Eid Mubarak! ALLAHuakbar!

Bismillah ar Rahman ar Rahim,

Tiga hari. Tiada tempat lagi nanti. Entah esok esok bertemu lagi, atau sudah bertemu Ilahi.

Pejam celik pejam celik begitulah rasanya. Mengesot ke kiri, sudah petang, mengesot ke kanan, sang malam menjelma, minta di imarah kan. Kalau dahulu sewaktu kecil, pasti kini sudah suka ria dengar lagu raya, nasihat dan ajakan ayah kadang-kadang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Malu sendiri bila mengingati.

Tetapi kini, semoleknya mood syawal tidak perlu di jelma awal-awal, bahaya takut tersadung di lantai hentian. Mana tidaknya, gerabak ramadhan belum pun berhenti sudah mahu melompat girang. Silap gaya, kita yang rugi. Rugi kerana al qadr min al fisyah mungkin sahaja harinya saat kita sudah melonjak mahu menjejak platform syawal.

Semalam kerinduan menggamit mengenang kepada pelbagai perkara dan insan sekeliling, sungguh menghambat rasa. Antaranya memori saat mengaji di Kelantan selama setahun yang cukup mendidik jiwa dan roh dengan tarbiyyah yang kejap dengan kecintaan kepadaNya, yang tak bisa di rasai di tempat lain. Rindu saya berbisik;

‘Kamu perlu ke sana lagi nahwan, dengan jiwa lebih dewasa’

InsyaALLAH suatu hari nanti. Sempat saya berjanji untuk ke sana tahun hadapan bersama az abrar rakan seperjuangan di sini. InsyaALLAH biidznillah.

Seharian tadi, saya bermesyuarat. Kasihan sang pensyarah yang baru semalam malam menjejak KLIA pulang dari Cape Town atas urusan kerja, tetapi masih gagah mahu bermesyuarat. Tiba-tiba sahaja saya pula yang mahu bermalas-malasan kerana roh sudah tiba awal di kampung bersama ibu semenjak dua tiga hari lalu. Melihat raut wajah kepenatan namun tetap saja komited itu saya cuba gagahi sebaiknya dan alhamdulillah dua hari yang sebelum ini dijanjikan untuk diwakafkan bermesyuarat, tetapi kerja itu cuma memakan masa enam jam. Alhamdulillah.

Ustaz sudah berpesan awal lewat tazkirahnya dahulu kala (bila masanya sudahlah hamba lupa);

kalau nak balik kampung beraya nanti, elakkan waktu malam takut terganggu waktu ibadah tarawikh dan qiam.

Nasihat itu cuba kejap di pegang, mujur saja sang adik juga bersetuju, maka termeterailah janji untuk pulang ke kampung jam 11 pagi esok. Sampainya sekitar jam 2 hingga 3, tidak termasuk kesesakan. Ya ALLAH, moga sahaja Kau permudahkan urusan dan keselematan kami. Amiin ya Rabb.

Alhamdulillah, belum pun menjejak syawal, ada yang baik hati memberi saguhati raya (terima kasih tuan editor), dan sudah saya dapat 1 kad raya dari ruang blog sahabiah, 1 melalui email dari kakak yang saya selalu rindui ini, dan 2 dari FB. Hati semakin berbunga riang girang mendapat hadiah kerudung hijau warna kesukaan dari kakak yang saya cintai, berserta sedikit sumbangan buat saya dan adik pulang nanti. Summal hamdulillah, summal hamdulillah. Jazakallahu khir jaza’ buat sahabiah yang saya cintai.

Raya6

Dari adik Farihin

wish

Dari kak Shida

kadrayaws (1)

Dari Adik Tini

Sungguh mulia hati kalian atas ucapan malah mungkin ada yang mendoakan kebaikan dan kesejahteraan saya yang disembunyi hanya antara dia/awak/kamu dengan ALLAH swt. Mungkin tidak kalian beritahu pada saya, namun saya mengucapkan terima kasih untuk semua itu. Kerana saya yakin walau tanpa ucapan, kalian tetap mengingati ukhwah ini. Sungguh jika di beri ruang berucap seribu kali pun, itu tidak cukup membalas kemuliaan kalian meraikan saya sebagai sebahagian dari sahabat kalian, sedang saya seorang yang faqir dan haqir.

Disebut dalam sebuah riwayat Al Baihaqi, di dalam perbincangan Kitab Fath AL-Bari; 2/446 :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka”

Moga Ramadhan yang bakal berlalu bisa menjadi madrasah tarbiyyah terbaik buat jiwa dan diri kita dan syawal yang hadir penuh keberkatan hasil kejayaan sepanjang pengajian ramadhan kita.

“Biarkan takbir di 1 Syawal nanti, melaungkan menangnya kita mendidik nafsu diri”

Begitu ucap Ustaz Hariri Daud, Editor PTS Islamika Sdn. Bhd yang sempat di kongsikan seorang sahabat dari ruang FB yang membuatkan hati saya membuncah untuk sama meraih tanpa jemu tanpa kekacauan rasa syawal dalam meniti baki malam-malam indah ramadhan. Dan buat kalian semua, semoga saja kita di beri kekuatan itu.

Akhir sekali, ini sekeping dari saya yang faqir untuk semua.

eid mubarak

Taqaballahu minna waminkum. Minal ‘aidin wal faizin. Kullu ‘Am wa antum bikhair ala tuhibbu wa tardha.

8 Responses to “Eid Mubarak! ALLAHuakbar!”


  • salam rmdhn nan akhirnye..huhu..sgt sediss utk pergi tak kembali rmdhn yg sgt kurindui..ya Allah, titisan air mata mengalir seusai mengAminkan doa trwh td.. ada baki lg 2 mlm. masihkah ada waktu buat diri yg naif ni? waalahu’alam.

    aik, masyaAllah sgt terHAru pabila melihat blog ni, ada tertempek kak yg simple tu..hehehe. aduhai, adikku.. syukran jazilan. kad tu, desgn bbrp minit je ptd td. ada hikmah MC hr ni..ehehe.. ado lak mase ngdp pc lg.. wlupun kondisi bdn mmg KURANg diPEDUli oleh cik bdnnye. issh.. sian btul. ups, maaf ye. dek taklifan dan rse kebertggungjwbn…bdn nan kerdil ni mmg kena kembara ke hulu hilir..hihi.

    ucpn rye.. sama je ayat dlm kad ;)
    nk duit raye? jumpe nnti.. kak bg..hehehe..

    okeylaa.. nmpknye plan iftar rmdhn ni, seakan cemburukan masa kite.
    myb bleh jumpe iftar lain.. esok ada iftar lain.. jumaat lik kg melaka dh..
    jumpe iftar pose 6..xpun..isnin+khamis soon..hehe..

    akhir kalam, slmt berjuang!! may Allah bless dik sokmo + alwiz.ehehe..

    • Wa’alaikumsalam warahmatulli wabarakatuh,

      Sama-sama kak :) Hari ni mc di mana pula kak? Barakallahu minkum bima sobartum. InsyaALLAH Dia ada jaga kakak saya sorang ni ;)

      pstt, nanti saya mai betul-betul tuntut duit raya, haha.

      InsyaALLAH suatu hari nanti pasti dapat kita iftar sama.

      Salam perjuangan juga buat kak shida, may ALLAH blessed us insyaALLAH. Amiin ya Rabb

      p/s: Kak, saya mohon izin betulkan perkataan NIAF ya. Supaya tidaklah terwujud kosa kata baru nanti :D

  • alamak.. ralat..
    masihkah ada waktu buat diri yg niaf ni?

    NAIF.. ehehe.. ada kosa baru ke? ehehe..
    typing error lak pulak ;)

    kesulitan amt dikesali….hihihi

  • Salam kak NahawanNur.. Terima kasih sudi menerima kad raya yang simple itu dari saya.. Terharu juga akak sudi menerimanya.. Terima kasih juga bagi kad raya kepada saya.. Sangat2 saya hargainye… (^__^)

    Selamat menyambut hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..

  • salam…kanda, kita dah selamat smpai jb pagi semalam. long journey from KT. keletihan lagi sampaikan mood nak bercakap2 pun hilang :)

    selamat bertemu ramadhan lagi, moga ada ruang dan peluang untuk kita bersama2 menzahirkan cinta. love u.

  • Salam ukht mahbubah

    Eid Mubarak

    Maaf Zahir dan Batin

    Minal ‘Aidien Wal faizin Wal Maqbulin inshALLAH.:)

  • salam kak.

    terima kasih. saya tak perasan pula posting ni sebelum ni. apa-apa pun, maaf kepada kak fad kalau pernah melakukan salah dan silap selama ni. saya cuma manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan. kak, rindu lak kat akak :(

    semoga Allah sentiasa redha dan pimpin akak dalam naungan kasih-sayangNya.. sayang kak fad!

    ~Tini, Medan.

  • I got what you will, thanks for swing up. Woh I am happy to see this website through google. Thanks For Share Eid Mubarak! ALLAHuakbar! | Muslimah Hari Esok.

Leave a Reply

Spam protection by WP Captcha-Free