor dan penjanaan wang untuk menjayakannya. Empat angka yang comel-comel itu bukanlah suatu beban kerana program ini sangat besar maknanya bagi saya, namun jika dapat mengurangkan budget bukankah lebih afdhal.
Kapsul Ramadhan merupakan program ketiga di hospital yang saya turut terlibat selepas program Sentuhan 1 dan Sentuhan 2 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru anjuran KLM KTC 4 tahun lepas semasa saya masih lagi belajar di sekitar kawasan tersebut. Namun ini tetap program pertama yang saya kepalai dan amat bermakna buat saya. Suasana yang diterapkan amatlah berbeza dengan dua program pertama saya dan nilai spiritual yang di tekankan benar-benar mengubat penyakit hati saya selama ini.

Saya memandang program ini sebagai pengubat kepada hati yang semakin lemas dengan kesenangan dunia. Memandang dan mendengar kesusahan mereka benar-benar menghumban saya di lautan simpati lalu lemas dalam muhasabah diri yang tidak cukup-cukup dengan kesenangan.
‘Mak cik ni sepatutnya dah boleh balik. Tapi dia takda duit nak beli tiket bas. Sebabnya 8hb ni ada lagi rawatan susulan.’
‘Akak dah dekat dua tiga bulan di sini, jaga suami sakit buah pinggang. Nasib baiklah di sini dapat tinggal percuma. Kurang sikit beban.’
‘Penghuni di rumah ini sememangnya mereka yang hadir dari keluarga miskin dan tidak berkemampuan. Ada yang tinggal hari, ada minggu malah ada yang berbulan-bulan.’
Itu antara kata yang menyentak rasa saya. Mungkin saya sederhana senang, bukan golongan yang kaya-kaya, tetapi mereka lebih jauh dari itu, malah kesenangan mereka kesenangan berbeza, mungkin kesenangan mereka di dalam ujian, ujian kesusahan. Dan itulah semahal-mahal tarbiyyah. Dan kapsul ramadhan merupakan tarbiyyah kami para ahli nisa’ dalam memahami bahawa sasaran dakwah kami kini tidak terhad kepada wanita dan remaja dalam lingkungan sihat dan senang, tetapi luas di dalam lautan manusia yang berlapis keadaan.
‘Ustaz, bayaran tu, macamana kalau tambah sekali jika ustaz jadi imam solat isya’ dan tarawikh sekali?’
Sms saya kepada Ustaz yang menyatakan bayaran program.
‘Sama je lah kos. Infaq ramadhan mudah mudahan’
Balas Ustaz. SubhanALLAH walhamdulillah. Saat itu tiada lain mampu saya ucapkan atas bantuan ALLAH swt kerana menerima doa yang saya selitkan di ruang FB dan twitter. Maha suci ALLAH yang menyukai kebaikan dan menganugerahkan kesenangan buat hamba-hambaNya.

Kemuncak Program Kapsul Ramadhan adalah saat pengarah hospital memberi ucapan serta slot tazkirah oleh Ustaz Hariri Daud yang secara keseluruhannya menyentuh tentang bagaimana menata pemikiran positif di saat di uji, kerja sebagai kebajikan dan ibadah serta sedikit tentang nuzul quran.
Alhamdulillah dengan bantuan dan sokongan sahabat-sahabat Nisa’ Gombak yang dimuliakan ALLAH swt dengan kebesaran hati, dan kerjasama pihak hospital Selayang yang sangat komited dengan ibadah kebajikan, program kapsul ramadhan yang melibatkan staf hospital serta penghuni Rumah Anjung Kasih (tempat tinggal pewaris pesakit yang tidak berkemampuan), serta sumbangan dan perkongsian ilmu dari Ustaz Hariri, program ini berjaya dilaksanakan. Sungguh jika di hampar sebidang tanah untuk saya semai rasa terima kasih, pasti tidak termampu kudrat saya mengerjakannya melainkan jasa-jasa ini pasti di balas oleh kebesaran ALLAH Az Zawajalla.
MANUSIA YANG SAKIT HATINYA APABILA TIADA RASA APA-APA MELIHAT KESUSAHAN ORANG LAIN
Ya, kita si pesakit hati, mudah benar berselesa dengan kesenangan dan terkadang suka-suka sahaja mengeluh apabila rasa tidak berkecukupan. Melihat kesusahan orang lain tidak merasa apa-apa, malah suka menghina dan merasa terbeban jika di minta berkongsi rasa. Ringan untuk merasa besar dan senang, berat untuk membantu dan berkongsi kesenangan. Penyakit yang memakan hati di dalam diam.
Mendekati suasana hospital seperti menyelak lelutut untuk menguis gigi pantai yang di pukul ombak. Ombak kesusahan mereka yang berpenyakit lalu di ’sakitkan’ lagi dengan kesusahan dalam bentuk kewangan yang menterhadkan kemampuan dalam membiayai rawatan penyakit.

Selaku wakil yang kerdil, saya tidak memandang program kapsul ramadhan sebagai rawatan spiritual buat pekerja, serta pewaris/ penjaga pesakit yang sudah bertungkus lumus memerah kudrat dalam menjaga serta berkhidmat kepada pesakit. Tetapi program ini sebagai menyucikan jiwa dan hati dengan melihat bahawa ada orang lain yang susah yang menanti untuk berkongsi sedikit kesenangan, walau hanya dalam bentuk kasih dan sayang.
‘Saya, selaku wakil nisa memohon ribuan kemaafan kerana mungkin kami tidak mampu menyumbang banyak dari segi duit atau harta, tetapi harapan saya, untuk sedikit waktu ini, kami menyumbang sedikit dari rasa kasih sayang serta perhatian dari kami buat kalian semoga mampu meringankan sedikit beban rasa, di dalam suasa musibah yang sebenarnya suatu ujian dan bukanlah kekurangan yang ALLAH swt beri kepada kita. Kasih sayang yang walaupun sebelum ini kita mungkin tidak pernah saling mengenali untuk menjadi sebab kita menyayangi, tetapi kasih kita tidak lain hanyalah kerana satu syahadah yang kita ucapkan kepada ALLAH swt, ikatan persaudaraan dan kasih sayang sesama hambaNya yang tidak lain di anugerahkan di dalam hati mereka yang tunduk di bawah agamaNya. Dan ditambah lagi di dalam bulan mulia Ramadhan, semoga usaha dan ikatan yang sedikit ini dapat ganjaran dan redha dari ALLAH swt’.
Akhiri saya semasa di Rumah Anjung Kasih dan juga tidak lain hanya merupakan harapan dan doa dari saya yang faqir.
















Alhamdulillah..
akhirnya berjalan dengan lancar program tersebut..walaupun gusar di hati tetap ada dgn segala mehnah yg ada nmn program diteruskan jua dgn doa dan tawakal bkn sedikit pada Allah.
budakbaek said this on September 8, 2009 at 3:58 pm
Budakbaek a.k.a ummu dilah:
Summal hamdulillah. ummu nadi saya, selaku rakan sisi yang amat komited dalam memberi pandangan dan bantuan, dan yang lain itu anggota tubuh yang membantu pergerakan saya. Mana mungkin saya lupakan jasa kalian yang amat besar sehingga mampu menampung kelemahan diri saya. Terima kasih ummu dan semua.
Benar dan alhamdulillah, berkat doa dan kawan-kawan serta sepenuh tawakkal kepadaNya semuanya di permudahkan, walau mungkin ada lemahnya, insyaALLAH kita cuba perbaiki di lain waktu.
nahwanNur said this on September 8, 2009 at 4:16 pm
1. cuba bersyukur & jgn riak
“Baru tadi isi minyak kereta pakai Ron 95 yang naik 5 sen dari yang biasa pakai dulu, nampaknya o.k, tak ada masalah, 5 sen ni kat rumah selalu bersepah2. ”
salam..hmm..bersepah2???………sangat xsetuju dgn ’seseorang’ atau sesetengah org yg cuma pandang enteng hal2 cmni. 5sen pon duit, jgn mmbazir..dan perlu b’syukur..waktu senang kena slalu beringat, coz kt xkan tau bila kt akan susah
2. didik jiwa
pgrm kapsul ramadhan nmpknya byk m’didik jiwa. mmberi santapan nurani kpd jiwa2 yg sibuk bkerja. kdg2 kita leka dgn tuntutan dunia, alpa yg dunia ni cuma ladang, akhirat nnti tmpt menuai..
3. kesusahan org lain?
mmg org tu hatinya sakit kalau xda prasaan tgk kesusahan org lain..tapi, kdg2, kt empati kat orang pun susah..lagi2 kalau tertipu..
nota kaki : tengkiu betulkan ksilapan dlm entriku..hehee.dah betulkan
sil said this on September 8, 2009 at 4:42 pm
salam alaik..
best tjknye.. sure intipati..suntikan mujarab menusuk ke saluran darah hehee..
aiwah..mabruk dek keberlangsungan majlis ilmu kapsul rmdhn ni
kdgkala kita acapkali buat prgram begini d bln rmdhn je.. tpi, bulan bukan rmdhn agak kurang..slow. so, sama2 kite touch n hold tmpt2 ni.. agar tidak menempel ke bekas hok laing..hehe..
pahe mksud tersirat ye.
teruskan dgn kapsul utk bulan2 yg seterusnya.. syawal.. zulkaedah..zulhijjah.. muharaam..etc
slmt berjuang dik!! suntik ubat s.a.b.a.r dlm hati.. moge kite menjadi insan yg c.O.O.L sokmo..ameen =D
simple-shida said this on September 8, 2009 at 8:04 pm
kpd simple-shida…
betul3
ustazah-engineer said this on September 9, 2009 at 11:22 am
Sil:
Kita terus ulas sampai nota kaki je lah ye. Welkam :p
Kak syida:
Salam kak syidah. Terima kasih. Dan memang benar pandangan akak, insyaALLAH tempohari pihak hospital juga ada sms saya dan menyatakan harapan mereka agar pihak kami dapat kerap masuk ke sana, terutama sekali kes remaja yang meruncing saat ini, hamil luar nikah. Nau’zubillahi minzalik.
Hehe, pehe kak pehe
InsyaALLAH biidznillah dan doakan sama ya. Mana tahu kita dapat berprogram sama kelak, kok saya udah rindu banget sama kak syida yang simple
p/s: Jumpa nanti insyaALLAH. Sms ye. Rinduuu…
nahwanNur said this on September 9, 2009 at 12:24 pm
Salam dik,
Aduhai… bagusnya kalian yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga kearah kebaikan. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah memberi pahala berganda buat kamu dan teman-teman pejuang Nisa Gombak.
suara said this on September 11, 2009 at 11:09 am
Salam kak Nur @ kak Su;
Alhamdulillah kami di beri peluang itu kak, dan insyaALLAH serasa saya jika kak su diberi peluang begitu pasti lebih baik. Haza min fadhli rabbi, alhamdulillah, summal hamdulillah.
Doakan kami tsabat dan istiqamah dan untuk kita semua juga kak :] Amiin ALLAHumma amiin.
nahwanNur said this on September 13, 2009 at 1:19 am