Hadiah sebuah ukhuwwah

Alhamdulillah, 2 minggu lepas selesai usrah nisa’ yang disampaikan oleh naqib jemputan, Ustaz Farhan, yang bagi saya cukup segar pengisiannya di dalam konteks semasa. Namun, suatu saat ketika Ustaz Farhan memutar trailer cerita sang murabbi yang menggunakan lagu tema yang membawa maksud di dalam doa rabitah, saya jadi sayu.

Sayu saya mengenangkan beberapa sahabat terdahulu, sahabat kini dan insyaALLAH selamanya.

Sahabat? Ya, mereka sahabat saya. Mereka yang ‘memujuk’ hati saya untuk bersatu di dalam permasalahan mereka.

‘Nahwan, saya … tekad mahu terus bertudung .’

Beritahu teman sebilik. Penuh pengharapan, wajahnya bercahaya, seterang tekadnya. Saya mengangguk senyum.

Sapaan bayu Pantai Cahaya Bulan sangat ceria saat itu meraikan luahan sahabat saya ini. Jarak di antara asrama dan pantai sekitar 2 km membuatkan kami selesa untuk berjalan sahaja setiap hujung minggu samada saat fajar mengintai atau benam.

Lina, insan yang paling rapat dengan saya saat pengajian di pantai timur. Entah kenapa, cuma, saya tahu, yang menjadi kesamaan kami adalah minat kepada subjek fizik saat itu, dan keterbukaan kami dalam menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Tiada yang terluah saat itu melainkan sebuah senyuman yang menggambarkan rasa hati saya. Alhamdulillah.

‘Hmm … saya mahu beritahu mama’

Keluhnya panjang dan memandang saya yang berkebetulan sedang memandang wajahnya. Wajahnya memberat, menyedarkan saya akan persoalan itu sedikit mengganggunya.

‘Mereka akan terima, insyaALLAH …’

Perlahan saya mengeluarkan kata. Saya pernah bertemu dengan keluarga Lina, keluarga berada. Biarpun ibunya juga tidak bertudung, tapi perwatakan ibunya mirip benar Lina, lembut hati, namun lihat ketegasan di wajahnya.

‘Jom pergi surau …’

Ajak Lina setelah saya melangkah masuk ke bilik kami selesai mengambil wudu’. Saya mengangguk.

Salah satu sebab saya dan Lina akrab adalah kerana kami selalu bergandingan untuk berjemaah di surau yang terletak di hujung blok asrama. Sebenarnya mungkin ia layak di panggil bilik solat kerana ia adalah sebuah bilik kecil di hujung sebuah blok kediaman kami yang hanya di huni lebih kurang 60 orang. Bilik ini jugalah bilik belajar kami.

Setelah usai solat Lina akan memperdengarkan bacaannya kepada saya. Ya, Lina antara orang dewasa yang kekurangan pendedahan agama. Keluarganya kaya yang ‘bahagia’ di dalam rumah dunia, Lina selalu bercerita tentang ibu bapanya yang ‘sporting‘, dan kebebasan mereka adik beradik dalam membuat keputusan dan kehidupan, asalkan mendapat kecemerlangan di dalam pendidikan.

‘Manusia selalu salah sangka dengan ungkapan rumah ku syurga ku, sepatutnya, rumahku syurga ALLAH.’

Jelas Ustaz Farhan di dalam usrah tempohari.

Ya, sepatutnya rumah menjadi tempat kita mengimarahkan segala syariat ALLAH swt bersama ahli keluarga kita. Salah menginstitusikan bait bermakna graduannya juga nanti pasti sasar halatujunya.

‘Saya tak pernah mengaji di rumah … makayah pun saya tidak pernah dengar dan nampak’

Ceritanya seawal perkenalan kami, dan dia meminta untuk saya membantu untuk dia melancarkan semula bacaannya.

‘Alhamdulillah Lina ada niat baik. Kita doa ya, untuk keluarga Lina sama’

Balas saya, cuba meyakinkan bahawa tiada yang mustahil mahupun istilah lewat di dalam mendalami ilmu ALLAH dan kebaikan. Dan saya juga sedang berusaha ke arah itu, dan harapnya tidak berhenti berusaha untuk itu.

Namun batas waktu pengajian yang hanya setahun memisahkan kami seterusnya, dan dia dengan perjalanannya di utara manakala saya di selatan.

Saya faham itu sedari awal kemasukan, dan ia lumrah di dalam pertemuan, pasti suatu masa kan berpisah di atas jalan masing-masing. Namun, saya sentiasa berharap, kejauhan itu masih terikat di atas tali ukhuwwah yang satu, yang di ikat oleh ALLAH swt.

Dan sewaktu saya bekerja selepas tamat pengajian di selatan, saya bertemu seorang teman yang miripnya Lina.

‘Nahwan, kenapa wajib bertudung?’

Soal Izah sewaktu kami sedang sarapan. Roti canai yang biasanya cepat di hadam itu seperti tersekat di kerongkong. Izah teman saya untuk makan dan bersembang sewaktu rehat, kami tidak sepejabat, tetapi pejabat kami bersebelahan. Dia selalu bercerita tentang kehidupan sosial ‘biasa’ warga kota, yang meraikan kebebasan itu suatu yang ‘ok’ selagi mana seseorang itu tidak tinggal menunaikan solat 5 waktu.

‘Lepas kahwin Izah nak pakai tudung. Am pun suruh …’

Beritahunya berserta senyuman.

‘Nahwan, terima kasih dan doakan saya ya …’

Ucapnya sambil memandang saya. Sebuah pandangan yang sama seperti Lina memandang saya dahulu. Pandangan yang menanam suara saya tanpa sepatah kata balasan, hanya sebuah senyuman yang kelat.

Sungguh, saya bukan tidak suka. Namun, saya takut.  Saya tidak bencikan kawan-kawan saya, tetapi saya  seperti sahabiah yang lain, yang tidak redha dengan kemungkaran. Namun, saya tidak membenci kelemahan mereka, saya cuma mahu berusaha bersama mereka dalam menyingkap keindahan Islam, dan saya pasti sahabiah juga sama inginkan begini.

Doa. Saya takutkan suatu amanah di dalam sebuah perhubungan yang mungkin ringan untuk di ucapkan namun itulah yang berat untuk dilakukan oleh manusia.

‘Orang sembahyang tanpa berdoa adalah seorang yang sombong! Namun itulah realiti kebanyakan kita. Alasannya mudah; mengejar masa.’

Bicara seorang ustaz sewaktu kuliyyah di surau kolej di selatan tanah air.

Kata-kata ustaz itu benar-benar mengingatkan saya. Seperti batu yang dicampakkan di wajah, walau pun sakit, ia benar mengena. Mungkin saya salah seorang darinya.

Saat sahabat mengungkap ayat di dalam doa rabitah sewaktu di akhir pertemuan usrah tempohari;

‘hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariat-Mu’

Hati saya sekali di himpit dan memerangkap rasa saya. Mengingatkan saya tentang amanah di dalam ukhuwwah yang belum terlaksana sepenuhnya.

‘Orang yang mendoakan insan lain di dalam diam; maka dia mendapat ganjaran yang besar dari Tuhannya’

Ia, sesuatu yang sangat mudah untuk di lakukan; seperti sahaja kita menyanyikan sebuah lagu, atau pun mengungkap serangkap pantun, atau memdeklamasi sebuah puisi. Bezanya, ayat kita terisi sebuah permintaan kebaikan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Doa buat semua.

Ia seperti sedekah, walau diri sendiri belum cukup dengan apa-apa, kita tetap berkongsi yang sedikit itu. Walau diri belum baik sepenuhnya, belum mencapai status seorang muslim yang soleh wa musleh, tetapi tetap ringan untuk kita sama meminta buat insan di sekeliling kita.

Doa; antara hadiah sebuah ukhuwwah yang termahal.

Walaupun kita dipisahkan dengan jarak dan waktu, namun di atas taliNya, kita tetap ‘bersama’. Di dalam doa, nama nya tetap terpahat utuh di dalam hati.

Tetapi; iya, saya sungguh malu kerana saya terkadang lupa untuk memberi ini buat sahabat-sahabat. Lalu, saya terfikir, layakkah saya sendiri meminta diri yang faqir ini di doakan.

Namun, saya amat yakin, teramat yakin, bahawa ALLAH itu maha mendengar dan mengetahui, walau yang detikan hati menyebut rindu buat sahabat, pasti rindu itu acap hadir dengan harapan yang menginginkan keceriaan dan kebaikan buat insan yang di ingati.

Tuhan, semoga saja Engkau ampuni kelalaian diri ini serta diri mereka, dan semoga sahaja mereka ternaung di bawah kebenaran agamaMu dan begitu juga buat diri ini.

Dan semoga sahaja, hadiah ini mampu ku berikan buat sekalian yang pernah bertamu di dalam kamus hidupku. Mungkin tidak mampu ku titip selalu, namun ku yakin Engkau maha tahu dan mampu, menjaga kesemua kami di dalam dakap redha Mu.

Amiin ya Rabbal ‘alamin.

2 Responses to “Hadiah sebuah ukhuwwah”


  1. 1 rin November 24, 2009 at 8:47 pm

    hm.. sedihnya.. rin pun selalu tak dapat nak sebut nama tiap-tiap seorang sahabat dalam doa. :( Allah tahu apa yang ada dalam hati ini kan akak..?

  2. 2 hurin December 3, 2009 at 1:33 am

    salam, akak dear, muvi sang murabbi benar-benar menyentuh hati.
    kadang-kadang kita terlalu berkira mencari masa peribadi sehingga lupa bahawa keberadaan kita untuk berdakwah lebih diperlukan masyarakat kita yang semakin confuse dengan agamanya.

    sayalah yang selalu lupa itu. saya. bukan org lain.

Leave a Reply

Powered by WP Hashcash





Ode to the Young at Heart

The young at heart enter this world to dream and wonder why. They walk a path that sees them cross God’s bridges to the sky.

With smiles and tears they overcome the trials along the way. With hopes and dreams they build a world of future’s brighter day.

Their hearts ignite the flames of love that burn away the dross in hearts of those obsessed with pain and burdened down with loss,

Of those who fail to find the paths that lead from worldly stress, Of those who fail to find the ways in which we’ve all been bless’d.

So young at heart will be the ones who shine a brighter light, that clarifies the sullied truth and dignifies the fight.

To guide the lost, to help the poor, to shelter those too weak; through efforts great, through sacrifice to gain the good they seek. and burn up utterly thoughts and fine expressions.

~ Imam Zaid Shakir

Akan Datang InsyaALLAH

SENI DAN DAKWAH IBARAT RANTING PADA POKOK

Klik pada gambar untuk makluman lanjut (sementara). InsyaALLAH bakal dibuka, dan doakan kami.

Al Faqeerah ila Rabbiha

Penggenggam bara yang bukan siapa-siapa. Infiniti © Kita milik DIA.

Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan, kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan.

~Bediuzzaman Said Nursi

ma ajmalannisa' fi too a'til Khaliq l alangkah indahnya wanita yang mentaati penciptaNya ♥ ~

Di doakan buat semua yang bergelar wanita. Amiin ya Rabb

Hidangan Qalbi

Klik butang untuk berhenti mendengar :)


Ilmu Online ツ

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Mencorak kefahaman dan keindahan Islam

Pro-Tajdid Segar

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Seni dan Dakwah

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Hiwaar

Qul al-haqq wa lau kaana murran.Salam awal dari nahwan. Berkatalah, saya sedang mendengar :) Jazakallahu khairan katsira

Seperjuangan

Rasulllah Sallallahu'alihi Wassalam
telah bersabda :

"Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah, beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hingga pada hari beliau menemui Allah."

~Riwayat Malik dan Tarmizi~