Di dalam hidup ini, apa yang di cari? ; Bahagian ll

Sebutlah siapa sahaja di dalam dunia ini tidak menghadapi masalah yang bisa melelahkan hati. Air mata yang merembes itu adalah salah satu tanda yang memaknakan bahasa hati yang mengendong mungkin sahaja keseronokan dan yang sinonimnya kesedihan. Islam tidak sesekali melarang kita dari merasa sedih, namun perlulah kita mengawal emosi seterusnya akhlak dan tindak tanduk dalam melayari lautan ujian dengan bahtera sabar yang kuat.

Seminggu lalu jika ada sesiapa yang berkesempatan membaca, maka mereka faham bahawa ini entri susulan kepada bahagian l. Namun tidak sampai 12 jam, saya memutuskan untuk memadam entri tersebut kerana ia lebih banyak menceritakan perihal saya dan waktu yang digunakan. Saya menjadi malu sendiri.

Saya tidak pasti di situ punya manfaat, sedikit, namun saya putuskan untuk melepaskan tahap kritikal masa seminggu untuk saya hadirkan entri kedua, susulan isu pertama dalam saya melakar beberapa hikmah yang saya perolehi sepanjang ketiadaan saya di ruang blog ini dengan entri baru yang bermanfaat.

Sementelah banyak yang bertanya akan kesunyian saya di ruang ini, saya dengan rendah diri mahu memohon kemaafan kepada banyak pihak kerana sungguh banyak ruang komitmen lain yang saya tinggalkan demi merealisasikan satu komitmen yang saya amat dipertanggungkan saat ini. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat nisa’ Gombak atas ketiadaan saya di mana-mana program selepas raya tempohari sehingga kini, juga kepada rakan-rakan yang mengajak saya untuk sebarang perjumpaan terutama bekas rakan sekelas untuk pertemuan semula, dan kepada sahabat baru saya, ukht atriza kerana belum berkesempatan bertemu, juga buat kak su yang telah acap kali saya mengkhabarkan berita niat saya berziarah ke rumahnya di shah alam, namun juga saya tangguhkan.

Ke manakah si nahwan ini pergi agaknya?

Baru beberapa hari lepas saya menalifon emak di kampong, dan di beritakan emak sakit tekak dan ayah demam.

‘Kenapa emak tak beritahu nahwan?’

Rajuk saya sedikit.

‘Itulah, orang sibuk … 2 – 3 hari baru dengar suara .’

Balas emak kembali dalam suara serak yang berbaki. Saya menelan liur, pedih. Kasihan emak dan ayah. Mereka turut terpinggir rupanya tanpa saya sedar. Biasanya setiap hari saya akan menalifon, bahkan sewaktu belajar di Johor, setiap subuh sebelum ke kuliah dan setiap malam sekitar jam 10 pasti saya menalifon, sampai emak menasihati takut-takut terbazir duit saya nanti akibat kerap menalifon.

‘Maaf ya mak. Kadang-kadang malam balik dari fakulti baru teringat nak talifon, tapi emak kan biasa tidur awal. Emak, minggu depan ada perbentangan lagi … doakan ya! Banyak-banyak beribu-ribu lemon.’

Saya membalas dengan nada gurau, mahu memujuk sebenarnya. Sambil memberitahu hal yang menyibukkan saya.

‘Ha! Jangan banyak main. Baca alquran banyak-banyak.’

Pesan emak. Dan itulah pesan emak selalu saat saya mengkhabarkan akan menghadapi peperiksaan mahupun pembentangan. Emak memang tidak pernah, tidak pernah langsung berkata ‘habiskan baca buku’, atau ‘banyakkan baca nota-nota yang pensyarah bagi’, atau ‘hafal banyak-banyak semampunya.’ Tetapi nasihat emak selalu ringkas tapi itulah paling berbekas.

Hari ini saat saya di datangi tekanan, nasihat emak dan ayah yang dahulu berkumandang lagi. Bergema memalu hati saya supaya kuat. Saat itu di dalam kereta, ayah memandu sambil emak menemani di bangku penumpang, untuk menghantar saya ke stesen bas untuk pulang ke Johor.

‘Nahwan, walau kamu tak cakap, emak dan ayah tahu kamu tertekan. Semenjak semua anak ayah masuk pengajian, emak dan ayah hanya mampu lakukan satu perkara, kami serahkan kalian anak-anak ayah sepenuhnya kepada ALLAH.’ Kata ayah.

Dan, seminggu lepas, saya rasa seperti di ‘tampar’, berkali-kali oleh situasi. Sakit, tetapi cuba tersenyum. Saya mengulang baca puisi seketika yang saya hasilkan awal bulan lalu. Sekejap tersenyum sekejap tertunduk.

‘Ukht, maaf jika ana tanya. Tapi ana rasa melalui puisi ‘seketika’ ukht, kelihatannya seperti nti menghadapi masalah dan seakan tiada semangat.’

Soal sahabat saya melalui ym.

Semingguan sehingga hari ini, saya hidangkan kehidupan saya dengan tausyiah dari Ustaz Badrul Amin yang bertajuk ‘La Tahzan’. Sehingga ayat ini nafas saya terhenti, seperti saya terbang ke dunia lain, terawangan di dalam angkasa muhasabah.

‘Di dalam hidup ini, apa yang di cari?’

Suara Ustaz Badrul Amin mengulang lagi pertanyaan tersebut. Saya menekan butang pause di laptop untuk mencari ruang berfikir sejenak

.

Iya, apa yang kita cari?

Ada sahabat saya menjawab lewat komen status; mencari kebenaran, mencari cahaya, mencari jalan pulang, mencari keredhaan, mecari apa yang patut di cari dan sebagainya.

Benar, itu suatu yang tidak dapat ternafikan. Dan itulah mengikut Ustaz Badrul amin sebagai pilihan jalan manusia dalam mencari DIA. Dan itulah jalan yang telah di tentukan ALLAH swt ke atas setiap hambaNya mengikut kemampuan individu yang sesungguhnya DIA maha mengetahui. Dan itulah jalan yang dikatakan perlu di hormati oleh muslim yang lainnya.

Itu jalan sahabat kamu jangan kamu kutuk, itu perjuangan sahabat seperjuanganmu, maka bersamalah. Bersamalah bukan bermakna kamu harus wajib mengikut jalan yang sama, tetapi mungkin hanya cukup untuk kamu papahnya saat dia sungkur, dan belainya saat dia longlai, dan sapu air matanya saat lelah jiwanya menerima ujian.

Sementelah merasa ter’tampar’ dengan ujian-ujian di minggu lepas, saya mengambil keputusan awal untuk pulang ke kampong, namun dek kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi, lalu saya pulang ke rumah abang sekitar ampang. Seperti biasa saya tidak akan mampu membuat kerja sewaktu di sana, kerana saya lebih suka duduk santai bersembang dan bermain dengan anak-anak buah yang menjadi permata hati saya saat ini.

Sehinggalah sewaktu maghrib semalam, saya keluar bilik untuk ke bilik air mengambil wuduk, azan maghrib baru berkumandang. Tetapi sedikit terkejut, apabila anak buah yang sulung duduk di bawah meja makan dengan wajah yang murung, kelat, dan kelihatan hampa.

‘Eh, kenapa ni??’

Soal saya. Dia tidak menjawab dan tidak mahu menatap wajah saya. Tangannya bermain dengan permainan di dalam kotak yang di letakkannya di hadapan meja seperti sebuah kepungan kawasan nya. Kakak ipar saya datang dari dalam bilik dan sedikit tertawa.

‘Hmm, merajuk, sebab tak berjaya lukis baju.’

Jawab kakak ipar sambil duduk mencangkung di hadapan meja dan menjenguk naim yang duduk di bawah. Sekali lagi saya terkejut dan tertawa sedikit. Saat itu saya memandang naim yang masam mencuka, dan serasa comel dengan tindakannya.

‘Naim, ummi dulu pun banyak kali cuba lukis baju, ummi langsung tidak ada contoh lukisan baju, ummi pandang baju ummi je. Banyak-banyak kali cuba, baru jadi. Naim baru cuba sekali, kene cuba banyak kali mesti boleh.’

Pujuk kakak ipar saya. Saya tersenyum lagi di sebelah naim di bucu meja.

Seusai menunaikan solat maghrib, saya terfikir keletah naim. Siapa saya sebagai seorang dewasa, yang mahu memperkecilkan perkara yang memurungkan naim? Saya terfikir, jika saya sewaktu seumur naim (6 tahun), adakah saya mampu tersenyum jika tidak mampu melukis baju secara sempurna setelah mencubanya hanya sekali? Inikan pula mahu melukis lori atau kereta yang lebih banyak bentuknya. Betulkah saya tidak akan kemurungan sebegitu?

Saya terfikirkan keadaan sendiri dan keadaan orang lain dalam menghadapi suatu ujian. Saya terfikir, saya di ‘tampar’ minggu lepas oleh komentar para pensyarah sementelah pembentangan ke 3 sepanjang pengajian mungkinkah tanda dari ALLAH swt untuk menyuruh saya berusaha lagi buat kali ke 4 dan seterusnya? Sehinggalah saya berjaya melakar ‘baju’ di tahap yang saya perlu lakarkan? Saya turut memutar saat saya memandang rendah ‘tindakan’ sahabat yang ada di antaranya hampir futur kerana sesebuah ujian, lalu saya terfikir, layakkah saya berkelakuan begitu sedangkan saya tidak merasa apa yang mereka hadapi. Benarkah tindakan saya memandang remeh perkara yang mereka hadapi sedangkan saya sendiri tidak pasti adakah saya bersedia untuk di uji perkara yang sama mereka di uji?

Pepatah arab ada mengatakan;

‘Kamu tidak akan tahu sehinggalah kamu merasakannya.’

Tujahan seperti itu berjaya membugarkan kembali jiwa saya. Saat ini saya merasakan dahulu yang di anggap ‘tamparan’ sebagai suatu belaian kasih saya dari para pensyarah saya.

‘I’m sorry with my words and comments. I just want to let you know, that I do concern with your study. And I am optimist that you can finish your study within the time given.’

Kata professor saat mengakhiri perjumpaan kami di biliknya petang selepas pembentangan saya. Dan itu juga menjadi kekuatan saya untuk saya melakukan yang terbaik dan mengikut nasihat mereka semampu saya.

Iya, saat ini, saya menemukan jawapannya lewat tausyiah Ustaz Badrul Amin tentang apa yang saya cari?

Apakah yang lebih penting di dunia ini selain mencari DIA?

Dan jalan yang sedang kita lalui, kita pilih untuk lalui, kita putuskan untuk lalui, lalu inilah jalan kita mencari Dia. Dan saya memilih jalan ini. Saya memohon kemaafan kepada semua sahabat saya, kerana saya sesungguhnya bukan memohon simpati, bukan juga memohon agar kalian memahami kondisi saya.  Anggaplah saya seorang anak kecil yang sedang belajar dan berusaha melakar lukisan baju, lalu saya suka dengan nasihat dan bimbingan semua.

Dahulu saya pernah memutuskan untuk tidak terus mendalami bidang pengajian ini, dan berkeinginan menyambung pengajian lain yang saya sukai. Walau buih-buih suka mula wujud saat mengikuti subjek ‘History of Landscape Architecture’ dan ‘Islamic Landscape’, namun ia tetap tidak mengukuhkan keyakinan.

‘Kalau macam tu kenapa sambung pengajian?’

Soal  kenalan saya saat saya mengatakan hati saya separuh-separuh dalam bidang ini.

‘Sebab saya mahu kerja pensyarah’

Jawab saya ringkas. Singkatnya pemikiran saya saat itu kerana saya fikir hanya kerja pensyarah menjamin saya seorang wanita yang terlibat di dalam bidang yang mencabar ini.

‘Hmm. Kalau tidak dapat juga? Kamu dah 4 tahun di dalam pengajian ini, dan kini nak di tambah ke 6 tahun, takkan masih tidak nampak keperluannya?’

Soal dia lagi. Saya bungkam. Antara faham dan tidak dengan maksudnya.

‘Islam … ia agama yang universal. Lalu apa sahaja ilmu yang ada di dunia, pasti punya manfaat pada Islam. Cuba yang membuatkan ia suatu fitnah, apabila di salah guna. Sekarang kamu terangkan kepada saya tentang kajian ini!’

Terangnya dan di ayat akhir itu seakan mengeluarkan arahan kepada saya. Sebenarnya, saat itu kami sama-sama menjaga pembentangan poster tentang kajian di dalam bidang masing-masing. Dia adalah pelajar PHD di fakulti sains dan membentangkan kajiannya tentang ‘tissue culture’. Sebelum itu dia baru membentangkan kepada saya tentang pembentangannya, saya hanya garu kepala kerana tidak faham dengan beberapa istilah sainsnya yang terlalu ‘akademik’ dan tinggi bagi saya.

Dia menarik saya di hadapan papan biru yang melekatkan poster kajian pensyarah saya. Saya jadi takut kerana baru sehari sebelum itu saya mendapat arahan dari pensyarah untuk mewakili dia pada hari tersebut kerana dia ada urusan lain, dan baru pagi itu saya membaca laporan kajian tersebut. Namun, setelah di minta saya bentangkan juga sehingga habis kira-kira 10 minit.

Dia tersenyum.

‘Nahwan, see, I told u! Sebagai orang yang bukan dari alam bina, saya dapat faham apa yang kamu terangkan dari mula sampai habis. By just using a simple words and explanations, you convinced me to by your product! But hey, one thing, you need to be more confidents. Not too worry, do practice more, and it will lead you at the point you need to be. Tahniah! Dan adik, menjadi pensyarah bukan sepatutnya ‘hanya kerana’, tetapi lebih kepada ‘kerana’, ya kerana ia salah satu perkara mulia di sisiNya.’

Katanya ceria. Sambil memimpin tangan saya. Saya mengangguk kerana mula faham apa yang dia cuba sampaikan kepada saya di awal perbualan kami.

‘Kita makan, akak belanja nahwan hari ini!’

Beritahunya. Saya tersenyum, Alhamdulillah ~

.

Imam Abu Hanifah pernah menasihati sahabat-sahabat nya yang juga guru;

Buatlah besar serban-serbanmu, buatlah pula lebar akan lengan bajumu’

Beliau berkata demikian agar ilmu dan pemilik ilmu tidak di anggap enteng [1]. Ini juga selari dengan salah satu ayat yang saya lupa samada ia hadith, ataupun maksud ayat alquran tetapi ia bermaksud, lebih kurang;

‘Keluarlah sebahagian kamu ke medan pertempuran lalu kembalilah sebahagian yang lain ke halaman dan ajarkanlah kaummu ilmu’.

.

Melembutkan Hati dengan mendengar cerita

Saya memohon kemaafan sekali lagi jika entri ini pudar manfaat, dan jalan yang saya sedang lalui kurang relevan di mata sesiapa. Saya tidak sesekali mengenepikan dakwah di dalam bentuk lain itu juga punya kepentingannya. Saya tidak arif dengan penulisan sastera, lalu di sebabkan itu mungkin saya tidak terlibat dengan penulisan formal, dan saya bukan ahli ampuh yang mampu bicarakan politik kelas satu, lalu kerna itu saya tidak meletakkan prioriti kepada politik khas, namun saya tidak terus lari dari penulisan kerana saya juga seorang penulis blog, dan saya tidak menghinjak kepentingan politik semasa, kerana saya juga ikuti dan sertai beberapa wacana dan program politik parti itu semampu saya.

Saya cuma terfikir adakah mungkin saya menjadi arif di dalam ilmu alam bina lalu saya menjadi suara bagi muslim dalam mendirikan syiar Islam melalui alam bina, dan mampukah saya menjadi seorang penulis yang mengupas isu alam bina dan kesedaran tentang peranan penting alam bina dalam membangun syariat agama? Dan bolehkah saya menegakkan siasah Islam dari perspektif alam bina supaya kelak alam bina tidak di salah politikkan lalu dengan merakuskan pembangunan tamadun manusia melalui ‘alam bina rakus’ berbanding nilai ‘alam bina Islam’ dengan nilai sosial dan agama yang tinggi dan syumul?

Begitu juga anda, dan kita semua. Bagaimana seharusnya kita memayung Islam dengan nilai-nilai ilmu yang kita perolehi, supaya ilmu itu tidak di salah guna, dan memberi maksud manfaat kepada agama yang sebenar-benar manfaat buat umat manusia, dan seisi makhluk ciptaan ALLAH swt.

Dan pastinya di dalam semua itu, kesungguhan hati untuk menguasai sesuatu ilmu itu amat penting. Menguasai bukan hanya sekadar melepas lelah dengan sekadar lepas pengajian sahaja, namun sebolehnya saya menganjurkan supaya kita mencapai kecemerlangan sedaya mampu kita. Cuci kembali lantai sirah dan kisah para sahabat Rasul alaihissalam, dan para ulama’ serta ilmuan Islam dari debu kekotoran yang di seliputi oleh kejumudan manusia, sehingga tompok itu menutup realiti kecemerlangan para pemegang ilmu ALLAH swt ini.

Lihat sahaja para sheikh muhaddith yang menghafal ribuan hadith malah hadith menjadi darah dagingnya, dan lihat sahaja ibnu sina di dalam mengajarkan syariat dan keindahan Islam di dalam ilmu sainsnya, dan lihatlah para syeikhul Islam lain dalam mewarnai lagi keagungan agama ALLAH swt yang satu ini dengan pengetahuan agamanya yang mendalam. Terlalu banyak Muslim yang melakar keagungan Islam di lantai sejarah melalui ketinggian ilmunya. Yang perlu kita lakukan di samping mencari Ilmu adalah dengan mendengar cerita tentang kisah menuntut ilmu mereka, supaya ia mampu menjadi kekuatan dan pengajaran kepada kita.

Ibnu Jauzi ada menyentuh tentang ini [2];

‘Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan yang memahami maksud dari hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar dari zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut~

Ibnu Jauzi~

Suka di sini saya sarankan antara dua buku himpunan kisah ulama’ yang menjadi inspirasi kepada saya iaitu;

1) Keagungan Tamadun Islam

2) Lembaran Hidup Ulama’

.

Syair Kesungguhan hati [3]

Di raih keagungan dengan kesungguhan
Bukan semata dengan kebesaran
Bisakah keagungan didapat
dengan kebesaran, tanpa dengan semangat?
Banyak hamba menyandang pangkat merdeka
banyak orang merdeka berpangkat hamba sahaya

Syaikh Az Zarnuji~

.

Dengan kesungguhan, perkara jauh menjadi dekat,
Pintu terkunci menjadi terbuka.
Titah ALLAH yang paling berhak bilang sengsara,
orang bercita tinggi namun hidupnya miskin papa.
Salah satu bukti qadha ALLAH,
Orang pandai hidupnya susah dan si bodoh hidupnya mewah.
Orang diberi akal tapi tidak diberi harta,
dua anugerah yang berbeda, satu di sini satu di sana.

Imam Asy Syafi’i~

.

Kehidupan hati dengan Ilmu, ambillah!
Matinya hati dengan kebodohan, hindarilah!

Penyair~

.

Akhir …

Kawan, Tuan kita ada bilang;

Jika kamu mahu dunia, maka ambillah dengan ilmu, jika kamu mahu akhirat, maka jalannya juga dengan ilmu, dan jika kamu mahukan kedua-duanya, tentu sahaja dengan ilmu.

Lalu apa sahaja jalan yang kamu pilih dalam mencari DIA, maka susuri lah juga lautan ilmu. Dan hadamkan juga buahnya, amal.

Namun berhatilah dengan salah satu ingatan Rasul alaihissalam di dalam sabda baginda;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Hadith Riwayat Abu Dawud

Wallahu’alam

CARILAH DIA DENGAN ILMU!

.

Mardhatillah ~

.

p/s [nahwanNur]: Saya memohon maaf atas beberapa komentar dan jejak yang di tinggalkan di ruang chat yang tidak berbalas. Dan juga tidak lupa kepada yang menghantar email, samada pertanyaan, teguran dan jemputan. Ana belum mampu menjawab kesemuanya. InsyaALLAH ana cuba mencari masa tidak lama lagi untuk membalas. Bi Idznillah. ALLAH yubarik fiekum.

2 Responses to “Di dalam hidup ini, apa yang di cari? ; Bahagian ll”


  1. 1 alQasam November 15, 2009 at 3:15 pm

    Assalamualaiku, salam sejahtera buat ukht yang dekat di hati.

    Semoga sihat selalu dan dalam perlindungan ALLAH selalu.

    Moga selalu kabar hati dan jiwa sihat semuanya agar dapat mendepani ujian dengan sejahtera.

    Apapun jua,diri ini mendoakan yang terbaik buat ukht dan semoga diberi kekuatan dari Rabbul Jalil dengan kekuatan berganda.

    Pautlah dengan Asma’NYA. Tebarlah dengan selawat pada Baginda yang penuh rahsia.

    Salam sayang selalu

    p/s: Untuk hutang yang masih berbaki (soalan tersebut) inshALLAH minggu ini juga akan ana cuba selelasikan. Baru boleh bernafas sikit.:)

  2. 2 nahwanNur November 20, 2009 at 9:12 am

    Alaikumsalam warahmatullah … salam juga buat adik alqasam yang dirindui.

    Syukran adik alqasam dan insyaALLAH akan menunggu dengan sabar jawapan kepada soalan tersebut :)

    Moga adik dimudahkan urusan. Amiin ya Rabbal ‘alamin

    Syukran jazilan

Leave a Reply

Powered by WP Hashcash





Ode to the Young at Heart

The young at heart enter this world to dream and wonder why. They walk a path that sees them cross God’s bridges to the sky.

With smiles and tears they overcome the trials along the way. With hopes and dreams they build a world of future’s brighter day.

Their hearts ignite the flames of love that burn away the dross in hearts of those obsessed with pain and burdened down with loss,

Of those who fail to find the paths that lead from worldly stress, Of those who fail to find the ways in which we’ve all been bless’d.

So young at heart will be the ones who shine a brighter light, that clarifies the sullied truth and dignifies the fight.

To guide the lost, to help the poor, to shelter those too weak; through efforts great, through sacrifice to gain the good they seek. and burn up utterly thoughts and fine expressions.

~ Imam Zaid Shakir

Akan Datang InsyaALLAH

SENI DAN DAKWAH IBARAT RANTING PADA POKOK

Klik pada gambar untuk makluman lanjut (sementara). InsyaALLAH bakal dibuka, dan doakan kami.

Al Faqeerah ila Rabbiha

Penggenggam bara yang bukan siapa-siapa. Infiniti © Kita milik DIA.

Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan, kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan.

~Bediuzzaman Said Nursi

ma ajmalannisa' fi too a'til Khaliq l alangkah indahnya wanita yang mentaati penciptaNya ♥ ~

Di doakan buat semua yang bergelar wanita. Amiin ya Rabb

Hidangan Qalbi

Klik butang untuk berhenti mendengar :)


Ilmu Online ツ

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Mencorak kefahaman dan keindahan Islam

Pro-Tajdid Segar

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Seni dan Dakwah

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Hiwaar

Qul al-haqq wa lau kaana murran.Salam awal dari nahwan. Berkatalah, saya sedang mendengar :) Jazakallahu khairan katsira

Seperjuangan

Rasulllah Sallallahu'alihi Wassalam
telah bersabda :

"Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah, beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hingga pada hari beliau menemui Allah."

~Riwayat Malik dan Tarmizi~