Salah satu tabiat atau kebiasaan ayah setelah mandi atau mengambil wuduk adalah ayah akak bernyanyi lagu, qasidah atau nyanyian yang saya tidak faham maksudnya, lalu ayah akak pergi kepada alang, saya dan adik lalu menyapu baki air sembahyang di tangannya. Jika tidak cukup, ayah akak sedikit mengesat mukanya dan air itu disapu ke muka kami. Setelah itu, ayah akan masuk ke biliknya lalu keluar kembali sambil memakai kain pelekatnya di hadapan kami sambil berbicara dengan kami, samada ayah menyuruh kami mengambil wuduk untuk sembahyang bersama, atau becerita tentang kejadian hari itu, atau kadangkala bertanya tentang aktiviti kami di sekolah. Saya sebenarnya tidak begitu pasti samada sewaktu itu saya menekuni percakapan ayah, mahupun saya lebih tekun menonton cerita kartun di television
Kebiasaannya jika ayah ke surau, ayah akan membawa adik dan alang sekali, dan sebelum keluar dia akan mematikan suis TV dan mengarah saya bersembahyang segera, dan jika emak tiada keuzuran, saya di arah bersolat dengannya. Saya yang sewaktu itu masih kurang memahami ‘kenapa dan mengapa’ amat suka menarik muka apatah lagi jika saat itu rancangan yang tersiar adalah yang saya gemari.
Dan sewaktu kecil, seingat saya, saya mula belajar mengikat kain batik mengikut cara ayah melipat kain pelekatnya. Dan itulah ilmu yang saya percaya emak mula-mula mengajar saya cara melipat kain. Sehinggalah saya meningkat remaja, saya melihat perbezaan cara melipat kain di kalangan sahabat saya dengan cara saya. Dan saat itulah baru saya faham bahawa ada perbezaan di antara tatacara pakaian lelaki dan wanita. Sementelah di cerita emak, barulah saya tahu bahawa saya di ajar mengikat cara ayah/ lelaki kerana saya tidak dapat menangkap cara mengikat kain bagi wanita yang emak beberapa kali cuba ajarkan. Dan kini sementelah saya dewasa, saya mengesan satu lagi kebiasaan ayah yang saya ikuti iaitu saya suka menyapu baki air wuduk ke muka anak-anak buah saya.
Sekarang, saya benar-benar yakin bahawa, pembelajaran awal anak-anak amat dipengaruhi oleh tingkahlaku ibu bapa, dan rumahtangga merupakan sekolah pertama kanak-kanak yang akan membina asas sepanjang kehidupan. Namun berkemungkinan di dalam proses pengajaran pertama, ada anak-anak yang lemah dalam memahami dan mempelajari sesuatu, dan disinilah ibu bapa harus kreatif dalam mencari alternative pembelajaran mengikut keupayaan anak-anak, dan meletakkan kepercayaan bahawa suatu hari nanti pasti anak-anak ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan kaedah yang lebih tepat secara berperingkat.
Seterusnya saat dewasa, anak-anak mula terdedah kepada persekitaran yang memungkinkan tindakan tambahan, yang samada memberi impak yang baik, mahupun mempengaruhi perubahan negatif kepada remaja. Dan di saat inilah, ibu bapa menjadi tempat rujukan, dan bertindak sebagai penterjemah kepada kebaikan dan keburukan sesuatu perkara supaya remaja yang sifatnya suka mencuba sesuatu yang baru, dan suka mencabarkeegoan diri ini, mampu menimbang secara rasional akan keadaan sekitar sebelum menjebakkan diri ke dalamnya.
Saat dewasa ini merupakan suatu waktu di mana hasil pelajaran asas dan rasional para ibu bapa dapat di lihat, dan inilah waktu di mana ibu bapa sudah lagi tidak dipertanggungjawabkan ke atas tindakan yang bakal di ambil oleh anak mereka. Pemikiran saat ini sudah di bentuk melalui didikan awal dan pengajaran sepanjang kehidupan remaja yang secara logiknya dibentuk oleh ibu bapa. Jika didikan adalah positif, maka pasti hasilnya juga positif, dan begitulah sebaliknya. Namun, ada kemungkinan disebabkan oleh kelemahan dalam penekanan kefahaman diperingkat remaja, ada para anak yang dewasa berubah sesuai dengan apa yang mereka pahami.
Dewasa kini, kebejatan permasalahan nilai sosial nyata mengundang pelbagai andaian, penilaian dan tidak kurang juga perdebatan tentang siapa harus dipertanggungjawabkan. Di dalam Islam, menerangkan bahawa jati diri, nilai sosial dan akhlak yang cantik di bentuk oleh tiga tangga utama iaitu, keluarga, masyarakat dan pemerintahan. Islam memahami bahawa pemerintahan merupakan ‘keluarga besar ummah’, manakala masyarakat merupakan ‘keluarga kepada sebuah komuniti setempat’ dan keluarga merupakan institusi sosial terkecil yang menjana dua institusi di atas. Jadi analogi di atas berkemungkinan jatuh kepada tiga tunjang ini apabila kita mahu membuat pengkajian di atas sesuatu permasalahan terutama dalam menyelidik di mana salahnya sehingga membuatkan kerangka ummah kini bagai di tebak dan menunggu masa runtuhnya.
Wallahu’alam.
















Assalamualaikum:
Ana sangat berpegang kuat pada pandangan yang mengatakan asas pendidikan bermula dari rumah bahkan sejak mereka dilahirkan lagi perlu diwujudkan biah solehah..
Diceritakan oleh bonda saya baru-baru ni, menjadi kebiasaan abang ana akan memulakan perjalanan dengan meminta anak-anaknya yang berumur 3 dan 5 tahun membaca doa musafir..ketika itu ayah ana ingin bermain sambil menguji anak-anak abang saya dengan sengaja menggantikan doa musafir dengan membaca doa makan..kemudian anak-anak angah saya yang berumur 3 dan 5 tahun itu menegur, “Salahla tok ayah, tu doa makan’..
Moga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi bekalan kekayaan untuk dunia akhirat kelak..
Salam akak.
Teringat kata-kata seorang penceramah Smart Solat sabtu lepas. Dia kata, \Ajarlah anak solat seawal dia sudah pandai berjalan.\ Didikan rohani haruslah sedari kecil. Orang kata, jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya.