Muslimah Hari Esok

Coretan Perjalanan
Assalamu’alaikum, salam penuh kemuliaan, dan salam penuh rasa cinta, rindu dan kasih sayang buat semua rakan-rakan seperjuangan yang berkesudian menjejak kaki ke teratak saya yang faqir lagi haqer ini.

Alhamdulillah kita masih bernafas di bulan februari bersamaan dengan bulan safar, bulan Islam yang menjadi pegangan kita ke hari ini, syukur Alhamdulillah.

Di dalam hampir 3 sehingga 4 bulan ini jujurnya saya belum berjaya menghadam mana-mana buku dari kulit ke kulit seperti kebiasaannya. Dan saya juga sedikit sekali meluangkan masa membaca mana-mana blog sekerap kebiasaannya beberapa ketika dahulu. Dan itulah antara sebab kenapa saya semakin ketandusan idea dalam penyampaian di ruang yang serba faqir ini. Namun, Alhamdulillah, Al Khaliq itu tidak putus-putus menitis kan hikmah dan nikmat dalam pelbagai bentuk ke atas setiap hamba-Nya. ALLAHu ALLAH.

Bulan November tahun lalu Alhamdulillah saya sekali lagi diberi kesempatan ke negara seberang, negara saudara seagama dan sebangsa kita. Ada dua perkara utama yang menarik minat saya untuk bercerita tentang jaulah kami kali ini, selain lawatan santai ke taman-taman wisata sekitarnya.

Pertama sekali adalah tentang ilmu yang saya timba sepanjang berada di sana tentang budaya, dan agama. Ini merangkumi pencerahan tentang cara hidup dan senibina yang menjadi subjek utama yang selalu saya perhatikan setiap kali berpeluang berjalan. Perjalanan ini benar-benar meluaskan pandangan saya dan mengingatkan saya betapa kita sebenarnya perlu lebih sensitif terhadap persekitaran kehidupan kita.

Perkara kedua yang paling menarik minat saya adalah tentu sekali kedai buku. Alhamdulillah, saya di bawa sekali lagi melawat toko buku Gramedia yang kali ini besarnya 4 kali ganda toko buku Gramedia di Medan. SubhanALLAH. Alhamdulillah emak ayah dan adik beradik yang lain juga bersama saya berkampung di toko buku tersebut hampir 2 jam. Pada awalnya saya tidak bercadang membeli banyak buku memandangkan kekangan saat ini yang saya yakin saya pasti tidak punya masa untuk membaca, namun setelah melangkah ke bahagian buku agama, saya kaget melihat timbunan buku rohaniah yang benar-benar menjerat pancaindera.

Alhamdulillah dalam banyak-banyak buku yang saya ambil, hasil perbincangan (meminta pendapat setelah  buntu memilih) dengan ayah dan adik lelaki, akhirnya ada tiga buku yang saya beli buat diri saya.

Tetapi buku-buku ini masih belum saya baca sepenuhnya, hanya sekadar membelek-belek, melihat tajuk, carta dan sebagainya. Buku ini sangat interaktif, percayalah! Nah, ini saya sertakan salah satu contohnya.

Apapun buku itu isinya ilmu. Ilmu itu cahaya kehidupan. Apa sahaja ilmu yang mahu kita cari dan kita gali, kenal pasti objektifnya, aturkan metodologi untuk mencapainya, lalu gerakkan usaha menuju sasarannya. Semoga ia barakah dari dunia menuju jannah.

Wallahu’alam.

p/s [nahwanNur]: Supervisor saya sudah mengeluarkan tarikh akhir untuk saya menghantar ‘second draft’ thesis saya yang menentukan samada saya boleh meneruskan proses viva (pembentangan) atau tidak, iaitu pada 7th Mac ini. Mohon sahabat-sahabat sama-sama berdoa buat saya, serta beberapa sahabat lain sefakulti dan semua yang sedang berjuang di medan ilmu ini. Semoga urusan kami dipermudahkan oleh ALLAH swt dengan kebaikan yang penuh barakah. Amiin ya Rabbal ‘alamin.

Ia hanya ditelapak tanganmu!
Semenjak 2010 bergantian melayari umur dunia, saya belum lagi berkesempatan mencoretkan sebarang entri, yang terkadang saya berhajat untuk berkongsi rasa dengan pembaca.

Memasuki tahun baru pasti ramai yang memasang azam. Kepada mereka, saya ucapkan selamat berusaha dan semoga semuanya terbaik seperti dirancang. Anda seorang yang terancang dengan misi, jangan biarkan sumbang suara merencat kekuatan azam ada, biarkan ia sampai ke gegendang telinga, memukul biduk semangat anda. Bagi yang tidak, saya tetap doakan semoga kebaikan itu dimiliki dengan diredhai oleh Pencipta kita semua, ALLAH az zawajalla. Anda bukan seorang yang tidak terancang walau tiada azam, tetapi pasti anda merentasi kehidupan dengan perancangan anda yang tersemat dihati.

Memasuki angka 2010, merupakan ‘crucial time’ buat saya memandangkan usia pengajian yang menjengah ke umur maksimanya. Jika tidak berjaya menongkah masa dan ujian, maka saya akan pulang tidak berstatus seperti yang di inginkan, melainkan hanya helaian kertas kajian yang tidak diluluskan. Nauzubillahi minzalik.

Saya seperti biasa tidak tahu memasang azam dengan ‘complete checklist’ yang digantungkan di mana-mana bahagian bilik saya. Namun, saya tetap ada perkara yang saya sematkan untuk di selesaikan di dalam jangka yang di tetapkan.

‘Adik belajar betul-betul, semester ini pastikan kembali ke anugerah dekan! Amiin…’

Pesan emak sambil mendoakan. Saat itu saya dan adik sudah mahu pulang untuk mendaftar semester terbaru.

‘Emak doakan nahwan juga! Moga belajar semakin rajin.’

Pinta saya ibu mendoakan sama. Emak tersenyum.

‘Emak doakan semua anak emak, berjaya dunia akhirat.’

Jawab emak. Senyum yang terukir begitu membahagiakan.

‘Tak, kali ni emak kena doakan spesifik untuk anjang. Moga habis tulis thesisnya tu mak! Serabut dah adik tengok!’

Usik adik di sebelah selepas itu ketawa besar. Suka dia mengusik saya, tetapi doanya itu tulus saya amiin kan. Benar, itu antara sasaran saya untuk awal usia 2010.

Melihat rakan sekuliah yang sudahpun melakukan pembentangannya (yang kami gelarkan; viva) tahun lepas, masih juga belum selesai urusan pembukuan thesisnya membuatkan saya semakin gusar. Dan melihat rakan lain yang baru selesai pembentangannya tetapi mendengar ceritanya tentang lontaran komentar yang berbondong dari pemeriksa membuatkan saya semakin kecut perut. Kalau mampu diperiksa, mungkin sahaja sudah kebiruan segala isi perut kerana sejuk ketakutan.

Seorang adik bertanya lewat ym;

‘Kak, lebih banyak kita tahu (ilmu), lebih hebat kan?’

‘Adik, setiap kali kita mengetahui sesuatu yang mencambahkan ilmu, maka setiap kali itu pasti kita merasa amat lemah kerana masih banyak ilmuNya yang belum mampu dimiliki. Ia ibarat kita menghirup air laut; semakin menghirup semakin kita tertunduk sendu merendah diri memohon rahmat-Nya buat menghilang dahaga walau hanya setitis embun kasih-Nya’

‘Kak, una lepas spm tidak buat apa-apa pun. Belajar tidak, bekerja pun tidak. Sekarang una sudah 21. Kak bagaimana mahu ikhlaskan hati terima takdir ALLAH untuk kita?’

Soalnya lagi.

‘Maksud adik?’

Soal saya minta dipastikan apa sebenarnya yang bermain di benaknya.

‘Kak, kadang-kadang adik rasa tak berguna. Belajar tidak, bekerja pun tidak. Kalau kakak, antara bekerja dan belajar, yang mana akak pilih sekarang?’

Luahnya di akhiri lagi dengan sebuah soalan.

Kita tinggalkan tentang perbualan kami. Apa yang sebenarnya timbul di sini adalah keluh kesah, perihal kita membuat pilihan di dunia, takdir ALLAH, dan bagaimana kita mahu ikhlaskan hati kepada qada dan qadar-Nya. Bukan sahaja persoalan seputar menuntut ilmu, malah dari sekecil-kecil hal, seperti membuat keputusan membeli barang, sehinggalah sebesar-besar hal seperti perkahwinan dan pekerjaan, kesemuanya memerlukan keputusan, dan natijahnya telah Dia tentukan. Namun ketentuan-Nya itu juga berpaksi kepada usaha yang kita lakukan, bukannya datang bergolek.

Apa yang perlu difahami, bahawa dunia bukan apa yang kita ingini, tetapi satu jalan dalam kita menuju redha Tuhan.

“ … Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal  ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Al-Baqarah; 216

Telah DIA katakan bahawa, jika DIA berkehendaki, pasti terjadi. Namun, manusia di tuntut berusaha itu adalah sebagai pengabdian kepada-Nya yang maha pemurah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada kita.

Di atas ke semua itu, apa yang sebenarnya di lihat adalah bagaimana seorang hamba itu optimis dengan ALLAH swt. Keimanan kita tidak terbina hanya dengan pergerakan badan di dalam solat. Malah jika solat itu tidak dihayati, maka Rasulullah saw telah sendiri mengingatkan bahawa ia tidak lebih dari latihan pergerakan tanpa makna disisi-Nya.

‘Kak, kakak rasa cita-cita akak tercapai dengan mengambil bidang ni?’

Soal adik tadi. Saya di dunia di sebelah sini di hadapan laptop hanya tersenyum, bahagia sekali entah kenapa.

Di dalam dunia pengajian ini, jiwa saya hanya 20% meminati bidang ini, namun makna terbesar adalah bagaimana DIA membimbing saya memahami makna dunia, dan makna bahagia redha di dalam jalan ketentuan-Nya. Di dalam dunia ini saya menelan manis, menabur garam di tempat luka, berteriak kepada luluhnya rasa, kesemua itu saya lalui dalam mempelajari bahawa dunia itu haknya hanya di telapak tangan kita. Ya, di telapak tangan kita.Lalu itu sebab terkukuh kenapa saya bahagia untuk terus melayari pengajian ini.

‘Seorang arkitek/lanskap arkitek islam terpisah dengan seorang yang bukan islam di dalam pengajian ini adalah melalui keimanan kepada-Nya. Walau tiada keuntungan (dalam erti kata pulangan bayaran lumayan), namun, berbakti kepada manusia selepas Sang Pencipta itu tanggungjawab kita.’

Terngiang-ngiang kata-kata pensyarah saya.

Di antara asbab kecemerlangan umat Islam terdahulu adalah kerana keimanan yang mantap terhadap Islam. Teladan dan qudwah terlalu banyak di lembar sirah. Terkadang dalam melangkah mungkin kita rebah, sesekali perlu kita singkap tabir ibrah perjuangan terdahulu untuk menghirup manisnya erti tabah. Kekuatan muslim bukan terletak di atas kelemahan musuh, tetapi terletak di dalam keindahan iman dan keizzahan Islam itu sendiri.

Lalu bagaimana kita mahu mengungguli medan pertempuran kita? Walau mungkin tiada alatan pedang dan peralatan perang yang lain, namun hawa nafsu dan bisikan syaitan itu jauh lebih licik dari musuh luaran kita, dan itulah pertempuran kita.

Jika semasa menongkah deras arus, kita harus melawan hawa nafsu yang meluluhkan semangat juang, dan syaitan yang mungkin sahaja cuba membisikkan was-was dalam usahanya mencabar keyakinan kita. Dan jika setelah arus di lepasi, samada sampai di pulau yang di inginkan, ataupun bukan pilihan, bagaimana nafsu dan bisikan syaitan itu bermain di dalam diri dan fikiran kita?

Jika kita berjaya mendapati sesuatu yang kita inginkan, maka syukur Alhamdulillah kita melepasi segala musuh di dalam peperangan dan kita pasti berpuas hati.

Jika kita berjaya menongkah badai namun keputusannya bukan seperti yang kita inginkan, bermakna kita Berjaya menentang musuh di dalam peperangan, namun bagaimana pula kita mahu berhadapan dengan emosi dan perasaan kecewa dengan natijah yang tidak di inginkan?

Gelombang emosi itu badai perasaan yang fitrah, ia antara bukti ketidaksempurnaan makhluk yang hanya meminjam hanya sedikit dari anugerah dan nikmat-Nya, ALLAH yang terhindar dari ketidaksempurnaan, yang maha memiliki dan DIA lah yang maha sempurna. Lalu apa yang penting adalah bagaimana kita mengarahkan setiap emosi dan rasa itu dalam mendekati cinta-Nya dan destinasi terakhir kehidupan kita, darul akhirat.

Keikhlasan dalam menerima qada’ dan qadar ALLAH itu pasti timbul apabila kita mempunyai ilmu dalam memahami erti kehidupan kita. Ilmu tentang tatacara mengemudi bahtera ini, dan bagaimana cara membaca peta kehidupan supaya bahtera kelak dapat berlabuh di negeri abadi dengan baik. Ilmu yang baik dalam memahami sedari awal tentang cuaca dan keadaan alam yang bakal di tempuhi membuatkan kita sentiasa bersiap sedia.

Seharusnya apa sahaja yang kita lakukan, yang kita pilih untuk lakukan, perlulah bersebab, dan sebabnya itu tentu sekali dalam mencari redha ALLAH. Hatta dalam hal membuang air itu sendiri itu, ada sebabnya dan ada tertibnya. Bahkan, ALLAH Yang menciptakan sesuatu itu tidak sia-sia, mengikut tempatnya dan sebabnya (fungsinya).

Al Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata;

‘Barangsiapa yang mengaku empat perkara tanpa disertai empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, dia adalah seorang pendusta. Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, dia adalah pendusta. Dan barangsiapa mengaku cinta ALLAH tetapi keluh kesah dengan ujian-Nya, maka dia adalah pendusta.’

Menjadi pendusta pasti bukan kehendak kita semua. Justeru harus kita berusaha untuk menjadi pengabdi cinta-Nya. Bukan kita perlu menjadi hipokrit dengan tidak menjadi siapa diri kita yang sebenarnya, tetapi kita juga tidak seharusnya menjadi pendusta sementalah kita berjanjikan ketaatan kepada-Nya. Jadilah apa yang DIA mahukan kita menjadi, sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya. Bukan menjadi diri sendiri yang menginginkan mengikut apa yang kita sukai, tetapi jauh dari syariat-Nya. Dengan itu, pasti kelak, apa sahaja yang DIA aturkan buat diri kita, pasti sahaja kita bahagia menerimanya. Sebagaimana kita merasa bahagia berdiri di atas syariat-Nya, bahagia didalam pandangan mata manusia yang jijik melihat kita kerana kita sentiasa menjunjung arahan-Nya. Kerana DIA lah pemilik diri kita. Lalu, dunia ini bukan sesuatu yang bias meruntun hatimu menjadi orang yang kesedihan meratap nasibnya, tetapi dunia itu meruntun hatimu gembira dan bersyukur kerana menjadi pengejar cinta-Nya.

Biar bertatih, tidak berhenti

Biar letih, tetap tidakkan lari

Biar lewat, namun jangan akhirnya terlambat

Dan biar sedikit, tapi istiqamah berpanjangan

Bergeraklah terus, kerana DIA sentiasa mengiringi.

Dunia tidak menjadi sesuatu perkara yang melesukan, tetapi kekuatan menuju yang abadi. Kerana, dunia itu hanya di telapak tanganmu. Dan akhirat itu di hatimu!

p/s [nahwanNur]: La taqlaqi wala tahzani, innaALLAHa ma’aki, wakafa billahi wakiila

Bagi kesempatan

manusia melakar impian

namun, masa tidak selalu mengungkap harapan

fitrah kehidupan

memang tiada yang berkekalan

juga tidak semua bisa jadi kenyataan

yang datang pasti pergi

yang tiba pasti kembali

citra yang tidak perlu ditangisi

tetapi acara yang patut direnungi

Kehidupan yang hanya sekali

tetapi di dalam masa yang tidak kembali

tetap ada waktu taubat mu berkali-kali

Namun bila kesempatan tidak bertemu

Pasti saat itu diri hanya mampu meratap bisu

1431 : 2010 : 25

Rabbi yassir~
Sewaktu pilot mahu menerbangkan badan kapal terbang boeing itu, saya melihat dari celah tingkap, berkebetulan sayap pesawat betul-betul di hadapan saya. Saya melihat ada satu bahagian kipas terbuka, sepertinya kuat menahan pukulan angin, mungkin juga itu kaedah meringankan jisim kapal terbang menyamai jisim udara, untuk membolehkan badan kapal terbang itu terapung di udara. Wallahu’alam. Cuma saat itu saya yang cuba membebaskan fikiran sebentar dari cabaran pengajian di universiti, sama berat memikirkan signifikan, cuba mengaitkan tarbiyyah dari ALLAH melalui sistem penerbangan pesawat tersebut.

Saya terfikir, untuk membolehkan saya terbang ke langit impian, tentu sekali seberat itu juga angin ujian yang pasti saya perlu hadapi. Lalu mungkin sahaja, saya perlu belajar sebagaimana sebuah kapal terbang perlu membuka kipas sebagai kekuatannya melawan angin untuk membolehkannya terbang di udara. Saya perlu membuka satu sayap kekuatan, sebagai tambahan paradigma saya sebelum ini.  Termasuk hari saya menulis entri ini, ia sudah malam ke tiga saya berjaga tak kena masanya, tidak seperti selalu. Ia kerana saya diserang demam, dan inilah kali pertama dalam tiga tahun ini saya mengambil ubat-ubatan di klinik.

Saya tergolong dari golongan yang tidak sukakan ubatan. Bukanlah saya suka mengalah kepada kesakitan, tetapi saya lebih suka kepada rawatan alternatif. Namun, kali ini sememangnya sudah kurang daya tahan, dan atas nasihat sahabat sepengajian saya pergi lawati klinik universiti.  Keputusannya, maka satu beg plastik ubatan yang dibekalkan. Melihatnya sahaja meresahkan saya. Sebelum mengambil ubat, perlu makan dahulu. Selepas itu baru ambil ubatan ikut yang di aturkan. Alergiknya jika saya ambil ubatan ini, hasilnya pasti menjemput kantuk. Bila sudah diserang kantuk kerana ubat, maka ‘ubat’nya adalah tidur. Asal makan ubat sahaja mengantuk, asal mengantuk sahaja tidur. Maka itulah aktiviti saya 2 hari ini.

Saya teringat risalah khas buat pesakit tulisan Bediuzzaman Said Nursi dan juga yang terbaru ada di tulis oleh KH Gymnastiar (Aa Gym) yang mengatakan;

Sesungguhnya derita sakitmu itu bukanlah sebuah penyakit, tetapi justeru itu sebuah ubat.

Malah mengikut Said Nursi, sakit ini juga sebuah ibadah;

Ibadah pasif (salbiah) di mana penderita sakit di dalamnya bersimpuh menyerahkan diri kepada Sang Pencipta yang Maha Penyayang sembari mohon perlindungan dan bersujud padanya. Kondisi yang  bersumber dari perasaan ketidakberdayaannya dihadapan penyakit dan musibah tersebut, sehingga ia mendapatkan ibadah ma`nawiah yang suci bersih dari segala bentuk riya.

ALLAHu ALLAH.

Bukankah ALLAH itu maha adil lagi maha mengetahui.  Dan termasuk hari rabu minggu ini, sudah hampir sebulan saya tidak menghadiri usrah. Sebenarnya perancangan rabu minggu ini untuk ke shah alam, tetapi dek kerana tidak berupaya kerana keadaan kesihatan tidak membenarkan, maka saya terpaksa membatalkan. Malah usrah juga saya tertinggal lagi. Sudahlah dua minggu dahulu di tinggalkan juga kerana mengembara.

Sebenarnya, saya juga amat sedih, malah amat malu. Kerana saya juga lemah, lemah kerana takutkan pandangan sahabat usrah kepada saya. Saya tidak berburuk sangka, tapi saya jadi malu sendiri.

Seminggu lalu, saat di perantauan bersama keluarga, saya bersembang dengan ibu di kediaman saudara, kebetulan di sana saya turut diserang demam panas selama dua hari, kasihan emak terpaksa berjaga malam bersama. Saat malam itu sekitar jam 2 pagi waktu sana, bermakna sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia, saya sempat bersembang pendek dengan emak. Jawaban emak kepada setiap keluh kesah saya selalu menenangkan.  Selalu sahaja saya menjadi serba salah, antara aktiviti gerakan, tuntutan pengajian, keperluan keluarga dan walimah sahabat yang kini sudah beratur menunggu giliran. Kesemua ini penting kepada saya. HabluminALLAH wa hablumminanasr. Sungguh, jika saya di beri kekuatan seperti sahabat lain yang kuat, pasti saya mahu hadiri kesemuanya. Namun, semenjak dahulu, saya tahu satu kelemahan nyata saya adalah, saya tidak mampu melakukan banyak perkara di dalam satu masa.  Dan sebulan yang lalu, saat bermesyuarat dengan supervisor, beliau menasihatkan; ‘

Nahwan, awak hanya perlukan 2 hingga 3 bulan ini untuk fokus 200%, saya harap awak tidak memberatkan perkara lain. Biarlah awak penat 2-3 bulan ni, awak bagi semaksima mungkin, lepas habis tu awak bebas.’

Saya hanya mengangguk. Sehingga kini, saya masih belum punya jawapan untuk itu. Namun saya tahu, dek kerana masa yang membataskan, juga kerana kekangan kewangan, saya perlu habiskan pengajian ini. Namun, saya tidak menekan diri untuk memahami takdir itu mengikuti perancangan saya, kerana saya tahu, natijah itu tetap mutlak milik ALLAH swt. Malah dia pasti tahu yang terbaik untuk saya.  Dan di dalam segala ‘cabaran’ ini, Dia hadiahkan saya dengan pelbagai perkara yang menyiram kekalutan hati saya

Dia berikan saya peluang bertemu ulama’ dengan mutiara beliau yang mampu menjadi bekal untuk diri saya.

Dia berikan saya senyuman pensyarah yang tenang di dalam ketegasannya, sarat dengan sokongan.

Dia berikan saya rangkulan ukhuwah yang di ikat kefahaman akan kondisi kehidupan saya kini.

Dia berikan saya genggaman erat rakan seperjuangan yang turut sama berkampung di kuliyyah dalam menyiapkan thesis kami.

Dan Dia merangkul erat saya saat saya senang mahupun saat saya merasakan cabaran ini suatu bebanan, lalu Dia belai manja sehingga saya merasa sangat malu dan kembali bersemangat

Malah, Dia menitipkan saya nasihat baginda Rasulullah saw saat saya membelek buku catatan saya. Dimana baginda Rasulullah saw bersabda;

Kosongkanlah dirimu dari beban pikiran dunia semampumu~

Beberapa orang sahabat bertanya tentang azam kepada saya semenjak hadirnya Hijri 1431 tempohari dan disambung dengan kehadiran masihi 2010 akan datang ini. Saya tidak tahu, cuma saya sentiasa berdoa akan satu perkara ini;

Semoga umur yang diperpanjangkan ini peroleh barakah; terpenuh dengan amal soleh.

Amiin ya Rabbal ‘alamin.

TERBANG DIIRINGI

Wahai diri

terbang kau tinggi

membelah lelangit

menjejak awan

Kamu

bukan sendiri

terbang mu seizin

pemilik sayap diri

Duhai diri

sayap mu bukan lemah

walau bisa patah

laluan mu itu amanah

lalu terbanglah dengan tabah

Duhai diri

langit dan awan menanti

terokamu mencari erti diri

terbanglah dengan tenang

kerana DIA ada mengiringi

Rabbi yassir ya kareem~

Hadiah bermakna: Sehari bersama As Syeikh Dr. Yusuf Al Qardhawi
Saya selalu melihat di akhbar mahupun mendengar di radio-radio akan hadiah bagi pemenang peraduan-peraduan yang berbentuk pertemuan dengan artis, mahupun mungkin makan malam, tiket konsert dan lain-lain lagi. Bahkan, ada juga hadiah lumayan berbentuk sebuah kereta, motosikal atau sebuah rumah. Dan apa yang turut mengujakan apabila ada tawaran hadiah hari lahir bagi pengguna-penguna tetap sesuatu produk dan antaranya yang saya dapat adalah panggilan percuma kepada mana-mana nombor yang menggunakan talian yang sama untuk tempoh 24 jam pada hari tersebut. Namun dalam banyak-banyak hadiah yang di tawarkan, satu ini yang sungguh mengujakan saya, dan sepanjang puluhan tahun saya meraikan hari lahir saya, tahun ini suasana nya sungguh berbeza dan menyentuh jiwa saya sehingga ke lubuk paling dalam.

Apabila mendapat tahu kehadiran As Syeikh Dr. Yusuf Al Qardhawi ke bumi UIA pada 17 Disember lalu, saya merasa amat gembira kerana sememangnya sudah lama berhajat bertemu dengan masyaikh kabir yang menjadi ‘guru’ utama saya ini. Namun, walaupun jarak masjid yang bakal beliau lawati amat dekat dengan kediaman saya, namun disebabkan beberapa kekangan menyebabkan saya terlepas peluang tersebut. Walaubagaimanapun, hati kembali  berbunga apabila diberitahu bahawa fadhilatus syeikh bakal memberi syarahan di dua tempat berbeza pada hari yang sangat istimewa iaitu 19 Disember (sabtu).

Dan Alhamdulillah, peluang keemasan untuk bertemu secara live dengan syeikh dapat saya ambil dan saya bersyukur kepada ALLAH swt kerana inilah antara hadiah paling berharga yang saya dapat di hari ulangtahun kelahiran saya. Umur jubli perak ini saya raikan dengan dua slot ceramah beliau iaitu bermula di awal hari jam 9am – 11 am di PICC Putrajaya, manakala di malam hari selepas maghrib di Masjid Shah Alam. Sehari bersama Al Alamah Fadhilatus Syeikh memang suatu yang tiada galang gantinya (SubhanALLAH walhamdu lillah) jikapun ada yang menawarkan pembiayaan peribadi seumur hidup saya  .

Walaupun sedikit penat kerana malam sebelumnya saya berjaga sehingga jam 4 pagi untuk menyiapkan kerja, namun ia sememang amat berbaloi (berbaloi-baloi) apabila dapat mendengar mutiara syeikh yang amat bersemangat, apatah lagi saat melihat beliau yang sudah berusia 84 tahun datang dalam keadaan yang kurang sihat dengan bertongkat dan berkerusi roda akibat sudah tidak mampu berdiri dan berjalan terlalu lama, membuatkan paradigm sekali lagi melonjak mencecah ketinggian bumbung auditorium PICC tersebut, atau mungkin tinggi lagi!

Pengarang buku yang saya amat minati dan idolakan yang bertajuk ‘Muslimah Hari Esok’ ini membawakan tajuk ‘Fiqh Jihad’ yang mengambil tajuk kepada buku terbaru tulisan beliau. Slot pertama, muhadharah perdana di PICC sememangnya tidak mengecewakan di mana Al Fadhil As Syeikh Al Qardhawi menerangkan tentang konsep sebenar jihad di dalam kacamata Islam dengan bersandarkan kepada hujjah-hujjah dan dalil dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

BAHAGIAN MANUSIA

Di awal pembentangan, Dr. Yusuf Al Qardhawi telah menklasifikasikan umat Islam kepada 3 golongan dalam memahami konsep Jihad , iaitu;

1)      Golonga liberal

2)      Golongan pelampau

3)      Golongan sederhana

Golongan liberal ini adalah golongan yang menolak jihad bersenjata di zaman milenia ini. Golongan ini telah berpendapat pada zaman ini jihad bersenjata sudah tidak diperlukan, yang ada hanyalah jihad di dalam konteks lainnya. As Syeikh Dr Yusuf al Qardhawi menyentuh tentang fahaman Qadiyani yang mematikan semangat berjihad kepada ALLAH dengan memansuhkan Jihad fisabilillah (Jihad di medan perang).

Adanya golongan kedua yang terdiri daripada puak pelampau, dimana mereka yang memahami jihad yang hanya terhad kepada peperangan (bersenjata) dan berpegang kepada kepercayaan bahawa jihad bersenjata mestilah di laksanakan secara berterusan terhadap semua orang kafir dan negara kafir. Golongan ini bergerak di atas matlamat memerangi seluruh dunia, dan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan ideologi mereka. Merekalah puak yang menghalalkan pembunuhan dan sentiasa memerangi pemerintahan yang ada. Menurut beliau, golongan ini mampu memberi calar ke atas kefahaman jihad sebenar Islam.

Manakala kumpulan ke ketiga ada golongan yang bersederhana, yang memandang jihad samada bersenjata atau tidak (didalam konteks yang lain) merupakan tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan tetapi ia masih bersandarkan kepada apa yang digariskan oleh Quran dan Sunnah. Golongan sederhana inilah yang memandang kewajiban berjihad ini sebagai suatu kemuncak tertinggi di dalam Islam. Antara intipati jihad golongan ini adalah seperti jihad yang telah diterangkan oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.

Bersambung …. (InsyaALLAH Bi idznillah)

p/s [nahwanNur]: Sebenarnya saya mempunyai rakaman penuh untuk setiap syarahan syeikh sepanjang hari berkenaan, syukur alhamdulillah. Tetapi seperti kebiasaan, rakaman amatur tidaklah begitu memuaskan hati. Saya sendiri malu mahu letakkan nya di sini. Tapi insyaALLAH, bagi sesiapa yang mahukan salinannya bolehlah email kepada saya, nahwannur4@gmail.com. Syukran jazilan

Semakin Dewasa
Raudhah mengetap bibir kecil mungilnya. Geram.

‘Aduh, sakit …’

Jeritnya lagi.

Namun ayahnya tetap kuat menyental kapas yang di celup air biru seakan nila, ubat dari klinik. Kaki nya yang berkudis itu sakit sekali, ditekan kuat, sehingga berjurai air mata Raudhah, dan membuatnya sangat geram dengan ayah yang seakan tiada belas kasihan.

Keluar dari kamar mandi, Raudhah terus lari mendapatkan bondanya. Menangis, sakit dan mahu mengadu dengan esaknya.

‘Ayah bukan tak kasihan. Raudhah yang tak jaga kaki tu. Ayah nak kaki Raudhah cantik macam dulu …’

Pujuk bonda. Dalam diam, Raudhah sekerasnya menolak bicara bonda, hatinya tetap mengatakan ayah begitu.

‘Budak kecil biasalah main-main dekat tanah, air lopak, lepas tu tak basuh betul-betul. Anak saya pun berkudis. Sental jugalah walau mereka menjerit. Bukan tak kasihan, kita lagi kasihankan kaki mereka tu.’

Cerita lelaki tua di sebelah ayah.

Di balik dinding yang memisahkan ruang tamu dan ruang rehat keluarga itu, Raudhah memasang telinga. Dia menyelak tirai yang membahagi laluan kecil itu. Kelihatan ayahnya mengangguk, mengiyakan. Baru Raudhah faham, ayah bukan tiada belas kasihan, tapi mahu kakinya sembuh. Menelan ubat pastinya pahit, tetapi itulah ubat. Begitu juga menahan proses berubat itu memang perit, tetapi itulah juga berubat.

Hati Raudhah pedih.  Dia merasakan ayah tidak adil. Along mendapat motor dan upaya membeli sebiji komputer. Sedang permintaannya untuk mempunyai salah satu samada motor atau komputer di tolak bulat-bulat oleh ayah. Walhal bidang pengajiannya jauh lebih memerlukan berbanding along.

‘Emak, pujuk lah ayah. Ini sudah akhir semester pengajian, banyak tugasan perlu di buat.’

Pohon Raudhah kepada bonda. Tetapi bonda hanya mengiyakan. Namun sehingga kini masih tidak diberikan.

Ayah keras hati! Tidak Adil!

Bentak hatinya. Sakit. Serasanya ayah amat bias kerana gender.

‘Along tak pernah beli buku. Semua fotokopi. Paling-paling pun satu semester guna 200 untuk buku. Tapi Raudhah kene beli buku, sebab banyak ilustrasi gambar, takpa lah. Itu kan keperluan.’

Cerita along.

Saat itu Raudhah sedang menolong along mengemas barang di rumah sewanya. Along sudah habis pengajian. Raudhah mencongak, kalau dia, setiap semester terkadang cecah angka ribu buat membeli buku-buku perubatan.

Rupanya ayah adil, kerana wang ayah yang Raudhah gunakan sama nilainya dengan nilai computer along.

‘Nanti balik kampong Raudhah naik dengan along ya. Ayah bawa emak dengan dua adik kecil.’

Arah ayah. Along mengangguk dan Raudhah menghitung lagi.  Benarlah, ayah begitu adil! Motor itu sememangnya suatu keperluan buat along bukan sahaja untuk pengajian, tetapi sebagai pengangkutan keluarga, kerana ayah belum mampu membeli sebuah kereta.

Raudhah menangis mengenangkan jawabannya kepada ayah tadi. Rasa bersalah. Tetapi dia geram. Ayah seakan keras kepala.

‘Emak, salahkah Raudhah kata dekat ayah tadi?’

Tanya Raudhah kepada bonda untuk mendapatkan kepastian.

‘Tidak, yang itu Raudhah benar’

Ringkas jawab bonda.

‘Habis, kenapa ayah keras sangat mengatakan tidak?!’

Bentak Raudhah lagi tidak puas hati. Bonda sendiri mengatakan Raudhah benar.

‘Sebahagiannya sahaja raudhah benar!’

Tegas bonda.

Dahi Raudhah berkerut, kurang faham. Sebentar tadi emak mengatakannya benar, kini hanya sebahagian.

‘Raudhah sudah semakin dewasa, sehingga Raudhah terbawa berfikir bahawa Raudhah sentiasa benar, dan ayah sudah tiada hak membetulkan sedikit kelemahan Raudhah. Dan Raudhah semakin tinggi, Raudhah sudah tidak memandang ayah di aras yang sepatutnya, sehingga Raudhah melihat ayah dengan perbanding tinggi menampakkan hanya kelemahannya di mata Raudhah. Ayah tidak keras nak, tetapi bahasamu selaku anak yang sudah semakin keras.’

Tegur bonda panjang dan berlalu.

Raudhah bungkam.

‘Ayah tidak keras, tetapi aku yang mendewasakan kekerasan hati ku dalam menilai buruk keputusan ayah terhadapku!’

Juraian air matanya tidak mahu ia tahan lagi, di biarkan itu sebagai penyuci.

p/s [nahwanNur]: Tuhan, kami sudah semakin dewasa, jangan biarkan kami dewasa dengan noda. Amiin ya Rabbal ‘alamin

Tiada Umphh! …
Segala puji bagi ALLAH swt kerana atas ke izinanNya, maka saya dapat kembali ke sini, cuba mencoret sesuatu yang punya nilai untuk diri sendiri. 26 oktober lalu, alhamdulillah genaplah usia dua tahun saya di arena penulisan blog. Suatu masa yang sedikit-sebanyak mematangkan saya, samada dari aspek pembentukan diri, sehinggalah ke dunia penulisan. Saya belajar, dan terus di ajar. Rencam dan asam garam itu yang mengajar saya banyak, madu dan gula itu pembakar semangat saya, namun semuanya, harus saya tapis supaya hati dan emosi saya bisa menimbangnya serba sederhana.

Jika dikira mengikut perjalanan saat, bermakna sudah agak lama saya tidak berbicara di sini, sesuatu yang sedikit memalukan saya sendiri. Mungkin waktu yang berlalu itu saya rasakan terisi dengan makna tertentu buat kehidupan saya, namun sapaan rakan membuatkan saya sedar, amanah saya di sini tergendala.

Malah, di dalam sela waktu selama hampir setengah tahun ini, saya mula merasakan penulisan saya tiada umphh! Maaf jika ada yang salah faham, maksud saya bukanlah menginginkan tulisan saya mahu sepopular jenama yang mengangkat nama, tetapi jauh dari itu, saya mahukan sesuatu yang meraikan manfaat dan menjunjung syariat. Saya cuba melarikan cuping dari bisikan pujian mahupun teriakan celaan, kerana merasa ia ujian berat buat saya. Saya bukan tidak suka, cuma ketakutan.

Dahulu, saya mulakan penulisan dengan tema; ‘Muslimah Hari Esok‘ yang saya cuplik dari tajuk buku kecil tulisan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, di terjemahkan oleh PMRAM. Buku ini besar maknanya buat saya. Boleh di katakan ia buku panduan saya dalam membiasakan kebenaran Islam yang cukup cantik di atur-Nya, dan dalam membetulkan kebiasaan yang sebenarnya suatu calar di dalam cerminan kebenaran Islam. Buku kecil ini cukup cantik terhias dengan kata-kata yang mampu membenam wanita di laut muhasabah yang tidak terbatas.

Sepanjang ke’tiada’an saya di sini, atas keizinanNya banyak saya menerima email pertanyaan, ada yang terbalas dan ada juga tidak sehingga kini. Saya membalas mengikut prioriti dan keadaan persoalan, saya tidak suka bermain dengan aturan ‘double standard‘; yang saya kenal saya layan dan jawab persoalannya, yang tidak saya kenali saya abaikan. Sungguh, tidak begitu. Cuma, yang saya diamkan jawapan itu kerana persoalan yang di utarakannya  sedikit berat , lalu saya sendiri harus mencatur jawapan supaya ia lengkap sebagai sebuah huraian, bukan kelak membawa fitnah kepada kebenaran. Justeru, saya memohon keampunan kepada persoalan yang belum terjawab kerana saya perlukan sedikit masa lagi untuk mengemukakan jawaban. Mohon doanya.

Apapun, saya suka untuk menyimpulkan kesemua persoalan kepada suatu simpulan; di mana saya melihat persoalan yang di timbulkan terlilit di sekitar permasalahan persoalan hati. Ah, wanita ini sungguh mutiaranya itu kan emosi? Alhamdulillah, kerana masih terpancar fitrah. Namun, saya suka katakan kepada adik-adik bahawa;

Letakkan lah sebarang persoalan itu di paras matamu, supaya kelak kamu tidak akan sakit mendongak saat menimbang persoalan itu, dan kamu tidak payah menyorot terlalu ke bawah melepaskan persoalan itu. Biar pandangan kepada persoalan itu jelas di sudut penglihatan, namun tenang menyorot ke hati. InsyaALLAH, keadilannya itu pasti nyata jika timbangan itu kamu lihat dari mata hati.

Lantas kamu tidak terlalu gelojoh menelan setiap rasa masalah, dan tidak cepat meludah saat merasa tawarnya persoalan kehidupan. Jangan mematikan hati dengan kotor memandang erti kehidupan. Setiap masa itu biar ia berdetik tidak meresahkan, malah mengajar kita akan erti redha, lalu terpukul biduk optimis di seantero kota jiwa dari pelajaran kehidupan ini. Pasti kelak, kita akan terdidik dengan mengerti bahawa itulah sebaik-baik hadiah dari Tuhan.

As Syeikh Abd Qadir al-Jailani rahimahullah pernah berkata;

Bersabarlah bersama-Nya sesaat saja, sungguh setelah itu akan terlihat kelembutan-Nya selama bertahun-tahun~

Saya mencintai Muslimah itu sebagaimana saya mencintai diri saya. Kita dinaung oleh fitrah suci aturanNya. Saya sudah lali dengan manusia cetek fikiran yang suka melabel saya sebagai ‘lesbo‘ (lesbian, panggilan sewaktu di sekolah sekular itu). Sementalah saya bersahabat dengan muslimah lain yang juga sangat-sangat cintakan muslimah, maka bertambah-tambah cinta dan terlalu ingin ‘menjaga’ bersama fitrah suci seorang muslimah.

Saya dikongsi oleh seorang adik akan kata-kata indah ini;

ma ajmalannisa’ fi too a’til Khaliq

alangkah indahnya wanita yang mentaati pencipta-Nya

SubhanALLAH, wanita itu nilainya terlalu tinggi saat di ciptakan. Sehingga saat akhir Nabi Muhammas SAW di dunia ini, salah satu perkara yang disebutnya adalah;

Ittaqun nisa’! Ittaqun nisa’! Ittaqun nisa’!

Sollu ‘alan nabi!

Saya sendiri … kadangkala merasakan seakan ditelan kekuatan saat tertimpa batuan ujian. Tetapi sekental mana saya mahu berusaha menjawab helaian kertas ujian/ peperiksaan, sejauh itulah saya rasakan keperluan kita untuk berusaha menjawab dan menyelesaikan setiap ujian-Nya, malah perlu lebih sehabis baik dan semampu diri kita. Cuma perlu kita ingat, jangan suka membanding kan kelemahan kita dengan kelebihan orang lain, kelak nanti ia lebih mencarik kekuatan kita. Tetapi teruslah optimis bahawa penerimaan ALLAH itu bukan atas kemampuan orang sekeliling kita, tetapi kemampuan diri kita sendiri. Kamu usaha yang paling baik dan sejauh mampu mu, pasti DIA ada membantu.

.Optimis. Itulah yang Rasul Alaihissalam katakan kepada para malaikat yang datang menawarkan bantuan sehingga ada yang menawarkan untuk menghempas segala bukit di sekitar makkah ke atas mereka yang ingkar malah mengutuk setiap kata-kata kekasih ALLAH swt itu. Namun Rasul saw menolak kerana baginda tetap optimis bahawa ALLAH swt pasti merancang sesuatu yang terbaik sebagai hasil dari bayaran jalan yang baginda lalui.

Wallahu’alam

Rasanya setakat ini dahulu kali ini. Terima kasih kepada semua pertanyaan dan ambil berat kalian. Malah segala pujian dan kritikan itu atas keizinan-Nya mampu menjadi pengajaran buat saya.

Saya memohon kemaafan kerana saya juga turut merasakan bahawa … tulisan saya makin kurang, atau mungkin tiada umphh! nya.

Sesungguhnya kepada Dia saya memohon keampunan, dan meraih segala kekuatan. Wallahu al-Musta’an.

Semoga saya bersemangat untuk terus menuju cahaya-Nya, dan si sini, saya tinggalkan sedikit untaian kata buat diri saya sendiri juga buat muslimah yang saya cintai.

Ia

tidak perlu diperagakan

tempatnya di dalam; terpelihara

Tidak perlu dilaungkan kewujudannya

Namun

cukup diketahui bahawa ia asas pertumbuhan.

Ia mencengkam pepohon ke dasar bumi

tegak berdiri; ampuh dan berbuah

memberi manfaat kepada kehidupan.

Ia rapuh jika tidak di baja

akan mati jika tidak di jaga

Wallahu’alam bissawab.

Hadiah sebuah ukhuwwah
Alhamdulillah, 2 minggu lepas selesai usrah nisa’ yang disampaikan oleh naqib jemputan, Ustaz Farhan, yang bagi saya cukup segar pengisiannya di dalam konteks semasa. Namun, suatu saat ketika Ustaz Farhan memutar trailer cerita sang murabbi yang menggunakan lagu tema yang membawa maksud di dalam doa rabitah, saya jadi sayu.

Sayu saya mengenangkan beberapa sahabat terdahulu, sahabat kini dan insyaALLAH selamanya.

Sahabat? Ya, mereka sahabat saya. Mereka yang ‘memujuk’ hati saya untuk bersatu di dalam permasalahan mereka.

‘Nahwan, saya … tekad mahu terus bertudung .’

Beritahu teman sebilik. Penuh pengharapan, wajahnya bercahaya, seterang tekadnya. Saya mengangguk senyum.

Sapaan bayu Pantai Cahaya Bulan sangat ceria saat itu meraikan luahan sahabat saya ini. Jarak di antara asrama dan pantai sekitar 2 km membuatkan kami selesa untuk berjalan sahaja setiap hujung minggu samada saat fajar mengintai atau benam.

Lina, insan yang paling rapat dengan saya saat pengajian di pantai timur. Entah kenapa, cuma, saya tahu, yang menjadi kesamaan kami adalah minat kepada subjek fizik saat itu, dan keterbukaan kami dalam menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Tiada yang terluah saat itu melainkan sebuah senyuman yang menggambarkan rasa hati saya. Alhamdulillah.

‘Hmm … saya mahu beritahu mama’

Keluhnya panjang dan memandang saya yang berkebetulan sedang memandang wajahnya. Wajahnya memberat, menyedarkan saya akan persoalan itu sedikit mengganggunya.

‘Mereka akan terima, insyaALLAH …’

Perlahan saya mengeluarkan kata. Saya pernah bertemu dengan keluarga Lina, keluarga berada. Biarpun ibunya juga tidak bertudung, tapi perwatakan ibunya mirip benar Lina, lembut hati, namun lihat ketegasan di wajahnya.

‘Jom pergi surau …’

Ajak Lina setelah saya melangkah masuk ke bilik kami selesai mengambil wudu’. Saya mengangguk.

Salah satu sebab saya dan Lina akrab adalah kerana kami selalu bergandingan untuk berjemaah di surau yang terletak di hujung blok asrama. Sebenarnya mungkin ia layak di panggil bilik solat kerana ia adalah sebuah bilik kecil di hujung sebuah blok kediaman kami yang hanya di huni lebih kurang 60 orang. Bilik ini jugalah bilik belajar kami.

Setelah usai solat Lina akan memperdengarkan bacaannya kepada saya. Ya, Lina antara orang dewasa yang kekurangan pendedahan agama. Keluarganya kaya yang ‘bahagia’ di dalam rumah dunia, Lina selalu bercerita tentang ibu bapanya yang ‘sporting‘, dan kebebasan mereka adik beradik dalam membuat keputusan dan kehidupan, asalkan mendapat kecemerlangan di dalam pendidikan.

‘Manusia selalu salah sangka dengan ungkapan rumah ku syurga ku, sepatutnya, rumahku syurga ALLAH.’

Jelas Ustaz Farhan di dalam usrah tempohari.

Ya, sepatutnya rumah menjadi tempat kita mengimarahkan segala syariat ALLAH swt bersama ahli keluarga kita. Salah menginstitusikan bait bermakna graduannya juga nanti pasti sasar halatujunya.

‘Saya tak pernah mengaji di rumah … makayah pun saya tidak pernah dengar dan nampak’

Ceritanya seawal perkenalan kami, dan dia meminta untuk saya membantu untuk dia melancarkan semula bacaannya.

‘Alhamdulillah Lina ada niat baik. Kita doa ya, untuk keluarga Lina sama’

Balas saya, cuba meyakinkan bahawa tiada yang mustahil mahupun istilah lewat di dalam mendalami ilmu ALLAH dan kebaikan. Dan saya juga sedang berusaha ke arah itu, dan harapnya tidak berhenti berusaha untuk itu.

Namun batas waktu pengajian yang hanya setahun memisahkan kami seterusnya, dan dia dengan perjalanannya di utara manakala saya di selatan.

Saya faham itu sedari awal kemasukan, dan ia lumrah di dalam pertemuan, pasti suatu masa kan berpisah di atas jalan masing-masing. Namun, saya sentiasa berharap, kejauhan itu masih terikat di atas tali ukhuwwah yang satu, yang di ikat oleh ALLAH swt.

Dan sewaktu saya bekerja selepas tamat pengajian di selatan, saya bertemu seorang teman yang miripnya Lina.

‘Nahwan, kenapa wajib bertudung?’

Soal Izah sewaktu kami sedang sarapan. Roti canai yang biasanya cepat di hadam itu seperti tersekat di kerongkong. Izah teman saya untuk makan dan bersembang sewaktu rehat, kami tidak sepejabat, tetapi pejabat kami bersebelahan. Dia selalu bercerita tentang kehidupan sosial ‘biasa’ warga kota, yang meraikan kebebasan itu suatu yang ‘ok’ selagi mana seseorang itu tidak tinggal menunaikan solat 5 waktu.

‘Lepas kahwin Izah nak pakai tudung. Am pun suruh …’

Beritahunya berserta senyuman.

‘Nahwan, terima kasih dan doakan saya ya …’

Ucapnya sambil memandang saya. Sebuah pandangan yang sama seperti Lina memandang saya dahulu. Pandangan yang menanam suara saya tanpa sepatah kata balasan, hanya sebuah senyuman yang kelat.

Sungguh, saya bukan tidak suka. Namun, saya takut.  Saya tidak bencikan kawan-kawan saya, tetapi saya  seperti sahabiah yang lain, yang tidak redha dengan kemungkaran. Namun, saya tidak membenci kelemahan mereka, saya cuma mahu berusaha bersama mereka dalam menyingkap keindahan Islam, dan saya pasti sahabiah juga sama inginkan begini.

Doa. Saya takutkan suatu amanah di dalam sebuah perhubungan yang mungkin ringan untuk di ucapkan namun itulah yang berat untuk dilakukan oleh manusia.

‘Orang sembahyang tanpa berdoa adalah seorang yang sombong! Namun itulah realiti kebanyakan kita. Alasannya mudah; mengejar masa.’

Bicara seorang ustaz sewaktu kuliyyah di surau kolej di selatan tanah air.

Kata-kata ustaz itu benar-benar mengingatkan saya. Seperti batu yang dicampakkan di wajah, walau pun sakit, ia benar mengena. Mungkin saya salah seorang darinya.

Saat sahabat mengungkap ayat di dalam doa rabitah sewaktu di akhir pertemuan usrah tempohari;

‘hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariat-Mu’

Hati saya sekali di himpit dan memerangkap rasa saya. Mengingatkan saya tentang amanah di dalam ukhuwwah yang belum terlaksana sepenuhnya.

‘Orang yang mendoakan insan lain di dalam diam; maka dia mendapat ganjaran yang besar dari Tuhannya’

Ia, sesuatu yang sangat mudah untuk di lakukan; seperti sahaja kita menyanyikan sebuah lagu, atau pun mengungkap serangkap pantun, atau memdeklamasi sebuah puisi. Bezanya, ayat kita terisi sebuah permintaan kebaikan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Doa buat semua.

Ia seperti sedekah, walau diri sendiri belum cukup dengan apa-apa, kita tetap berkongsi yang sedikit itu. Walau diri belum baik sepenuhnya, belum mencapai status seorang muslim yang soleh wa musleh, tetapi tetap ringan untuk kita sama meminta buat insan di sekeliling kita.

Doa; antara hadiah sebuah ukhuwwah yang termahal.

Walaupun kita dipisahkan dengan jarak dan waktu, namun di atas taliNya, kita tetap ‘bersama’. Di dalam doa, nama nya tetap terpahat utuh di dalam hati.

Tetapi; iya, saya sungguh malu kerana saya terkadang lupa untuk memberi ini buat sahabat-sahabat. Lalu, saya terfikir, layakkah saya sendiri meminta diri yang faqir ini di doakan.

Namun, saya amat yakin, teramat yakin, bahawa ALLAH itu maha mendengar dan mengetahui, walau yang detikan hati menyebut rindu buat sahabat, pasti rindu itu acap hadir dengan harapan yang menginginkan keceriaan dan kebaikan buat insan yang di ingati.

Tuhan, semoga saja Engkau ampuni kelalaian diri ini serta diri mereka, dan semoga sahaja mereka ternaung di bawah kebenaran agamaMu dan begitu juga buat diri ini.

Dan semoga sahaja, hadiah ini mampu ku berikan buat sekalian yang pernah bertamu di dalam kamus hidupku. Mungkin tidak mampu ku titip selalu, namun ku yakin Engkau maha tahu dan mampu, menjaga kesemua kami di dalam dakap redha Mu.

Amiin ya Rabbal ‘alamin.

Di dalam hidup ini, apa yang di cari? ; Bahagian ll
Sebutlah siapa sahaja di dalam dunia ini tidak menghadapi masalah yang bisa melelahkan hati. Air mata yang merembes itu adalah salah satu tanda yang memaknakan bahasa hati yang mengendong mungkin sahaja keseronokan dan yang sinonimnya kesedihan. Islam tidak sesekali melarang kita dari merasa sedih, namun perlulah kita mengawal emosi seterusnya akhlak dan tindak tanduk dalam melayari lautan ujian dengan bahtera sabar yang kuat.

Seminggu lalu jika ada sesiapa yang berkesempatan membaca, maka mereka faham bahawa ini entri susulan kepada bahagian l. Namun tidak sampai 12 jam, saya memutuskan untuk memadam entri tersebut kerana ia lebih banyak menceritakan perihal saya dan waktu yang digunakan. Saya menjadi malu sendiri.

Saya tidak pasti di situ punya manfaat, sedikit, namun saya putuskan untuk melepaskan tahap kritikal masa seminggu untuk saya hadirkan entri kedua, susulan isu pertama dalam saya melakar beberapa hikmah yang saya perolehi sepanjang ketiadaan saya di ruang blog ini dengan entri baru yang bermanfaat.

Sementelah banyak yang bertanya akan kesunyian saya di ruang ini, saya dengan rendah diri mahu memohon kemaafan kepada banyak pihak kerana sungguh banyak ruang komitmen lain yang saya tinggalkan demi merealisasikan satu komitmen yang saya amat dipertanggungkan saat ini. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat nisa’ Gombak atas ketiadaan saya di mana-mana program selepas raya tempohari sehingga kini, juga kepada rakan-rakan yang mengajak saya untuk sebarang perjumpaan terutama bekas rakan sekelas untuk pertemuan semula, dan kepada sahabat baru saya, ukht atriza kerana belum berkesempatan bertemu, juga buat kak su yang telah acap kali saya mengkhabarkan berita niat saya berziarah ke rumahnya di shah alam, namun juga saya tangguhkan.

Ke manakah si nahwan ini pergi agaknya?

Baru beberapa hari lepas saya menalifon emak di kampong, dan di beritakan emak sakit tekak dan ayah demam.

‘Kenapa emak tak beritahu nahwan?’

Rajuk saya sedikit.

‘Itulah, orang sibuk … 2 – 3 hari baru dengar suara .’

Balas emak kembali dalam suara serak yang berbaki. Saya menelan liur, pedih. Kasihan emak dan ayah. Mereka turut terpinggir rupanya tanpa saya sedar. Biasanya setiap hari saya akan menalifon, bahkan sewaktu belajar di Johor, setiap subuh sebelum ke kuliah dan setiap malam sekitar jam 10 pasti saya menalifon, sampai emak menasihati takut-takut terbazir duit saya nanti akibat kerap menalifon.

‘Maaf ya mak. Kadang-kadang malam balik dari fakulti baru teringat nak talifon, tapi emak kan biasa tidur awal. Emak, minggu depan ada perbentangan lagi … doakan ya! Banyak-banyak beribu-ribu lemon.’

Saya membalas dengan nada gurau, mahu memujuk sebenarnya. Sambil memberitahu hal yang menyibukkan saya.

‘Ha! Jangan banyak main. Baca alquran banyak-banyak.’

Pesan emak. Dan itulah pesan emak selalu saat saya mengkhabarkan akan menghadapi peperiksaan mahupun pembentangan. Emak memang tidak pernah, tidak pernah langsung berkata ‘habiskan baca buku’, atau ‘banyakkan baca nota-nota yang pensyarah bagi’, atau ‘hafal banyak-banyak semampunya.’ Tetapi nasihat emak selalu ringkas tapi itulah paling berbekas.

Hari ini saat saya di datangi tekanan, nasihat emak dan ayah yang dahulu berkumandang lagi. Bergema memalu hati saya supaya kuat. Saat itu di dalam kereta, ayah memandu sambil emak menemani di bangku penumpang, untuk menghantar saya ke stesen bas untuk pulang ke Johor.

‘Nahwan, walau kamu tak cakap, emak dan ayah tahu kamu tertekan. Semenjak semua anak ayah masuk pengajian, emak dan ayah hanya mampu lakukan satu perkara, kami serahkan kalian anak-anak ayah sepenuhnya kepada ALLAH.’ Kata ayah.

Dan, seminggu lepas, saya rasa seperti di ‘tampar’, berkali-kali oleh situasi. Sakit, tetapi cuba tersenyum. Saya mengulang baca puisi seketika yang saya hasilkan awal bulan lalu. Sekejap tersenyum sekejap tertunduk.

‘Ukht, maaf jika ana tanya. Tapi ana rasa melalui puisi ‘seketika’ ukht, kelihatannya seperti nti menghadapi masalah dan seakan tiada semangat.’

Soal sahabat saya melalui ym.

Semingguan sehingga hari ini, saya hidangkan kehidupan saya dengan tausyiah dari Ustaz Badrul Amin yang bertajuk ‘La Tahzan’. Sehingga ayat ini nafas saya terhenti, seperti saya terbang ke dunia lain, terawangan di dalam angkasa muhasabah.

‘Di dalam hidup ini, apa yang di cari?’

Suara Ustaz Badrul Amin mengulang lagi pertanyaan tersebut. Saya menekan butang pause di laptop untuk mencari ruang berfikir sejenak

Iya, apa yang kita cari?

Ada sahabat saya menjawab lewat komen status; mencari kebenaran, mencari cahaya, mencari jalan pulang, mencari keredhaan, mecari apa yang patut di cari dan sebagainya.

Benar, itu suatu yang tidak dapat ternafikan. Dan itulah mengikut Ustaz Badrul amin sebagai pilihan jalan manusia dalam mencari DIA. Dan itulah jalan yang telah di tentukan ALLAH swt ke atas setiap hambaNya mengikut kemampuan individu yang sesungguhnya DIA maha mengetahui. Dan itulah jalan yang dikatakan perlu di hormati oleh muslim yang lainnya.

Itu jalan sahabat kamu jangan kamu kutuk, itu perjuangan sahabat seperjuanganmu, maka bersamalah. Bersamalah bukan bermakna kamu harus wajib mengikut jalan yang sama, tetapi mungkin hanya cukup untuk kamu papahnya saat dia sungkur, dan belainya saat dia longlai, dan sapu air matanya saat lelah jiwanya menerima ujian.

Sementelah merasa ter’tampar’ dengan ujian-ujian di minggu lepas, saya mengambil keputusan awal untuk pulang ke kampong, namun dek kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi, lalu saya pulang ke rumah abang sekitar ampang. Seperti biasa saya tidak akan mampu membuat kerja sewaktu di sana, kerana saya lebih suka duduk santai bersembang dan bermain dengan anak-anak buah yang menjadi permata hati saya saat ini.

Sehinggalah sewaktu maghrib semalam, saya keluar bilik untuk ke bilik air mengambil wuduk, azan maghrib baru berkumandang. Tetapi sedikit terkejut, apabila anak buah yang sulung duduk di bawah meja makan dengan wajah yang murung, kelat, dan kelihatan hampa.

‘Eh, kenapa ni??’

Soal saya. Dia tidak menjawab dan tidak mahu menatap wajah saya. Tangannya bermain dengan permainan di dalam kotak yang di letakkannya di hadapan meja seperti sebuah kepungan kawasan nya. Kakak ipar saya datang dari dalam bilik dan sedikit tertawa.

‘Hmm, merajuk, sebab tak berjaya lukis baju.’

Jawab kakak ipar sambil duduk mencangkung di hadapan meja dan menjenguk naim yang duduk di bawah. Sekali lagi saya terkejut dan tertawa sedikit. Saat itu saya memandang naim yang masam mencuka, dan serasa comel dengan tindakannya.

‘Naim, ummi dulu pun banyak kali cuba lukis baju, ummi langsung tidak ada contoh lukisan baju, ummi pandang baju ummi je. Banyak-banyak kali cuba, baru jadi. Naim baru cuba sekali, kene cuba banyak kali mesti boleh.’

Pujuk kakak ipar saya. Saya tersenyum lagi di sebelah naim di bucu meja.

Seusai menunaikan solat maghrib, saya terfikir keletah naim. Siapa saya sebagai seorang dewasa, yang mahu memperkecilkan perkara yang memurungkan naim? Saya terfikir, jika saya sewaktu seumur naim (6 tahun), adakah saya mampu tersenyum jika tidak mampu melukis baju secara sempurna setelah mencubanya hanya sekali? Inikan pula mahu melukis lori atau kereta yang lebih banyak bentuknya. Betulkah saya tidak akan kemurungan sebegitu?

Saya terfikirkan keadaan sendiri dan keadaan orang lain dalam menghadapi suatu ujian. Saya terfikir, saya di ‘tampar’ minggu lepas oleh komentar para pensyarah sementelah pembentangan ke 3 sepanjang pengajian mungkinkah tanda dari ALLAH swt untuk menyuruh saya berusaha lagi buat kali ke 4 dan seterusnya? Sehinggalah saya berjaya melakar ‘baju’ di tahap yang saya perlu lakarkan? Saya turut memutar saat saya memandang rendah ‘tindakan’ sahabat yang ada di antaranya hampir futur kerana sesebuah ujian, lalu saya terfikir, layakkah saya berkelakuan begitu sedangkan saya tidak merasa apa yang mereka hadapi. Benarkah tindakan saya memandang remeh perkara yang mereka hadapi sedangkan saya sendiri tidak pasti adakah saya bersedia untuk di uji perkara yang sama mereka di uji?

Pepatah arab ada mengatakan;

‘Kamu tidak akan tahu sehinggalah kamu merasakannya.’

Tujahan seperti itu berjaya membugarkan kembali jiwa saya. Saat ini saya merasakan dahulu yang di anggap ‘tamparan’ sebagai suatu belaian kasih saya dari para pensyarah saya.

‘I’m sorry with my words and comments. I just want to let you know, that I do concern with your study. And I am optimist that you can finish your study within the time given.’

Kata professor saat mengakhiri perjumpaan kami di biliknya petang selepas pembentangan saya. Dan itu juga menjadi kekuatan saya untuk saya melakukan yang terbaik dan mengikut nasihat mereka semampu saya.

Iya, saat ini, saya menemukan jawapannya lewat tausyiah Ustaz Badrul Amin tentang apa yang saya cari?

Apakah yang lebih penting di dunia ini selain mencari DIA?

Dan jalan yang sedang kita lalui, kita pilih untuk lalui, kita putuskan untuk lalui, lalu inilah jalan kita mencari Dia. Dan saya memilih jalan ini. Saya memohon kemaafan kepada semua sahabat saya, kerana saya sesungguhnya bukan memohon simpati, bukan juga memohon agar kalian memahami kondisi saya.  Anggaplah saya seorang anak kecil yang sedang belajar dan berusaha melakar lukisan baju, lalu saya suka dengan nasihat dan bimbingan semua.

Dahulu saya pernah memutuskan untuk tidak terus mendalami bidang pengajian ini, dan berkeinginan menyambung pengajian lain yang saya sukai. Walau buih-buih suka mula wujud saat mengikuti subjek ‘History of Landscape Architecture’ dan ‘Islamic Landscape’, namun ia tetap tidak mengukuhkan keyakinan.

‘Kalau macam tu kenapa sambung pengajian?’

Soal  kenalan saya saat saya mengatakan hati saya separuh-separuh dalam bidang ini.

‘Sebab saya mahu kerja pensyarah’

Jawab saya ringkas. Singkatnya pemikiran saya saat itu kerana saya fikir hanya kerja pensyarah menjamin saya seorang wanita yang terlibat di dalam bidang yang mencabar ini.

‘Hmm. Kalau tidak dapat juga? Kamu dah 4 tahun di dalam pengajian ini, dan kini nak di tambah ke 6 tahun, takkan masih tidak nampak keperluannya?’

Soal dia lagi. Saya bungkam. Antara faham dan tidak dengan maksudnya.

‘Islam … ia agama yang universal. Lalu apa sahaja ilmu yang ada di dunia, pasti punya manfaat pada Islam. Cuba yang membuatkan ia suatu fitnah, apabila di salah guna. Sekarang kamu terangkan kepada saya tentang kajian ini!’

Terangnya dan di ayat akhir itu seakan mengeluarkan arahan kepada saya. Sebenarnya, saat itu kami sama-sama menjaga pembentangan poster tentang kajian di dalam bidang masing-masing. Dia adalah pelajar PHD di fakulti sains dan membentangkan kajiannya tentang ‘tissue culture’. Sebelum itu dia baru membentangkan kepada saya tentang pembentangannya, saya hanya garu kepala kerana tidak faham dengan beberapa istilah sainsnya yang terlalu ‘akademik’ dan tinggi bagi saya.

Dia menarik saya di hadapan papan biru yang melekatkan poster kajian pensyarah saya. Saya jadi takut kerana baru sehari sebelum itu saya mendapat arahan dari pensyarah untuk mewakili dia pada hari tersebut kerana dia ada urusan lain, dan baru pagi itu saya membaca laporan kajian tersebut. Namun, setelah di minta saya bentangkan juga sehingga habis kira-kira 10 minit.

Dia tersenyum.

‘Nahwan, see, I told u! Sebagai orang yang bukan dari alam bina, saya dapat faham apa yang kamu terangkan dari mula sampai habis. By just using a simple words and explanations, you convinced me to by your product! But hey, one thing, you need to be more confidents. Not too worry, do practice more, and it will lead you at the point you need to be. Tahniah! Dan adik, menjadi pensyarah bukan sepatutnya ‘hanya kerana’, tetapi lebih kepada ‘kerana’, ya kerana ia salah satu perkara mulia di sisiNya.’

Katanya ceria. Sambil memimpin tangan saya. Saya mengangguk kerana mula faham apa yang dia cuba sampaikan kepada saya di awal perbualan kami.

‘Kita makan, akak belanja nahwan hari ini!’

Beritahunya. Saya tersenyum, Alhamdulillah ~

Imam Abu Hanifah pernah menasihati sahabat-sahabat nya yang juga guru;

Buatlah besar serban-serbanmu, buatlah pula lebar akan lengan bajumu’

Beliau berkata demikian agar ilmu dan pemilik ilmu tidak di anggap enteng [1]. Ini juga selari dengan salah satu ayat yang saya lupa samada ia hadith, ataupun maksud ayat alquran tetapi ia bermaksud, lebih kurang;

‘Keluarlah sebahagian kamu ke medan pertempuran lalu kembalilah sebahagian yang lain ke halaman dan ajarkanlah kaummu ilmu’.

Melembutkan Hati dengan mendengar cerita

Saya memohon kemaafan sekali lagi jika entri ini pudar manfaat, dan jalan yang saya sedang lalui kurang relevan di mata sesiapa. Saya tidak sesekali mengenepikan dakwah di dalam bentuk lain itu juga punya kepentingannya. Saya tidak arif dengan penulisan sastera, lalu di sebabkan itu mungkin saya tidak terlibat dengan penulisan formal, dan saya bukan ahli ampuh yang mampu bicarakan politik kelas satu, lalu kerna itu saya tidak meletakkan prioriti kepada politik khas, namun saya tidak terus lari dari penulisan kerana saya juga seorang penulis blog, dan saya tidak menghinjak kepentingan politik semasa, kerana saya juga ikuti dan sertai beberapa wacana dan program politik parti itu semampu saya.

Saya cuma terfikir adakah mungkin saya menjadi arif di dalam ilmu alam bina lalu saya menjadi suara bagi muslim dalam mendirikan syiar Islam melalui alam bina, dan mampukah saya menjadi seorang penulis yang mengupas isu alam bina dan kesedaran tentang peranan penting alam bina dalam membangun syariat agama? Dan bolehkah saya menegakkan siasah Islam dari perspektif alam bina supaya kelak alam bina tidak di salah politikkan lalu dengan merakuskan pembangunan tamadun manusia melalui ‘alam bina rakus’ berbanding nilai ‘alam bina Islam’ dengan nilai sosial dan agama yang tinggi dan syumul?

Begitu juga anda, dan kita semua. Bagaimana seharusnya kita memayung Islam dengan nilai-nilai ilmu yang kita perolehi, supaya ilmu itu tidak di salah guna, dan memberi maksud manfaat kepada agama yang sebenar-benar manfaat buat umat manusia, dan seisi makhluk ciptaan ALLAH swt.

Dan pastinya di dalam semua itu, kesungguhan hati untuk menguasai sesuatu ilmu itu amat penting. Menguasai bukan hanya sekadar melepas lelah dengan sekadar lepas pengajian sahaja, namun sebolehnya saya menganjurkan supaya kita mencapai kecemerlangan sedaya mampu kita. Cuci kembali lantai sirah dan kisah para sahabat Rasul alaihissalam, dan para ulama’ serta ilmuan Islam dari debu kekotoran yang di seliputi oleh kejumudan manusia, sehingga tompok itu menutup realiti kecemerlangan para pemegang ilmu ALLAH swt ini.

Lihat sahaja para sheikh muhaddith yang menghafal ribuan hadith malah hadith menjadi darah dagingnya, dan lihat sahaja ibnu sina di dalam mengajarkan syariat dan keindahan Islam di dalam ilmu sainsnya, dan lihatlah para syeikhul Islam lain dalam mewarnai lagi keagungan agama ALLAH swt yang satu ini dengan pengetahuan agamanya yang mendalam. Terlalu banyak Muslim yang melakar keagungan Islam di lantai sejarah melalui ketinggian ilmunya. Yang perlu kita lakukan di samping mencari Ilmu adalah dengan mendengar cerita tentang kisah menuntut ilmu mereka, supaya ia mampu menjadi kekuatan dan pengajaran kepada kita.

Ibnu Jauzi ada menyentuh tentang ini [2];

‘Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan yang memahami maksud dari hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar dari zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut~

Ibnu Jauzi~

Suka di sini saya sarankan antara dua buku himpunan kisah ulama’ yang menjadi inspirasi kepada saya iaitu;

1) Keagungan Tamadun Islam

2) Lembaran Hidup Ulama’

Syair Kesungguhan hati [3]

Di raih keagungan dengan kesungguhan

Bukan semata dengan kebesaran

Bisakah keagungan didapat

dengan kebesaran, tanpa dengan semangat?

Banyak hamba menyandang pangkat merdeka

banyak orang merdeka berpangkat hamba sahaya

Syaikh Az Zarnuji~

Dengan kesungguhan, perkara jauh menjadi dekat,

Pintu terkunci menjadi terbuka.

Titah ALLAH yang paling berhak bilang sengsara,

orang bercita tinggi namun hidupnya miskin papa.

Salah satu bukti qadha ALLAH,

Orang pandai hidupnya susah dan si bodoh hidupnya mewah.

Orang diberi akal tapi tidak diberi harta,

dua anugerah yang berbeda, satu di sini satu di sana.

Imam Asy Syafi’i~

Kehidupan hati dengan Ilmu, ambillah!

Matinya hati dengan kebodohan, hindarilah!

Penyair~

Akhir …

Kawan, Tuan kita ada bilang;

Jika kamu mahu dunia, maka ambillah dengan ilmu, jika kamu mahu akhirat, maka jalannya juga dengan ilmu, dan jika kamu mahukan kedua-duanya, tentu sahaja dengan ilmu.

Lalu apa sahaja jalan yang kamu pilih dalam mencari DIA, maka susuri lah juga lautan ilmu. Dan hadamkan juga buahnya, amal.

Namun berhatilah dengan salah satu ingatan Rasul alaihissalam di dalam sabda baginda;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Hadith Riwayat Abu Dawud

Wallahu’alam

CARILAH DIA DENGAN ILMU!

Mardhatillah ~

p/s [nahwanNur]: Saya memohon maaf atas beberapa komentar dan jejak yang di tinggalkan di ruang chat yang tidak berbalas. Dan juga tidak lupa kepada yang menghantar email, samada pertanyaan, teguran dan jemputan. Ana belum mampu menjawab kesemuanya. InsyaALLAH ana cuba mencari masa tidak lama lagi untuk membalas. Bi Idznillah. ALLAH yubarik fiekum.

Seketika
Mahu sendiri,

Sepi yang termiliki,

Merasa enak sekali,

dengan adanya Dia di sisi

Kata sahabat,

‘Kak, Allah pasti sangat gembira dan menantikanmu’

Dan itu menyingkap tirai senyumku

lebar

Tanpa mampu ternafikan

Memang Dia menanti maha sabar

akan kehadiran setiap hambaNya

Aku mahu sendiri

saat ini

mengajarkan diri akan ilmu redha

menanam optimis

dari pelajaran kehidupan

hadiah dari Tuhan

Mahu sendiri

Nanti-nanti baru aku kembali, pasti!

Hurry, O seeker of knowledge, in three things: eating, walking, and writing~

Al Imam As Suyuti rahimahullah