header image
 

Semakin Dewasa

Raudhah mengetap bibir kecil mungilnya. Geram.

‘Aduh, sakit …’

Jeritnya lagi.

Namun ayahnya tetap kuat menyental kapas yang di celup air biru seakan nila, ubat dari klinik. Kaki nya yang berkudis itu sakit sekali, ditekan kuat, sehingga berjurai air mata Raudhah, dan membuatnya sangat geram dengan ayah yang seakan tiada belas kasihan.

Keluar dari kamar mandi, Raudhah terus lari mendapatkan bondanya. Menangis, sakit dan mahu mengadu dengan esaknya.

‘Ayah bukan tak kasihan. Raudhah yang tak jaga kaki tu. Ayah nak kaki Raudhah cantik macam dulu …’

Pujuk bonda. Dalam diam, Raudhah sekerasnya menolak bicara bonda, hatinya tetap mengatakan ayah begitu.

‘Budak kecil biasalah main-main dekat tanah, air lopak, lepas tu tak basuh betul-betul. Anak saya pun berkudis. Sental jugalah walau mereka menjerit. Bukan tak kasihan, kita lagi kasihankan kaki mereka tu.’

Cerita lelaki tua di sebelah ayah.

Di balik dinding yang memisahkan ruang tamu dan ruang rehat keluarga itu, Raudhah memasang telinga. Dia menyelak tirai yang membahagi laluan kecil itu. Kelihatan ayahnya mengangguk, mengiyakan. Baru Raudhah faham, ayah bukan tiada belas kasihan, tapi mahu kakinya sembuh. Menelan ubat pastinya pahit, tetapi itulah ubat. Begitu juga menahan proses berubat itu memang perit, tetapi itulah juga berubat.

*

Hati Raudhah pedih.  Dia merasakan ayah tidak adil. Along mendapat motor dan upaya membeli sebiji komputer. Sedang permintaannya untuk mempunyai salah satu samada motor atau komputer di tolak bulat-bulat oleh ayah. Walhal bidang pengajiannya jauh lebih memerlukan berbanding along.

‘Emak, pujuk lah ayah. Ini sudah akhir semester pengajian, banyak tugasan perlu di buat.’

Pohon Raudhah kepada bonda. Tetapi bonda hanya mengiyakan. Namun sehingga kini masih tidak diberikan.

Ayah keras hati! Tidak Adil!

Bentak hatinya. Sakit. Serasanya ayah amat bias kerana gender.

‘Along tak pernah beli buku. Semua fotokopi. Paling-paling pun satu semester guna 200 untuk buku. Tapi Raudhah kene beli buku, sebab banyak ilustrasi gambar, takpa lah. Itu kan keperluan.’

Cerita along.

Saat itu Raudhah sedang menolong along mengemas barang di rumah sewanya. Along sudah habis pengajian. Raudhah mencongak, kalau dia, setiap semester terkadang cecah angka ribu buat membeli buku-buku perubatan.

Rupanya ayah adil, kerana wang ayah yang Raudhah gunakan sama nilainya dengan nilai computer along.

‘Nanti balik kampong Raudhah naik dengan along ya. Ayah bawa emak dengan dua adik kecil.’

Arah ayah. Along mengangguk dan Raudhah menghitung lagi.  Benarlah, ayah begitu adil! Motor itu sememangnya suatu keperluan buat along bukan sahaja untuk pengajian, tetapi sebagai pengangkutan keluarga, kerana ayah belum mampu membeli sebuah kereta.

*

Raudhah menangis mengenangkan jawabannya kepada ayah tadi. Rasa bersalah. Tetapi dia geram. Ayah seakan keras kepala.

‘Emak, salahkah Raudhah kata dekat ayah tadi?’

Tanya Raudhah kepada bonda untuk mendapatkan kepastian.

‘Tidak, yang itu Raudhah benar’

Ringkas jawab bonda.

‘Habis, kenapa ayah keras sangat mengatakan tidak?!’

Bentak Raudhah lagi tidak puas hati. Bonda sendiri mengatakan Raudhah benar.

‘Sebahagiannya sahaja raudhah benar!’

Tegas bonda.

Dahi Raudhah berkerut, kurang faham. Sebentar tadi emak mengatakannya benar, kini hanya sebahagian.

‘Raudhah sudah semakin dewasa, sehingga Raudhah terbawa berfikir bahawa Raudhah sentiasa benar, dan ayah sudah tiada hak membetulkan sedikit kelemahan Raudhah. Dan Raudhah semakin tinggi, Raudhah sudah tidak memandang ayah di aras yang sepatutnya, sehingga Raudhah melihat ayah dengan perbanding tinggi menampakkan hanya kelemahannya di mata Raudhah. Ayah tidak keras nak, tetapi bahasamu selaku anak yang sudah semakin keras.’

Tegur bonda panjang dan berlalu.

Raudhah bungkam.

‘Ayah tidak keras, tetapi aku yang mendewasakan kekerasan hati ku dalam menilai buruk keputusan ayah terhadapku!’

Juraian air matanya tidak mahu ia tahan lagi, di biarkan itu sebagai penyuci.

~

.

p/s [nahwanNur]: Tuhan, kami sudah semakin dewasa, jangan biarkan kami dewasa dengan noda. Amiin ya Rabbal ‘alamin

~ by nahwanNur on December 17, 2009.

6 Responses to “Semakin Dewasa”

  1. masa berlalu silih berganti.. hari beganti hari, minggu beganti minggu, bulan beganti bulan.. dan kita makin dewasa

  2. Semoga umur kita barakah, dan terpenuh dengan amal soleh. Amiin ya Rabbal ‘alamin

  3. aik ..bila hang rakam..? hmm

  4. Hehe, cik nida az_abrar salah landing komen ka? Ada saya rakam guna hp saya. Nida duk sebelah ja tak sedaq :) :)

    Alhamdulillah

  5. a’a la..tersalah artikel la…hehe
    oo guna hp…maklumlah zaman teknologi..ambo guna pen dan kertas je…

  6. Kan syeikh kata teknologi yang kt ada ni manfaat kan ;)

    ambo guna pen dan kertas juga. tapi rakaman ni boleh ulang2 dengar kan :)

Leave a Reply




Powered by WP Hashcash