Kelemahan Hujjah dan Fakta: Kerana saya bukan Ahli
Bismillah ar Rahman ar Rahim, pertama sekali ini adalah entri yang dapat menggambarkan sedikit gagasan dan pola pemikiran saya sebagai seorang hambaNya yang serba lemah dalam memahami pelbagai acara dan tajuk perbualan di alam ini.
Beberapa hari yang lalu, saya telah di soal dua kali oleh pelawat yang bertanyakan adakah Islam itu satu Ideologi, mahupun tidak?
Saya semahunya tidak mahu menjawab panjang atau mungkin berhujjah, kerana bagi saya jika kita mahu tahu maksud ideologi, maka pasti semua akan mengetahui nya jika berusaha sedikit dengan mencari sekitar maya, dan paling bagus jika mampu mencarinya dari buku-buku. Ini kerana pensyarah saya pernah berpesan, jika tentang Islam yang kamu ingin ketahui, maka jangan percayakan seratus peratus fakta di internet, tetapi kajilah data yang di dapati di buku-buku ataupun orang yang alim (yang menguasai bidang agama).
Namun soalan ringkas saya di jawab oleh si penyoal dengan pesan lanjut:
‘Buat nahwan, perbanyakkan dan dalami selok belok berhujjah dan fakta’.
InsyaALLAH, saya tidak terasa dengan ‘nasihat’nya, dan saya memohon kemaafan atas kelemahan hujjah dan fakta yang saya utarakan untuk topik ini mahupun topik lain, ia tidak lain hanya kerana saya bukan ahli nya.
Salah satu asbab kenapa saya cuba menjawab seringkas mungkin adalah kerana saya bukan ahli. Namun, jika boleh saya nyatakan bahawa fahamlah, jawapan yang diam ataupun ringkas tidak memaknakan kecetekan pengetahuan tentang fakta mahupun hujjah. Mungkin di dalam kes saya, kerana saya bukanlah pakar di dalam memanjangkan hujjah, saya pasti sahabat saya yang membantu saya dalam menjawab persoalan itu turut tahu peribadi saya yang sememangnya bukan kaki hujjah. Dan itu kelemahan saya.
Tetapi ketahuilah, setiap persoalan, nasihat mahupun teguran diblog saya tidak pernah ambil enteng. Malah persoalan ini menuntut pengkajian dari saya melalui internet mahupun buku. Namun, sepanjang pelayaran saya mengenai topik ini, apa yang saya dapati persoalan ‘Adakah Islam ini sebuah Ideologi atau sekadar agama?’ merupakan topic hangat yang di bincangkan oleh pihak tertentu sahaja, dan maaf untuk saya katakan bahawa hujjah dan fakta mereka tidak begitu meyakinkan saya. Malah ada juga hujjah yang mematahkan fahaman bahawa Islam itu lebih jauh dari Ideologi juga saya temui namun bagi saya belum cukup jika mahu di bahaskan jika tanpa merujuk penulisan ulama’ yang muktabar, jika mahu melihat nya dari kaca mata Islam yang sebenar.
.
ISLAM BUKAN HANYA IDEOLOGI
Seperti pandangan saya di ruang chatbox, saya bertegas mengatakan bahawa Islam itu agama yang merangkumi semua, bahkan ideologi itu merupakan subset kepada makna agama. Namun dengan menyatakan ia sebagai ideologi sahaja (mabda’ jika dalam bahasa arabnya), maka ia kurang lengkap atau kurang tepat.
Jika di belek di ruang maya dengan mengoogle topik ini, didapati bahawa penegasan tentang ‘Islam itu Ideologi’ dengan menyatakan bahawa ‘ideologi’ adalah istilah baru dan istilah serapan yang memaknakan cara hidup, pemikiran atau sebagainya seperti istilah aqidah, dharibah dan sebagainya. Ia menyatakan bahawa menolak Islam sebagai ideologi seolah-olah menolak Islam sebagai sistem pemerintahan ekonomi, social, pendidikan, polititk dalam dan luar negeri. Ini bagi saya sememangnya ada kebenaran pada sebahagiannya namun ia merupakan satu kenyataan yang kasar dan terapung dari dasar hujjah yang konkrit.
Dalam memiliki pemikiran yang konkrit dan kritis, kita perlu faham bahawa subjek yang dibincangkan adalah Ideologi dan Islam. Namun dengan meletakkan ‘Islam adalah Ideologi’ sebagai objek sedari awal merupakan bias di dalam kajian pemikiran sehingga membuatkan kita lupa mengkaji dasar, sejarah dan makna sebenar Ideologi itu sendiri.
Secara logis seorang muslim, antara soalan bocor yang akan di tanyakan kelak di dalam kubur oleh Malaikat ALLAH adalah ‘apa agama kamu?’, bukanlah ‘Apa ideologi kamu?’. Dan jawabnya adalah ‘Islam agamaku.’
Nah, apa yang saya cuba maksudkan adalah penggunaan dua istilah yang jika kita suka main taram menggunakannya kelak saya takut mampu membawa kepada kekeliruan masyarakat Islam terutamanya mereka yang bukan ahli (seperti saya) malah lebih parah jika orang tersebut suka menerima tanpa mengkaji terdahulu dengan lebih mendalam.
Secara jelas, saya suka untuk mengajak kita memikirkan perkara akarnya, iaitulah Islam itu suatu agama yang satu-satunya di terima ALLAH swt di kalangan ummat akhir zaman ini. Makna agama atau deen itu sendiri terdapat pelbagai sudut di kupas oleh Al Quran dan Hadith malah di panjanglebarkan perbincangan oleh ulama’ muktabar dan syeikhul Islam. Bagi mereka yang pernah membedah buku Prof Naquib Al Attas seperti adik ini, pasti didapati bahawa penerangan tentang maksud deen yang amat mendalam. Malah di dalam buku ‘Apa ertinya saya menganut Islam’ oleh Almarhum Fathi Yakan juga turut mengupas maksud beragama dengan baik sekali.
Saya sememangnya tidak pasti faktor mana satu yang di jadikan akar atau basis yang menyatakan Islam sebagai Ideologi. Ideologi berasal dari dua sumber iaitu akal manusia dan wahyu ALLAHu subhanahu wa ta’ala, dan Islam adalah ideologi yang bersumberkan dari wahyu ALLAH swt. Maka sudah saya katakan ia adalah benar dan saya setuju dengannya. Namun sejauh mana tepatnya istilah ideologi? Atau lebih tepatnya agama wahyu dari ILAHI? Nah, kan kita semakin konfius.
Fakta yang menyatakan bahawa ideologi merupakan hanya istilah baru atau serapan yang wujud atau lahirnya sementelah kewujudan ‘ideologi akal manusia’ seperti kapitalis, sosialisme komunisme dan sebagainya. Nah,itu semua merupakan gagasan-gagasan ideologi yang berakar tunjangkan pemikiran manusia, jelas terlihat bahawa itu semua bukan yang kita faham sebagai agama yang wujud di dunia. Islam itu adalah yang kita benar faham agama syumul yang di sebut di dalam alquran, namun ada antara kuffar yang menganut agama kristian, hindu, Buddha dan sebagainya yang kita tahu dan faham itu agama. Jadi saya memahami bahawa ideologi tidak lebih dari salah satu buah-buah agama Islam namun bukanlah Islam itu sendiri.
Jika diperhati istilah Ideologi merupakan prosa yang wujud semenjak revolusi France di mana pola nya adalah untuk memaksa semua perkara dengan berakarkan logika dan kehendak dalam menambah baik organisasi manusia mengikut subjek utama zaman tersebut, namun hakikat lainnya menunjukkan keruntuhan di dalam dimensi spiritual. Iaitu menolak nilai spiritual ataupun bertuhan. Lihat sahaja sejarah revolusi Industri, dan perjalanan tamadun manusia lain yang cuba mengangkat hanya satu cabang subjek, lalu mereka terus rebah dengan masalah sosial pula. Perlu diingat bahawa salah satu agenda besar Kuffar dalam memerangi Islam adalah dengan mengasingkan apa sahaja di dalam kehidupan kita dengan Tuhan. Menyapu bersih nilai spiritual sekaligus apa yang difahami dengan maksud akidah di kalangan muslim. Musnah akidah punahlah Islam.
Sememangnya Marxism, kapitalis dan sebagainya itu bukan suatu agama, namun ia bukan secara harfiah, namun mereka memesongkan akidah mereka dengan secara tidak langsung memiliki kitab pegangan mereka sendiri seperti das capital, communist manifesto dan sebagainya di dalam kepompong ideologi masing-masing, namun ia nyata amat tandus dengan makna spiritual.
Namun jangan salah faham dengan mengatakan saya berfahaman bahawa ‘ideologi’ merupakan akidah yang terpesong, namun dengan mengatakan ia sebagai kata ganti ‘agama’ amat menakutkan saya. Saya takut jika bahasa yang dibahaskan di sini mampu menimbulkan kekeliruan terutama sekali buat orang awam yang bukan ahli (Ya, seperti saya).
Ideologi bagi saya merupakan subset bagi agama yang juga penting dalam menggerakkan kefahaman dan perjalanan kita sebagai seorang Islam, namun tetap ada entiti atau elemen lain yang yang melengkapkan makna agama, dan Islam sebagai agama yang syumul dan menyeluruh. Muktazilah, juga salah satu gagasan ideology, maka jika dikatakan Islam adalah Ideologi, maka ia membawa makna bahawa Islam adalah subset di dalam kehidupan, hanya salah satu dari gagasan ideologi.
Menggerakkan Islam hanya berdasarkan ideologi dengan mengenepikan nilai tradisi dan elemen penting yang lain, kesannya dilihat tidak lebih sebagai suatu ideologi (mengikut tafsiran) sahaja, dan tidak jauh berbeza dengan gagasan ideologi yang separuh separuh itu. Antara golongan separuh yang saya maksudkan yang hanya suka bermain dengan ideologi semata adalah golongan ateis. Mereka sememangnya amat berpengaruh dalam mencakna minda tidak bertuhan dan menafikan kewujudan prime mover di dalam setiap entiti di dunia. Pemikiran yang mengabdikan kepada logika dan ‘kebetulan’ jelas menafikan kehendak spiritual seorang manusia. Dalam memahami gagasan ideologi para ateis, salah seorang cendikiawan Islam iaitu Bediuzzaman Said Nursi telah banyak mengulas di dalam tulisannya dan yang terbaru saya ada membacanya di dalam buku beliau bertajuk, Nature: Cause or effect?. Penulisan Said Nursi antara yang baik untuk kita rujuki dalam memulang paku buah keras kepada pendirian yang hanya meletakkan ideologi sebagai pegangan. Ini kerana pendekatan atau manhaj dakwah beliau yang menekankan faktor spiritual-intellectual.
Memetik kata adik wan;
Islam secara haqiqah bukan ideologi, jika tidak pasti sudah ramai yang di paksa memasuki Islam. Indoctrinate. Tetapi, pada hari ini dimana golongan reformis, modernis telah abai tradisi seoalah-olah islam yg ada ini timbul daripada kancah kemelut penjajahan, maka ianya nampak seperti ideologi, kita ada bukti sejarah yang hidup
Dan tambah mengecewakan apabila ada yang bukan ahli yang melulu menyatakan hujjah (nauzubillah) dan ada aktivis islam itu sendiri yang mengaut fakta dan melulu menjadikannya hujjah, walhal dasar nya belum di kaji betul-betul.
Islam jika di tolak hakikat tasawwuf dan kepentingannya, maka ia sememangnya menjadikan Islam sekadar ideologi. Lalu jadilah bahawa Islam itu hanya sekadar ideologi tergantung dan tidak menyeluruh seperti Islam yang sebenar. Ideologi bukanlah suatu perkara yang salah, yang membuatkan ia menjadi salah adalah apabila kita dirikan ideologi itu sendirian tanpa mengambil elemen lain.Islam adalah agama yang kaffah, dan ideologi adalah salah satu elemennya, bukan teras.
Wallahu’alam
.
nahwanNur HADITHUNA
Di harap bahawa penerangan yang sedikit ini mampu menggambarkan pemikiran saya sekadar pengetahuan saya yang cetek dan sedikit. Namun, pengertian sebenar Islam malah ideologi itu sendiri menuntut kita semua agar membelek dan mempelajarinya daripada golongan yang ahli bukan sekadar mencatatnya di internet sehingga tertutup kepada ruang perbincangan dan perbahasan yang lebih luas.
Namun, di dalam ruang blog ini, saya tidak pernah berfikir untuk membincangkan tajuk yang bukan saya ahlinya (seperti ini), bukan kerana saya tidak yakin, tetapi saya takutkan kesalahan dalam penyampaian saya dek kerana kekurangan kefahaman dan penguasaan di dalam bidang yang di utarakan, lalu takut ia menjadi fitnah kepada agama yang membawa kepada murka ALLAH swt.
Blog ini insyaALLAH akan terus menjadi medan untuk saya mencatatkan perkara asas di dalam kehidupan sebagai hambaNya dan sebagai muslimah khasnya yang mampu menjadi peringatan buat diri saya. Ia tidak lebih dari satu perkongsian bukan untuk mengajarkan. Ia hanya sudut pandang nilai kehidupan bukan atas kehendak saya sebagai insan, tetapi tuntutan ALLAH swt buat setiap pemegang amanahNya. Kerana hidup bukan apa yang kita inginkan, tetapi jalan menuju keredhaan Tuhan.
Saya memohon kemaafan di atas setiap kelemahan saya dalam menjuarai gelanggang sendiri kerana gagal melaung hujjah menggunakan fakta yang sedikit atau lemah. Lalu, saya tetap berbesar hati dan berterima kasih di atas bantuan, nasihat mahupun teguran kerana saya faham, bahawa saya hanya seorang yang faqir lagi haqer.
ALLAHu yubarik fiekuma.
















assalamualaikum..
ya. inilah yg akk maksudkan dalam komen akk yang lepas. Sama seperti yg adik huraikan dlm entri ini.
sebenarnya, yg boleh menimbulkan salah faham dlm sesuatu huraian atau fakta yang diperolehi daripada mana-mana sumber ialah kegagalan kita memahami fakta atau huraian tersebut. Mungkin laras bahasanya yg agak tinggi, atau disiplin bidangnya yang kritikal, terlalu longgar atau kurang jelas untuk difahami umum.
memang banyak pandangan samaada islam itu ideologi atau bukan ideologi. Akk juga pernah membaca dari satu sumber yang mengatakan Ideologi itu adalah salah satu subset dari agama (baca: Islam)& ada juga sumber yang mengatakan Islam itu bukan ideologi dll pandangan lagi. Namun, sebanyak manapun pandangan, islam bukan semata-mata ideologi. ini yang paling jelas.
Bagi yang masih keliru atau sukar untuk memahami perkara ini, lebih baik berpegang kepada makna ISlam itu ssendiri dan ciri-ciri Islam yang kita sedia maklum.
Kalau setiap orang faham akan ciri-ciri Islam,memadai baginya untuk jelas antara Islam dan ideologi
Paling utama kita fahami ialah Islam bukan ideologi. ‘Bukan’ bermaksud menterjemahkan atau mentafsirkan Islam itu sebagai ideologi semata-mata. Ini memang salah.
ustazah-engineer said this on September 14, 2009 at 10:19 am
salam alaik..
yeah.. 3N berpadu.. ehehe..
ila adikku nahwan
bguss perdebatan Ilmiah lg Islamik ni.
cume, kena hati-hati. jgn main tarik-tali.. jongkang-jongket..
main chess xpe..ehhee.. boleh pkiaq nk atuq startegi cmnaa..
xpelu dipanjang lebarkan isu IDEologi ni. kite bleh bincg isu2 lain yg lg best hehe.kite pk cmna nk suntik budaya cintakan mjlis ILMu.. budaya iLuvISlam yg bukan hanya di mulut semata.. tpi dekat diHAti..hehee..
simple-shida said this on September 16, 2009 at 11:33 pm
Salam Kak Shida:
3N bergabung ye
Alhamdulillah.
Betul kak saya setuju, isu ini bukan suatu yang saya pilih untuk di panjang lebarkan. Malah entri ini hanya untuk menjawab ringkas tentang pandang sisi saya. Walaubagaimanapun bukan untuk menolak sebarang isu yang dibangkitkan, cuma untuk memberitahu bahawa nahwanNur hadithuna tidak lagi bercadang membincangkan isu ini, yang saya pandang sebagai satu furu’ yang kecil dan kerana saya bukan ahlinya. Dan ada perkara lebih aula’ untuk di perbincangkan terutama aspek pembangunan rohaniah yang paling asas dalam kehidupan, yang perlu di tekankan supaya lekat dihati, seterusnya kejap dalam tindakan.
Syukran kak, and same goes to you, 3N chaiyok!
p/s: O ALLAH, to You we gain our strength and we seek for forgiveness. May Him undergo us with His clemency and delighted our ibadah with His barakah and rahmah. Amiin ALLAHumma amiin.
nahwanNur said this on September 17, 2009 at 4:47 am